Kelebihan Dan Keburukan Menyewa Pangsapuri
Anda mungkin tertanya-tanya apakah kelebihan dan keburukan menyewa pangsapuri? Terdapat banyak pilihan pangsapuri untuk anda sewa terutamanya di bandar-bandar besar. Namun adakah pangsapuri tersebut menepati ciri-ciri pilihan diri sendiri?
Setiap pangsapuri ada kelebihan dan kekurangan. Mungkin ia lengkap dengan fasiliti, tapi melebihi bajet anda. Mungkin juga jauh dari tempat kerja atau berada di lokasi kurang strategik.
Jadi untuk artikel kali ini, kami di SPEEDHOME akan membantu anda mencari rumah sewa jenis pangsapuri terbaik. Supaya memudahkan diri anda sebagai bakal penyewa.
Apakah Itu Pangsapuri
Pangsapuri atau lebih mudah dengan nama apartment merupakan rumah kediaman bertingkat atau bangunan tinggi.
Biasanya harga pangsapuri lebih murah berbanding rumah jenis kondominium. Saiz keluasan pangsapuri di Malaysia bermula dari 550 per kaki per segi.
Pangsapuri akan didirikan dengan fasiliti biasa. Cukup sekadar dengan pengawasan keselamatan dan pagar, tempat letak kereta dan lif.
Ada juga pangsapuri yang tidak menawarkan tempat letak kereta. Penduduk perlu letak kereta di luar kawasan pagar. Ini amat berisiko kepada pemilik kereta tersebut.
Namun, masa kini, terdapat juga pangsapuri yang separa lengkap. Sudah pasti harga sewaan atau beli pula lebih mahal.
Kadar Sewa Pangsapuri
Kadar sewa pangsapuri bagi kediaman dengan dua bilik tidur di bandar Kuala Lumpur biasanya bermula dari RM500 hingga RM900.
Ini bergantung kepada lokasi pangsapuri anda berada. Faktor lain harga rumah sewa pangsapuri turut bergantung pada tahun pangsapuri itu dibina.
Ramai pemastautin menyewa di rumah jenis pangsapuri di kawasan-kawasan bandar. Ini kerana sewa pangsapuri lebih murah berbanding kondominium atau rumah atas tanah.
Kelebihan Menyewa Pangsapuri
Sewa pangsapuri adalah lebih murah berbanding kondominium atau rumah atas tanah. Ini kerana anda tidak perlu membayar yuran penyelenggaraan rumah yang tinggi.
Pangsapuri juga selamat untuk didiami. Pada zaman ini. Kebanyakan pangsapuri sudah dilengkapi dengan kad akses atau pagar yang mengawal persekitaran.
Menyewa pangsapuri adalah idea terbaik. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang mahu meyewa pada jangka masa pendek sahaja.
Anda boleh menyewa mana-mana pangsapuri yang berdekatan dengan tempat kerja anda. Ini pasti menjimatkan wang dan masa seharian.
Pangsapuri adalah rumah yang berjiran. Maka anda tidak perlu risau jika berlaku kecemasan.
Cukup sahaja berbaik dengan jiran. Pasti anda boleh meminta tolong di waktu kesusahan.
Keburukan Menyewa Pangsapuri
Kehidupan berjiran di pangsapuri akan mengurangkan privasi anda. Anda perlu menghormati jiran tetangga dan tidak membuat bising yang keterlaluan.
Setelah penat bekerja 5 hari seminggu, anda pasti mahu berehat di hujung minggu. Jiran atau anda sendiri yang membuat bising, pasti mengganggu ketenteraman.
Masalah tempat letak kereta mungkin terpaksa anda hadapi. Apa lagi jika anda menyewa lebih dari 2 orang.
Pangsapuri biasanya akan dilengkapi dengan satu atau 2 tempat letak kereta sahaja. Meletakkan kereta di luar pagar pangsapuri mungkin berisiko.
Malang tidak berbau. Kereta anda mungkin akan diletakkan di bawah terik panas dan hujan. Mungkin juga terdedah dengan risiko dicuri.
Saiz rumah jenis pangsapuri yang biasanya kecil pula akan mengurangkan idea anda untuk menghias atau melakukan dekorasi.
Jika anda hanya lah penyewa. Sebelum melakukan hias, dekorasi atau ubah suai. Sila tanya dahulu kepada pemilik rumah.
Ini untuk memastikan segala barangan atau harta benda dalam rumah, tidak rosak dan terjaga dengan baik.
Kawasan Pangsapuri Terbaik Malaysia
Berikut merupakan antara pangsapuri terbaik di Malaysia dengan harga berpatutan:
- PR1MA @ Kajang
Pangsapuri ini adalah pangsapuri mampu milik dengan fasiliti mencukupi seperti kolam renang, taman permainan dan surau.
Harga permulaan pada hanya RM290,000 amat murah kerana lokasi nya yang strategik dan berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
- Pangsapuri Seri Penara, Cheras
Pangsapuri ini dikenali dengan pangsapuri yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai dan berbilang kaum.
Ramai yang suka menyewa di sini kerana harga sewaan amat murah. Sebuah rumah boleh disewa pada RM750 sahaja. Selain berdekatan dengan LRT dan kedai makan.
- Pangsapuri Abdullah Hukum
Terletak di antara Bangsar dan Petaling Jaya, pangsapuri ini sering menjadi pilihan golongan bujang dan pelajar.
Ini kerana jarak ke LRT hanyalah 7 minit berjalan kaki. Selain harga sewaan yang murah bermula dari RM800 sebulan, pangsapuri ini lengkap dengan fasiliti asas.