7 Cara Kekal Sihat Semasa Di Rumah
Apakah cara kekal sihat semasa di rumah? Walaupun dulu berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia disarankan untuk kenal aktif sama ada melalui senaman mahupun aktiviti fizikal.
Tempoh duduk di rumah terlalu lama mungkin akan mengganggu emosi anda. Ini kerana anda terperap dalam rumah dengan situasi sama tiap hari yang pasti membosankan.
Keadaan tersebut juga mungkin mengakibatkan anda makan tanpa kawalan dan menambah berat badan tanpa sengaja kerana kurang melakukan aktiviti luar.
Langganan gimnasium juga berisiko kerana kebanyakan gimnasium tidak boleh beroperasi dan pergi ke gimnasium pula akan mendedahkan diri anda kepada virus.
Jadi hari ini, kami akan berkongsi 7 cara untuk anda kekal aktif walaupun berada di rumah dalam tempoh yang lama.Â
- Ikuti Rutin Dalam Talian
- Rancang Pemakanan
- Buat Kerja-Kerja Seharian
- Makan Makanan Ringan Yang Sihat
- Bermain Permainan Game
- Minum Air Mineral Secukupnya
- Pentingkan Kesihatan Mental
Ikuti Rutin Dalam Talian
Pusat gimnasium yang ditutup pasti merisaukan anda untuk melanggan setiap bulan. Jangan risau, sekarang banyak kelas dalam talian yang menawarkan rutin senaman dari rumah.
Anda boleh memilih apa sahaja jenis kelas dalam talian yang anda minat. Sebagai contoh, anda boleh melanggan kelas yoga, tarian dan senamrobik berbasikal.
Kebanyakkan kelas dalam talian kini menawarkan pakej murah dan pelbagai. Ini pasti memudahkan anda membuat pilihan dan menyesuaikannya dengan masa kerja seharian anda.
Selain itu, terdapat juga kelas PERCUMA di YouTube. Anda tidak perlu bersusah-payah melanggan kelas berbayar, hanya perlu memilih video dan instruktor yang anda minati.
Terdapat banyak kelebihan apabila anda ikuti kelas dalam talian. Umumnya, anda hanya perlu ikuti tips kurangkan berat badan tersebut dengan berdisiplin setiap hari.
Rancang Pemakanan
Selain melakukan rutin senaman, makanan penting untuk mengurangkan berat badan. Anda tidak perlu diet dan mengikat perut setiap hari. Cukup sekadar mengambil makanan seimbang.
Namun apakah definisi sebenar makanan seimbang?
Makanan seimbang adalah makanan penuh dengan khasiat dan bahagian makanan yang diambil dengan cadangan makanan untuk berat badan normal.
Ini bermaksud tiada bahagian yang lebih atau terkurang. Semuanya bagi memastikan badan anda mendapat nutrien harian secukupnya.
Mengambil contoh, sepinggan makanan seimbang sepatutnya dihidang bersama buah-buahan, sayuran, protein, ke-kacang dan karbohidrat.
Mungkin pada permulaan, anda akan berasa kekok untuk memulakan pemakanan seimbang kerana sudah terbiasa dengan makanan harian anda.
Namun dengan disiplin, pasti anda boleh kekal sihat walaupun duduk di rumah dan seterusnya mengekalkan rutin ini walaupun selepas PKP.
Buat Kerja-Kerja Seharian
Kerja-kerja seharian di rumah seperti membersihkan tandas, mengemop dan mencuci lantai adalah rutin yang memenatkan.
Namun, tahukah anda, aktiviti-aktiviti tersebut boleh membantu anda mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan?
Pasti ramai yang tidak suka melakukan aktiviti tersebut. Bukan kerana malas, namun kerja harian anda lebih utama dan sudah cukup memenatkan.
Anda boleh biasakan diri membuat aktiviti ini secara rutin. Setidak-tidaknya sekali sebulan. Apabila sudah menjadi kebiasaan, pasti tidak rasa terbeban.
Aktiviti tersebut juga boleh membakar kalori di samping bersenam. Anda boleh mempelbagaikan aktiviti tersebut seperti berkebun, melipat pakaian dan membersihkan rumah.
Makan Makanan Ringan Yang Sihat
Bagi mereka yang gemar mengambil snek harian pula, anda pasti akan memilih makanan yang manis sebagai snek.
Makanan seperti kek, pastri dan keropok cip mungkin menjadi pilihan. Namun begitu, makanan tersebut tidak menyehatkan dan tinggi kandungan gula.
Memang betul makanan ringan, snek dan pencuci mulut rasanya lazat. Tetapi, jika diambil setiap hari, lemak akan terkumpul dan akan mengecilkan usus penghadaman.
Lama-kelamaan, bahagian dalaman organ badan anda juga boleh rosak.
