Katanya, Malaysia boleh mencontohi langkah Jerman ia­itu sebuah industri pasaran sewa terbesar di Eropah yang mempunyai peraturan hartanah sewa untuk melindungi penyewa serta pemilik rumah.

 

“Lebih daripada 55 peratus rakyat Jerman memilih untuk menyewa rumah tetapi hal ini sama sekali tidak memberi kesan terhadap prestasi ekonomi negara mereka.

“Sekiranya penyewa culas untuk membayar sewa tepat pada waktunya, pemilik rumah juga mempunyai pilihan sama ada untuk menamatkan kontrak atau mengusir penyewa dari premis mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau berkata, undang-undang tersebut wajar diperkenalkan di Malaysia terutama sekali dalam usaha menangani isu di­skriminasi kaum yang kini berleluasa dalam pasaran sewaan domestik.

 

“Sesetengah pemilik rumah mempunyai pengalaman buruk ketika menyewakan unit kediaman mereka kepada warga asing atau berlainan bangsa.

 

“Sekiranya hal ini dapat dibendung dengan wujudnya sebuah undang-undang yang dapat melindungi hak tuan rumah, maka sudah tentu ramai yang tidak akan khuatir mengenai isu ini lagi,” tegas beliau.

 

Whei Meng juga mencadangkan kerajaan menu­buhkan sebuah platform skor kredit sewa digital seperti agensi pelaporan kredit CTOS dan CCRIS bagi membolehkan pemilik kediaman untuk memuat naik maklumat penyewa yang disenaraihitamkan.
 

“Saya amat yakin perkara ini akan dapat membantu me­ngurangkan diskriminasi kaum dalam pasaran sewaan kediaman, dengan erti kata lain, tuan rumah boleh memilih untuk menyewakan unit mereka kepada bangsa berlainan dalam per­spektif yang lebih objektif sekali gus menggalakkan keharmonian etnik di Malaysia.” – UTUSAN ONLINE

 

{{cta(‘ef07fc05-658e-4eaa-8a60-bba4098bb8a6′,’justifycenter’)}}