5 Cara Beli Rumah Walaupun Skor Kredit Anda Rendah!

Anda tengah runsing fikir masalah skor kredit rendah tapi teringin nak beli rumah? Ini adalah 5 cara beli rumah walaupun skor kredit anda rendah!

Mestilah ada harapan lagi! Ada banyak cara anda boleh buat kalau nak beli rumah. ]

  1. Rakan Kongsi
  2. Pembiayaan daripada Penjual (Seller Financing)
  3. Pinjaman Wang Keras
  4. Pinjaman Wang Persendirian
  5. Pemborongan

Apa punca skor kredit rendah?

Skor kredit rendah boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti identiti dicuri orang ataupun tabiat perbelanjaan anda sendiri.

1) Rakan Kongsi

5 Cara Beli Rumah Walaupun Skor Kredit Anda Rendah! - 1) Rakan Kongsi

5 Cara Beli Rumah Walaupun Skor Kredit Anda Rendah; cara pertama

Pelbagai kelebihan jika anda bekerjasama di dalam bidang hartanah kerana daripada situ anda boleh belajar selok-belok perniagaan dan dapat timba pengalaman berharga.

Cari rakan kongsi yang bersependapat dengan anda supaya boleh seiring dan sejalan dalam proses perniagaan. Hati-hatilah dalam memilih rakan kongsi yang tepat. 

2) Pembiayaan daripada Penjual (Seller Financing)

5 Cara Beli Rumah Walaupun Skor Kredit Anda Rendah! - 2) Pembiayaan daripada Penjual (Seller Financing)

5 Cara Beli Rumah Walaupun Skor Kredit Anda Rendah; cara kedua

Anda mungkin tertanya-tanya apakah maksud pembiayaan daripada penjual?  Pembiayaan daripada penjual ni adalah satu proses di mana penjual membiayai hartanah kita supaya and tidak memerlukan pinjaman rumah. Kebiasaannya, ianya lebih mudah dan tidak rumit berbanding wang pendahuluan daripada pihak bank. Dan yang paling penting, masa pemprosesan cepat.

Ianya berfungsi dengan cara penjual bersetuju untuk korang bayar ansuran bulan-bulan sehinggalah hartanah tersebut habis dibayar atau apabila tempoh pinjaman berakhir.

Penjual biasanya tidak akan melihat skor kredit pembeli rumah. Tapi pastikan penjual tersebut menjual hartanah tanpa kos tersembunyi atau  hal-hal yang mencurigakan sebagai contoh gadai janji rumah.

Namun mungkin juga cara ini masih baru ataupun belum popular lagi di Malaysia jadi anda perlu membuat sedikit research jika ingin mengetahui sama ada penjual rumah tersebut ada menyediakan solusi seperti ini.

3) Pinjaman Wang Keras

5 Cara Beli Rumah Walaupun Skor Kredit Anda Rendah; cara ketiga

Pinjaman wang keras pada dasarnya adalah pinjaman berisiko oleh pihak berseorangan atau perniagaan yang mengenakan kadar bunga yang tinggi di antara 10% – 18%. Kebiasaannya peminjam wang keras adalah dalam kalangan bekas pelabur swasta dan tidak berdasarkan kepada skor kredit peminjam.

Sebaliknya, mereka lebih mementingkan cagaran yang boleh anda tawarkan kepada pemberi pinjaman.. Hanya cagaran yang boleh anda tawarkan pemberi pinjaman akan menarik perhatian mereka untuk membuat pinjaman wang keras.

4) Pinjaman Wang Persendirian

Pemberi pinjaman wang bersendirian lebih kurang sama seperti pemberi pinjaman wang keras. Jangan keliru dengan pinjaman bank, along ataupun profesional bidang hartanah.

Pemberi pinjaman menggunakan wang sendirian adalah terdiri daripada kalangan yang and kenal seperti ahli keluarga dan rakan-rakan.

Terdapat 3 jenis pemberi pinjaman wang persendirian

i- Keluarga dan rakan-rakan

ii- Rakan sekerja, golongan profesional & kenalan peribadi

iii- Pelabur dan pemberi pinjaman wang keras

5) Pemborongan

Pemborongan terjadi apabila seseorang itu berurusan dengan penjual rumah dan kemudian memasarkan dan memberikan kontrak rumah tersebut kepada salah seorang pembeli yang berminat untuk membeli hartanah itu. Pemborong pula mengaut keuntungan dengan amaun perbezaan harga kontrak dengan penjual dan amaun yang dibayar oleh pembeli.

Secara ringkasnya:

Keuntungan pemborong = Amaun ditetapkan penjual – amaun dibayar oleh pembeli

 

{{cta(‘ef07fc05-658e-4eaa-8a60-bba4098bb8a6′,’justifycenter’)}}

 *Disclaimer: Solusi yang disenaraikankan hanyalah cadangan sahaja. Sebarang kesulitan yang dialami adalah tanggungjawab masing-masing dan tiada kena-mengena dengan SPEEDHOME.

Leave a Reply

Your email address will not be published.