Isytihar Cukai Pendapatan Anda Sekarang & Nikmati Kadar Penalti Yang Lebih Rendah..!

Berita baik kepada anda yang belum isytiharkan cukai pendapatan! Nikmati kadar penalti yang rendah apabila anda isytiharkan cukai anda semasa Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS)

Apa itu PKPS?

PKPS LHDN

Kredit: HRHub.my

 

PKPS merupakan sebuah program untuk menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela untuk membuat pembayaran cukai yang sepatutnya pada kadar penalti yang sangat rendah.

Anda boleh dikenakan kadar penalti yang lebih tinggi selepas tamat tempoh program bermula 1 Julai 2019 pada kadar 80% sehingga 300%. Ouch!

Berapa lama tempoh program ini?

Program berakhir 30 Jun 2019.

 

Tempoh Pengakuan Sukarela & Kadar Penalti:

1 April 2019 – 30 Jun 2019: 15%

 

Betul tu…15% sahaja! Bayangkan kalau anda perlu membayar 300% penalti, lebih baik anda join program ni je dan tak perlu pening kepala lagi. Lagi pun senang je nak join, cuma perlu kemukakan borang-borang seperti BNCP, BNP dan/atau BNCKHT di mana-mana pejabat LHDN berdekatan anda.

 

Selain daripada dapat LEBIH BERJIMAT, PKPS juga tawarkan tawaran seperti berikut:

– Pendapatan yang belum diisytiharkan

– Tuntutan perbelanjaan berlebihan

– Perbelanjaan & pelepasan yang tidak dibenarkan

– Rebat atas tuntutan

– Dokumen yang telah disetem atau yang belum dimatikan setem

– Laporan keuntungan atas pelupusan aset (harta tanah, saham dalam harta tanah)

Bagaimana saya tahu jika saya layak?

Jangan risau, di sini kami ada jawapannya.

image

 Sumber: Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 

Jadi, apa tunggu lagi? Isytiharkan pendapatan anda hari ini! Jimat duit & tak perlu bayar penalti mahal-mahal sampai 300%. Menangis tak berlagu lah jawabnya kalau kena bayar denda mahal.

 

Semoga anda semua cepat buat tindakan sebelum terlambat!

Leave a Reply

Your email address will not be published.