Segera lah bertukar kepada makanan ringan yang sihat. Anda boleh mula dengan mengambil buah-buahan, jus yang dikisar dan kekacang yang lebih menyihatkan.
Makanan snek sihat tersebut pada awalnya mungkin membosankan kerana tidak manis. Tetapi, jika diambil dengan betul, pasti membantu menyehatkan badan anda.
Sebagai permulaan. Anda boleh cuba untuk mengambil snek sihat seminggu sekali, kemudian dua minggu sekali dan seterusnya menjadikan ia rutin jadual diet yang betul.
Bermain Permainan Game
Ibu bapa di luar sana mungkin risau apabila anak-anak anda berada dalam situasi kerap bermain permainan game tanpa melakukan senaman di rumah.
Jangan bimbang, jika ibu bapa bijak mengawal anak-anak, pasti permainan game boleh mendatangkan manfaat yang sendiri.
Memang benar, bermain permainan game dan duduk menghadap skrin terlalu lama akan merosakkan mata. Terutamanya pada kanak-kanak.
Namun begitu, jika diselia dengan baik, permainan game juga ada manfaatnya tersendiri.
Permainan seperti Nintendo Switch dan Wii yang memerlukan pergerakan badan akan membantu pemain bergerak, secara tidak langsung boleh mengeluarkan peluh.
Mungkin amaun peluh yang keluar tidak sama seperti bersenam secara fizikal. Tetapi setidak-tidaknya anda tetap dapat berpeluh.
Selain itu, jika anda sudah terlalu bosan di rumah, anda boleh mencuba permainan tradisional seperti galah panjang, sorok-sorok dan lompat tikam,
Permainan seperti ini mungkin lebih sesuai untuk kanak-kanak. Namun tidak menjadi masalah untuk anda bermain bersama dan mengimbau kenangan sewaktu kecil.
Minum Air Mineral Secukupnya
Perkara ini mungkin kedengaran remeh. Tetapi air mineral amat penting untuk seseorang itu kekal cergas dan bertenaga setiap hari.
Cuba elakkan untuk mengambil air yang bergula seperti jus, kopi, teh dan minuman berkarbonat. Ini kerana badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air mineral setiap hari.
Air mineral yang cukup akan membantu untuk membuang toksin dalam badan. Selain boleh membantu untuk mengurangkan berat badan.
Jika tidak duduk di rumah dan bekerja di luar, kita mungkin akan terlupa untuk minum secukupnya kerana sibuk dengan kerja-kerja harian.
Oleh itu tempoh duduk di rumah semasa PKP adalah masa terbaik untuk memastikan badan kita dapat minum air mineral secukupnya.
8 gelas sehari pada puratanya hanyalah bersamaan 3 liter air. Jika anda sudah terbiasa, 3 liter air sehari bukan lah satu amaun yang terlalu banyak.
Apabila diambil dengan masa dan amaun yang betul, anda boleh melihat kesan minum air mineral mencukupi ini pada badan anda dan kulit anda sendiri.
Pentingkan Kesihatan Mental
Akhir sekali, kesihatan mental juga perlu lah diutamakan. Ramai yang menganggap perkara ini sebagai perkara remeh.
Namun, minda yang sihat dan emosi yang stabil penting untuk kesihatan diri. Kedua-duanya akan mempengaruhi kehidupan seharian anda.
Tekanan perasaan dalam diri yang dibiarkan boleh mengakibatkan anda mengalami gangguan minda dan emosi, seterusnya boleh mengganggu kesihatan diri.
Jadi, bagaimanakah anda mahu memastikan kesihatan mental anda berada dalam keadaan baik? Setiap orang mempunyai cara tersendiri mengawal tekanan perasaan.
Anda boleh cuba untuk bermeditasi, mengawal nafas dengan teratur dan mengambil udara segar setiap hari untuk memastikan diri anda tidak tertekan.
Selain itu, anda boleh memanjakan diri dengan tidur mengikut waktu, mandi di bawah air panas yang menyegarkan dan mencuci muka menggunakan topeng muka yang baik untuk kulit.
Rehat yang mencukupi juga amat penting untuk anda melupakan segala beban dalam kepala. Ini akan mempengaruhi minda dan mengaktifkan diri anda.
Pasti, jika semuanya dibuat secara teratur, anda boleh melakukan kerja seharian dengan baik. Seterusnya, menjadikan hari anda penuh dengan aktiviti berfaedah dan berkualiti.
Duduk di rumah tidak bermakna anda boleh mengabaikan kesihatan mental dan fizikal. Kedua-duanya perlu diutamakan seiring untuk anda kekal sihat.
Selain dari 7 cara di atas, banyak lagi cara lain yang anda boleh praktikkan sendiri. Semuanya bermula dengan diri anda dan bagaimana anda mahu berdisiplin mengubah diri menjadi aktif walau di mana anda berada.