Faedah Untuk Pembeli Rumah Pertama
Memiliki rumah pertama adalah sesuatu yang diimpikan ramai orang. Tapi sebelum memiliki rumah pertama, tentu banyak persoalan bermain di fikiran anda.
Untuk memiliki rumah pertama impian anda, pasti menggunakan banyak wang. Anda juga pasti tidak mahu menghabiskan wang simpanan diri hanya untuk membayar rumah semata-mata.
Tapi tahukah anda SPEEDHOME boleh bantu anda untuk memberi panduan memiliki rumah pertama. Jangan bimbang kerana kami akan bantu anda sebaik mungkin.
Di Malaysia, sesiapa yang mahu memiliki rumah pertama perlu membayar wang pendahuluan sekurang-kurangnya 10%.
Sebenarnya banyak faedah membeli rumah pertama. Terutamanya kepada golongan muda yang sudah bekerja dan mempunyai kewangan yang stabil.
Jadi, pada artikel kali ini, kami akan kongsikan faedah yang menanti anda. Apabila anda berani untuk mula memiliki rumah pertama anda.
Apakah Tujuan Anda Membeli Rumah
Anda perlu mengetahui tujuan anda mahu membeli rumah. Supaya anda tidak akan rasa menyesal di kemudian hari kerana berhutang.
Mungkin anda rasakan anda sudah cukup mampu membayar rumah. Tetapi anda perlu fikir juga risiko kewangan anda di masa depan.
Sudah pasti anda mahu memiliki rumah yang selesa dan sesuai mengikut kehendak anda. Perasaan risau tentang risiko itu adalah normal bagi setiap orang.
Sebelum membeli rumah, anda perlu membuat banyak pembacaan. Ini bagi memastikan pilihan rumah dan lokasi adalah tepat untuk diri anda.
Anda perlu tahu jarak rumah dengan tempat kerja anda. Selain itu, anda juga perlu tahu fasiliti lain yang memudahkan anda seperti pasar, kedai, sekolah, gimnasium dan lain-lain.
Saiz keluasan rumah juga perlu anda pentingkan. Anda perlu pastikan juga berapa ramai yang akan tinggal bersama-sama anda di rumah tersebut.
Lain pula ceritanya apabila anda mahu membeli rumah untuk disewakan. Proses mencari penyewa mungkin rumit dan memakan masa.
Ini bagi memastikan penyewa anda adalah orang yang betul-betul boleh menjaga harta benda dan rumah anda. Pelbagai faktor lain juga perlu difikirkan sebelum anda membeli rumah.
Adakah Anda Mahu Membeli Rumah Yang Siap Perabot Atau Yang Kosong
Jika anda mahu membeli rumah yang siap dengan perabot, pasti akan menggunakan lebih banyak wang. Ini kerana kebiasaanya rumah yang siap dengan perabot lebih mahal.
Tetapi, jika rumah yang anda mahu beli adalah kosong, anda boleh membeli perabot secara berperingkat. Cara ini lebih menjimatkan anda dan akan menjadikan anda lebih kreatif.
Terdapat juga rumah yang dijual dengan perabot separuh lengkap. Rumah jenis ini juga adalah lebih jimat dan menjadi pilihan.
Faedah-Faedah Untuk Pembeli Rumah Pertama
Seorang individu yang mahu membeli rumah boleh juga mendaftar dengan kerajaan. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai skim untuk rakyat memiliki rumah pertama.
Sebagai contoh, Skim Rumah Pertamaku. Skim ini adalah satu skim pembiayaan perumahan yang diperkenalkan kepada pembeli rumah pertama sahaja.
Antara syarat lain, ialah berumur 35 tahun. Melalui skim ini, pemohon boleh mendapat pinjaman bank dan pinjaman perumahan penuh 100% bermula dari RM100,000 hingga RM400,000.
Skim pinjaman perumahan ini telah dilancarkan pada 2011. Antara tujuan utama skim ini adalah untuk melindungi pembeli rumah pertama dari membayar faedah tinggi kepada bank.
Berikut di bawah merupakan syarat kelayakan memohon Skim Rumah Pertamaku. Juga beberapa syarat kelayakan membeli rumah dari skim lain yang ada ditawarkan di negara kita:
Skim Rumah Pertamaku
Syarat Kelayakan Skim Rumah Pertamaku:
- Pemohon adalah pembeli rumah pertama
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Pemohon boleh memohon satu rumah tetapi dengan dua nama
- Pemohon adalah bergaji antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan
Skim Rumah Bank Simpanan Nasional (BSN).
Skim ini ditawarkan kepada pemegang akaun BSN dengan beberapa syarat berikut:
- Pemohon adalah bujang atau berkahwin yang mempunyai akaun BSN
- Pemohon berumur antara 21-45 tahun
- Pemohon mempunyai gaji bulanan yang tidak melebihi RM10,000
- Pemohon hanya boleh memohon rumah yang berharga RM100,000 hingga RM500,000
- Tarikh tutup permohonan terkini adalah 31 Disember 2021
- Pemohon yang gagal membayar balik bayaran margin pembiayaan setiap bulan akan disenarai hitam
Skim Rumah Selangorku
Skim ini ditawarkan kepada penduduk asal negeri Selangor bagi membuka peluang mereka membeli rumah kediaman pertama.
Skim ini mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Berikut merupakan syarat kelayakan memohon Skim Rumah Selangorku:
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pemohon mestilah berasal dari Selangor dan warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah kali pertama membeli rumah
- Pemohon mempunyai gaji bulanan isi rumah kurang dari RM10,000
- Pemohon berstatus bujang mempunyai gaji kurang dari RM3,000 sebulan
Residensi Wilayah
Residensi Wilayah adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur untuk mereka yang berasal dan menetap di Kuala Lumpur membeli rumah pertama.
Skim ini mempunyai objektif untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Supaya mereka berpeluang memiliki rumah pertama pada harga berpatutan.
Berikut merupakan syarat kelayakan memohon rumah di bawah Residensi Wilayah:
- Pemohon berumur 21 tahun dan ke atas
- Pemohon hendaklah lahir, menetap dan bekerja di mana-mana negeri kawasan wilayah KL
- Pemohon adalah pemohon kali pertama
- Pemohon adalah bergaji dengan tidak lebih RM10,000 sebulan
Jadi, selepas membaca artikel di atas. Pasti anda semua sudah boleh mula merancang dan membuka fikiran untuk membeli rumah pertama sebelum nilai hartanah semakin tinggi.
Proses memiliki rumah pertama mungkin sedikit rumit dan memakan wang. Tapi pasti akan memudahkan anda di masa hadapan kelak.