Lifestyle

Tips Rumah Kekal Kemas Dengan Mudah

Tips Rumah Kekal Kemas Dengan Mudah!

Bila anda mempunyai kerja sepenuh masa, ianya menjadi susah untuk mengekalkan kebersihan dan kekemasan rumah anda. Persoalannya, ada ke cara mustajab nak kemas rumah pantas dan mudah?

Jangan risau, sebenarnya ianya tidak memakan masa yang lama untuk mengemas rumah. Ikut tips ini, dan anda boleh mengatasi masalah rumah berselerak dalam masa yang singkat:

  1. Mulakan Dengan Perkara Kecil Dahulu
  2. Pasang Muzik Sambil Mengemas
  3. Sediakan Senarai Pendek Mengemas
  4. Simpan Alat Kelengkapan Mencuci
  5. Sasaran untuk Selesaikan Tugas, bukan Sempurnakan Tugas

Baca: Tips Cari Cleaning Service Yang Tiptop

1. Mulakan Dengan Perkara Kecil Dahulu

Tips Rumah Kekal Kemas Dengan Mudah - 1. Mulakan Dengan Perkara Kecil Dahulu

Tips Rumah Kekal Kemas Dengan Mudah pertama:

Jangan ambil mudah perkara yang kecil kerana kadang-kadang benda yang sebesar zarah itulah yang paling penting dan memberi impak yang besar dalam kehidupan kita.

Ianya termasuklah mengemas katil setiap pagi, basuh pinggan mangkuk di dapur setelah selesai makan dan minum. Anda hanya perlukan 5 minit sahaja daripada masa anda untuk mengemas katil setiap pagi sebelum pergi kerja ataupun sebelum ke kelas.

2. Pasang Muzik Sambil Mengemas

Tips Rumah Kekal Kemas Dengan Mudah - 2. Pasang Muzik Sambil Mengemas

Tips Rumah Kekal Kemas Dengan Mudah kedua:

Semasa mengemas, pasangkan lagu untuk menemani anda supaya tidaklah anda berasa bosan menghadap kerja yang memerlukan perhatian.

Jangan lupa pasang muzik atau lagu kegemaran korang ketika mengemas sebab  muzik akan membuatkan korang 10 kali ganda rasa lebih seronok!

3. Sediakan Senarai Pendek Mengemas

Tips Rumah Kekal Kemas Dengan Mudah ketiga:

tak susah pun kalau anda mahukan rumah yang kemas dan bersih. Cuma sediakan senarai pendek dan pastikan anda buat kesemuanya dalam turutan.

i)   Tugas harian – kemas katil atau cuci pinggan

ii)  Tugas mingguan – Vakum, sapu sampah dan lap habuk

iii) Tugas bulanan – Lap bilah-bilah kipas atau tukar cadar tilam

iv)  Tugas tahunan – cuci karpet atau tukar langsir

4. Sediakan Alat Kelengkapan Mencuci

Tips Rumah Kekal Kemas Dengan Mudah keempat:

Pastikan sekurang-kurangnya alat mengemas seperti penyapu, mop, vakum, berus pembersih disediakan di rumah. Tanpa alat asas permbersihan memang tidak menjadi misi untuk mengemas rumah anda.

Dan jangan lupa juga heavy duty sponge untuk sental kotoran degil. Pemberus gigi lama pun berguna juga dalam membantu mencuci tempat yang sempit dan susah dicapai.

5. Sasaran untuk Selesaikan Tugas, bukan Sempurnakan Tugas

Tips terakhir:

Jangan buang masa dengan membersihkan hanya satu-satu tempat terlalu lama dan mengabaikan kawasan yang lain dan akhirnya satu rumah anda tak bersih. 

Ingat, tujuan anda adalah untuk menjadikan amalan mengemas rumah sebagai satu tabiat dan mengelakkan rumah korang daripada bersepah macam tongkang pecah.

Cukuplah sekadar jika anda mampu mengemas satu atau dua bilik dalam masa yang sama dan jangan memaksa diri untuk mengemas keseluruhan rumah.

{{cta(‘b18edc29-06db-4a0a-bfdf-c0bb4fafea7c’)}}

Leave a Reply

Your email address will not be published.