Bagaimana Urus Sisa Sifar (Zero Waste) di Rumah?
Sampah basah, busuk dan berulat? Eewwww! Gelinya.
“Tapi kita kena kitar semula semua sampah-sampah tu… Kalau tak kena denda dengan pihak berkuasa…”
Eeishh tak sanggup lah nak pegang semua sampah yang kotor dan berulat tu..!
Tapi korang tahu tak sebenarnya kita boleh elakkan semua benda tu kalau kita asingkan sisa pepejal daripada awal?
Iye, tak mustahil untuk kita mula buat semua tu kalau kita amalkan pengasingan sampah di peringkat awal iaitu di rumah masing-masing dan seterusnya menjadikan rumah korang Zero Waste Home! =)
1. Apa itu pengasingan sisa pepejal?
Pengasingan sisa pepejal merupakan proses mengasingkan sisa pepejal seperti kertas, kaca, plastik, tin/aluminium, barang elektrik/elektronik, bahan fabrik/getah/kasut/sisa berbahaya dan sisa baki seperti sisa makanan, lampin pakai buang dan sisa kotor yang lain.
2. Kenapa kena kitar semula? Sampah je kut…
Korang tahu tak setakat tahun 2019 je kita dah menjana sisa pepejal sebanyak 49,670 metrik tan sehari atau 18.13 juta tan setahun menjelang 2020! Banyak tu dah setanding populasi penduduk Malaysia atau mungkin lebih.
Sebagai negara maju menjelang 2020, Malaysia sepatutnya dah ada satu mentaliti yang murni untuk start kitar semula sisa pepejal supaya senang nak dilupuskan dan akhirnya dapat menjadi sebuah negara Zero Waste.
Korang nak ke anak cucu korang nanti hidup, bernafas dengan sampah kat sekeliling? Eeeii mintak simpang lah!
3. Habis tu, macam mana nak amalkan zero waste at home?
Mudah je. Sisa pepejal cuma perlu asingkan ikut kepada sisa yang boleh kitar semula dan sisa baki yang tak boleh dikitar semula seperti sisa makanan atau pun sisa yang kotor.
Kebiasaannya sisa baki ni kita akan letak dalam plastik sampah yang tahan lasak sikit lepas tu kena ikat kemas-kemas supaya tak terbocor dan boleh buang dengan eloknya.
Ha korang ingat muka je ke nak kena cantik? Nak buang sampah pun kena lawa-lawa tau kalau taknak air sampah mengalir kat kawasan rumah dan berbau busuk porch rumah tu.
Tapi sisa baki pun boleh buat baja kompos tau. Ha tengok visual kat bawah ni kalau korang nak jadi zero waste home tahun ni.
Kredit: Astro Awani
Manakala untuk sisa pepejal pulak, korang boleh sediakan kotak atau plastik asing mengikut kategori supaya senang untuk dikutip dan dikitar semula. Kategori sisa pepejal seperti kertas, plastik, kaca, tin dan barang elektrik adalah antara sisa pepejal yang boleh dikitar semula yang dapat diamalkan untuk menjadikan rumah anda zero waste home!
BACA: The 9-to5ers Guide to Keeping Your House Clean
4. Berapa kerap sampah akan dikutip?
Jangan risau sampah terbiar dan berulat kat rumah sampah tu. Yang penting rajin-rajinlah amalkan tabiat buang sampah dengan betul hari-hari sebab setiap dua kali seminggu, sisa baki akan dikutip dan sisa pepejal akan dikutip sekali seminggu.
Cumanya lain negeri, lainlah hari diorang datang kutip sampah. Korang kena alert dengan jadual kutip sampah majlis bandaran masing-masing untuk elakkan acara larian pecut kejar lori sampah berlaku ye. ?
Demi menyahut cabaran dan usaha murni kerajaan untuk menjadikan negara zero waste, SPEEDHOME juga sudah pun menggunakan alternatif hijau iaitu dengan menggantikan kontrak perjanjian rumah sewa, Speedsign, daripada ditulis di atas kertas kepada bentuk digital.
Jadi, apa anda tunggu lagi? Kalau anda sayangkan bumi ini dan generasi akan datang, ayuh kita praktikkan Zero Waste at Home sekarang!