5 Cara Beli Rumah Walaupun Skor Kredit Anda Buruk!

 

27226620814_0ed7f78724_b

 

“Aduh…! Skor kredit tak cantik lah…

Susah lah nak buat loan rumah kalau macam ni!”

 

Korang pernah ada dalam situasi macam kat atas? Atau korang sememangnya tengah runsing fikir masalah skor kredit buruk tapi teringin nak beli rumah.

 

“Aku ada harapan lagi ke nak beli rumah dengan skor kredit tercorot ni?”

 

Mestilah ada harapan lagi! Ye, betul tak tipu. Korang boleh je nak beli rumah walaupun skor kredit CCRIS atau CTOS korang buruk. Ada banyak cara korang boleh buat kalau nak beli rumah. 

Tapi tak semestinya korang patut bergantung harap kepada cara-cara yang bakal min kongsikan ni sampai bila-bila. Benda boleh dapat skor kredit cantik awal-awal, buat apa jerat diri dapat skor kredit tercorot! Hahaha.. Okay min gurau je.

Tapi min tertanya-tanya jugaklah, apa korang buat  eh sampai “tercalar” rekod CCRIS & CTOS korang? hmmmm ?

 

Apa punca skor kredit aku buruk?

blurred-background-cellphone-coffee-842554

Skor kredit buruk boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti identiti korang dicuri orang ataupun korang memang sejenis spesis liat nak bayar hutang. (siapa makan cili dia terasa pedas..hihihi)

 

Tetapi tak mustahil juga jika korang sejenis yang suka boros berbelanja. Maklumlah, kad kredit keliling pinggang. Beli baju baru, holiday mewah seantero dunia, shopping suka hati dan banyak lagi lah.

 

Okay, kite taknak cerita panjang. Jom baca cara-cara beli rumah walaupun skor kredit korang buruk.

 

1) Rakan Kongsi

download

Lumrah hidup manusia kadang-kadang lebih bermakna apabila saling melengkapi dan bekerjasama dengan rakan kongsi terutama sekali dalam bidang hartanah.

Pelbagai kelebihan jika anda bekerjasama di dalam bidang hartanah kerana daripada situ anda boleh belajar selok-belok perniagaan dan dapat timba pengalaman berharga.

Cari rakan kongsi yang boleh sekepala dengan korang supaya korang boleh seiring dan sejalan dalam proses perniagaan. Hati-hatilah dalam memilih rakan kongsi yang tepat. ?

 

2) Pembiayaan daripada Penjual (Seller Financing)

Anda mungkin tertanya-tanya apakah maksud pembiayaan daripada penjual kan?  Pembiayaan daripada penjual ni adalah satu proses di mana penjual membiayai hartanah kita supaya korang tidak perlu mengambil pinjaman rumah. Kebiasaannya, ianya lebih mudah dan tidak rumit berbanding wang pendahuluan daripada pihak bank. Dan yang paling penting, masa pemprosesan pun cepat jugak!

 

Ianya berfungsi dengan cara penjual bersetuju untuk korang bayar ansuran bulan-bulan sehinggalah hartanah tersebut habis dibayar atau apabila tempoh pinjaman berakhir.

Penjual biasanya tidak akan melihat skor kredit pembeli rumah. Tapi pastikan penjual tersebut menjual hartanah tanpa kos tersembunyi atau  hal-hal yang mencurigakan sebagai contoh gadai janji rumah.

 

Namun mungkin juga cara ini masih baru ataupun belum popular lagi di Malaysia jadi anda perlu membuat sedikit research jika ingin mengetahui sama ada penjual rumah tersebut ada menyediakan solusi seperti ini.

 

3) Pinjaman Wang Keras

imagesPinjaman wang keras pada dasarnya adalah pinjaman berisiko oleh pihak berseorangan atau perniagaan yang mengenakan kadar bunga yang tinggi di antara 10% – 18%. Kebiasaannya peminjam wang keras adalah dalam kalangan bekas pelabur swasta dan tidak berdasarkan kepada skor kredit peminjam.

 

Sebaliknya, mereka lebih mementingkan cagaran yang boleh anda tawarkan kepada pemberi pinjaman.. Hanya cagaran yang boleh anda tawarkan pemberi pinjaman akan menarik perhatian mereka untuk membuat pinjaman wang keras.

 

4) Pinjaman Wang Persendirian

erik-mclean-1456974-unsplash

Pemberi pinjaman wang bersendirian lebih kurang sama seperti pemberi pinjaman wang keras. Jangan keliru dengan pinjaman bank, along ataupun profesional bidang hartanah sudah.

 

Pemberi pinjaman menggunakan wang sendirian adalah terdiri daripada kalangan yang and kenal seperti ahli keluarga dan rakan-rakan.

Terdapat 3 jenis pemberi pinjaman wang persendirian

i- Keluarga dan rakan-rakan

ii- Rakan sekerja, golongan profesional & kenalan peribadi

iii- Pelabur dan pemberi pinjaman wang keras

 

5) Pemborongan

couple-investment-key-1288482

Sebelum anda menggaru kepala tak faham dengan konsep ini, mari saya terangkan apa itu konsep pemborongan. Pemborongan terjadi apabila seseorang itu berurusan dengan penjual rumah dan kemudian memasarkan dan memberikan kontrak rumah tersebut kepada salah seorang pembeli yang berminat untuk membeli hartanah itu. Pemborong pula mengaut keuntungan dengan amaun perbezaan harga kontrak dengan penjual dan amaun yang dibayar oleh pembeli.

 

Secara ringkasnya:

Keuntungan pemborong = Amaun ditetapkan penjual – amaun dibayar oleh pembeli

Kebiasaannya pemborong ini tidak menggunakan wang masing-masing namun ianya merupakan sebuah pekerjaan sepenuh masa yang mencabar kerana bidang pekerjaan ini menuntut kesabaran yang tinggi dan skill marketing pun kena power jugak kalau nak cepat-cepat jual rumah.

 

Oh, kalau anda nak ceburi bidang macam ni, disarankan anda mempunyai lesen hartanah untuk elakkan sebarang perkara tak diingini berlaku.

KESIMPULANNYA…

Jadi tak mustahil untuk anda beli rumah walaupun skor kredit CCRIS/CTOS korang buruk. Tetapi jika anda terus menerus menyebabkan rekod kewangan anda buruk, sampai ke tua pun korang tetap tak akan keluar daripada kemelut ini. Jadi, mulakan tabiat kurang berhutang dan ukur baju di badan sendiri.

 

{{cta(‘ef07fc05-658e-4eaa-8a60-bba4098bb8a6′,’justifycenter’)}}

 *Disclaimer: Solusi yang disenaraikankan hanyalah cadangan sahaja. Sebarang kesulitan yang dialami adalah tanggungjawab masing-masing dan tiada kena-mengena dengan SPEEDHOME.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *