Apa Itu Gelembung Hartanah?
Definisi Gelembung Hartanah
GLOSARI: Gelembung hartanah adalah keadaan peningkatan harga hartanah didorong permintaan, spekulasi dan kerancakan industri. Keadaan menjadi semakin rumit apabila spekulator masuk ke pasaran dan memacu permintaan. Gelembung berkenaan boleh ‘pecah’ apabila harga hartanah jauh melebihi harga sebenar aset berkenaan.
Kredit: Astro Awani
Atau dalam bahasa mudahnya ialah kenaikan harga hartanah yang melambung tinggi di satu kawasan yang sama atas permintaan ramai lalu menyebabkan kuasa membeli menurun dan menyebabkan harga hartanah mengalami penurunan mendadak lalu terjadilah gelembung hartanah.
Bahaya Sangat Ke Isu Ni?
Ya, sangat bahaya kerana ia akan memberi kesan yang amat buruk terhadap ekonomi negara.
Antara kesan-kesan gelembung hartanah:
- Ekonomi merudum
- Pelabur rugi
- Bank menjadi lemah
Bayangkan Situasi Ini
Sebagai contoh, seorang pelabur (spekulator) membeli rumah dengan harga RM500,000. Dan selalunya pelabur akan membeli rumah secara pukal untuk dijual semula kepada pembeli dengan harga yang lebih tinggi.
Katakanlah tiada permintaan daripada pembeli kerana harganya terlalu tinggi dan pembeli tidak mampu, maka seperti yang dijangka, pelabur akan menurunkan harga hartanah tersebut secara mendadak kurang daripada harga belian pelabur tersebut untuk menggalakkan pembelian.
Namun begitu, “market value” hartanah itu tidak akan menurun sebaliknya kekal dengan harga asal. Dalam situasi ini, pembeli mendapat faedah hartanah yang murah tetapi bagi pelabur, mereka menghadapi kerugian yang tinggi kerana tidak mendapat pulangan keuntungan dari hartanah tersebut.
Hal ini mengakibatkan harga hartanah itu terpaksa dijual dengan harga lelong dan tetap merugikan pihak bank juga kerana hartanah yang dijual dengan harga lelong adalah lebih murah dari RM500,000.
Akhir sekali, perkara ini akan memberi impak yang negatif kepada para pelabur dan organisasi perbankan dan sekaligus menjejaskan keseluruhan ekonomi negara.
Kesan Gelembung Hartanah
Gelembung hartanah merupakan suatu perkara yang dilihat sebagai merbahaya dan kritikal. Terdapat kebaikan terutama sekali kepada para pembeli namun dilihat lebih banyak keburukan terhadap ekonomi negara yang lebih membimbangkan semua orang.
Jadi, apa pendapat anda?
BACA: The Nasi lemak Index: How Many packets of Nasi Lemak to Buy a House?