Bagaimana Kira Kos Perjanjian Sewa & Duti Setem Ketika Menyewa?
Perjanjian sewa adalah sebuah dokumen bercetak yang menyatakan kesemua syarat dan peraturan penyewaan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak penyewa dan tuan rumah sebelum penyewa berpindah masuk ke dalam rumah tersebut.
Perkara ini sangat penting di dalam urusniaga penyewaan hartanah untuk melindungi hak tuan rumah dan juga penyewa. Sebagai contoh, tuan rumah adalah bebas daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang sekiranya beliau telah menyatakan secara jelas di dalam kontrak mengenai tanggungjawab penyewa melangsaikan segala caj pembayaran seperti bil elektrik, air dan lain-lain caj ketika penyewa mendiami unit tersebut.
Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut perlulah dicop oleh LHDN terlebih dahulu untuk menjadikan ianya sah digunapakai di dalam mahkamah dan disisi undang-undang. Dan pembayaran duti setem merupakan langkah terakhir ketika menandatangani kontrak sewa rumah.
Kebiasaannya terdapat 2 salinan perjanjian sewa disediakan (satu salinan untuk tuan rumah dan penyewa) dan kedua-dua salinan tersebut perlulah dicop untuk menjadikannya sah. Anda boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh Malaysia.
Untuk mengira jumlah bayaran duti setem yang dikenakan ke atas perjanjian sewa anda, isikan sewa bulanan dan tempoh menyewa menggunakan kalkulator di bawah:
CUBA INI: Calculate Your Rental Agreement Fee Here
Bagaimana Bayaran Duti Setem Dikira?
Tak perlu pening kepala lagi. Senang je kalau nak kira duti setem perjanjian sewa anda. Klik di sini untuk ketahui formulanya.
Tandatangan Perjanjian Sewa Dalam Talian
Semuanya mudah apabila di hujung jari anda. Anda boleh tandatangan perjanjian sewa secara online melalui Speedmanage, sebuah penyelesaian web SPEEDHOME.
Saya ingin bertanya jika kita menyewa adakah setiap tahun kita perlu membayar agreement fee??
Dan juga pada agreement tersebut tidak menyatakan jumlah bayaran (agreement fee)
Adakah saya sebagai penyewa perlu mmbayar agreement tersebut?..
Saya dikenakan cas sebanyak 350 every year.. Sewa bulanan adalah sbnyak 850..
Betul. Tetapi yang SPEEDSIGN fee (bukan agreement fee) tu hanya RM199 + 6% SST pada tahun seterusnya kalau anda hendak meneruskan penyewaan anda