4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Rumah Sewa
Apakah 4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Rumah Sewa?
Memang tidak boleh kita nafikan proses sewa rumah ni kadangkala remeh dan leceh. Tak cukup dengan itu, kita selalu bimbang dengan keadaan rumah yang kita sewa. Risau maintenance rumah tinggi bila tiada penghuni, risau penyewa rumah bayar bil lambat, risau barang rumah rosak. Memang tak habis persoalan ni. Oleh itu, pentingnya perjanjian sewa rumah supaya kedua-dua pihak faham akan hak masing-masing. Ia juga boleh mengelakkan jika ada sebarang perselisihan faham.
Selalunya, perjanjian sewa rumah akan disediakan oleh pihak ketiga iaitu peguam atau agen hartanah yang memerlukan bayaran yang agak tinggi untuk biayai kos servis mereka. Namun, tuan rumah pun boleh menyediakan perjanjian itu sendiri untuk kos yang lebih rendah. Tetapi, sangatlah leceh dan tuan rumah memerlukan kefahaman undang – undang Malaysia terutama sekali mengenai undang-undang sewaan kediaman. Sebagai contoh, Akta Kontrak 1950 dan Kanun Tanah Negara 1965. Oleh yang demikian, berikut adalah guideline ringkas yang anda perlu tahu tentang perjanjian sewa rumah:
- Butiran Yang Wajib
- Syarat Khas
- Penamatan Perjanjian Penyewaan
- Di mana Dapatkan ‘Stamping’ Perjanjian Penyewaan?
1. Butiran Yang Wajib Perjanjian Penyewaan
Antara 4 perkara anda perlu tahu tentang perjanjian rumah sewa adalah butiran yang wajib disertai:
- Butiran rumah yang disewa
- Deposit utiliti dan keselamatan
- Terma penyewaan
- Butiran tuan tanah dan penyewa
- Kewajipan penyewa
- Kewajipan tuan tanah
- Kewajipan bersama
- Klausa pembaharuan
2. Syarat Khas
Syarat khas hanyalah diperlukan jika kedua – dua pihak ingin berunding untuk hal renovasi. Apabila penyewa rumah membuat renovasi atau sebarang pertukaran, penyewa hendaklah menukar semula kepada keadaan rumah yang asal sebelum perjanjian mereka tamat.
3. Penamatan Perjanjian Penyewaan
Apabila perjanjian hampir tamat atau mana – mana pihak ingin menamatkan perjanjian penyewaan, notis hendaklah disampaikan sekurang – kurangnya 2 hingga 3 bulan sebelum tarikh tamat. Dan bagi penyewa yang akan berpindah ke luar negara hendaklah memaparkan dokumen pemecatan pekerjaan sebagai bukti.
4. Di mana Dapatkan ‘Stamping’ Perjanjian Penyewaan?
Untuk perjanjian ini dikira sah disisi undang-undang, dokumen hendaklah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan stamping perlu dibuat di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) . Pembayaran hendaklah dibuat dan dikira mengikut tempoh perjanjian tersebut. Untuk mengetahui harga tersebut, klik di sini?
{{cta(‘6b261442-2797-4b71-b1df-b9634e5df374′,’justifycenter’)}}
Bolehkah Kita membuat perjanjian sewa rumah sendiri dengan mengisi borang dan dapatkan stem di LHDN? Tampa ada peguam?
You can check out our Landlord FAQs blog for more – https://speedhome.com/blog/landlord-faq/