Ketahui Rumah Peranginan Persekutuan – RPP
Penjawat Awam dan pesara kerajaan mendapat pelbagai faedah sebaik sahaja diterima bekerja. Contohnya seperti elaun perumahan, cuti bersalin dan pencen.
Namun, tahukah anda, penjawat awam boleh pergi bercuti dan tinggal di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)?
Untung bukan, pergi bercuti juga ditaja. Bukan itu sahaja, tempat peranginan tersebut turut boleh dipilih sama ada dalam atau luar negara.
Kelebihan utama tempahan rumah persekutuan peranginan adalah jumlah bayaran yang murah bermula RM100 sahaja. Masa ini lah, waktu terbaik untuk anda gunakan kelebihan ini.
Selain menjimatkan, anda boleh menggunakan kelebihan ini untuk membelanja ahli keluarga. Tidak perlu bersusah payah menyewa hotel atau inap desa.
Cara memohon RPP tidaklah begitu rumit. Mari baca tips bagaimana cara untukmemohon RPP dan siapa yang layak memohon RPP untuk percutian keluarga lebih bermakna.Â
- Apa Itu RPP?
- RPP Layak Untuk Siapa?
- Dimanakah Lokasi RPP?
- Bagaimana Nak Memohon Untuk RPP?
- Berapakah Caj RPP?
Apa Itu RPP?
Sebelum memohon, lebih baik anda fahami dahulu apa itu RPP.
Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ini disediakan oleh kerajaan untuk penjawat awam atau pesara awam yang hendak bercuti dan menginap.
Harga rumah jenis RPP ini untuk satu malam adalah sangat murah. Namun perkara tersebut bergantung pada lokasi dan waktu tempahan.
Terdapat 3 jenis kategori RPP yang boleh dipilih. Untuk setiap RPP, terdapat pula pelbagai kategori rumah seperti banglo, apartment, teres dan rumah inap desa.
- Rumah Peranginan Eksekutif (Premier)
- Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)
- Rumah Peranginan TransitÂ
RPP Layak Untuk Siapa?
Seperti namanya sendiri, RPP hanya layak dipohon oleh penjawat awam dan pesara kerajaan sahaja.
Jadi mengikut 3 kategori rumah di atas, RPP boleh dipohon oleh:
Jenis RPP | Kelayakan Untuk Menginap |
Rumah Peranginan Eksekutif (Premier) | Penjawat Awam Gred 48 Dan Ke Atas Sahaja |
Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif) | Semua Penjawat Awam Tanpa Mengira Gred |
Rumah Transit | Semua Penjawat Awam Tanpa Mengira Gred |
Satu perkara lagi yang perlu diketahui, RPP mempunyai had. Satu permohonan hanya boleh dibuat sebanyak 3 kali setahun.
Ini bagi memastikan semua penjawat awam mendapat peluang tersebut dan rasa untuk pergi bercuti dengan kediaman harga murah.
Di Manakah Lokasi RPP?
Apabila sudah mengetahui apa itu RPP dan syarat kelayakan, perlu pula anda mengetahui lokasi RPP berada.
Ini adalah satu perkara penting sebelum permohonan dibuat. Barulah anda boleh merancang perjalanan percutian dengan baik bukan?
Berikut adalah lokasi RPP yang boleh anda kenalpasti sebelum membuat permohonan:
Jenis RPP | Lokasi RPP |
Rumah Peranginan Eksekutif (Premier) | Dalam Negara – RPP Cameron Highlands – RPP Tanjung Tuan – RPP Bukit Fraser (The Lodge) – RPP Labuan Di Luar Negara – RPP London – RPP Singapura |
Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif) | Dalam Negara – RPP Pangkor – RPP Langkawi – RPP Port Dickson – RPP Tasik Kenyir – RPP Bukit Fraser – RPP Morib – RPP Cameron Highlands – RPP Pulau Pinang |
Lokasi Rumah Transit | Dalam Negara – KLIA – Putrajaya – Kuala Lumpur – Johor – Negeri Sembilan – Labuan |
Bagaimana Nak Memohon Untuk RPP?
Permohonan RPP boleh dibuat dengan mengisi borang atas talian di laman sesawang Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH).
Untuk permohonan kali pertama, anda perlu mendaftar dengan mengisi semua maklumat peribadi dengan lengkap.
Kemudian, anda boleh terus log masuk dengan mengisi nama pengguna dan kata laluan yang anda daftarkan. Proses ini sama sahaja seperti log masuk aplikasi Facebook.
Setelah log masuk, permohonan RPP boleh terus dibuat. Namun permohonan ini hanya untuk Rumah Peranginan Eksekutif (Premier) dan Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif).
Permohonan Rumah Transit hanya boleh dipohon untuk penjawat awam dan pesara kerajaan yang belum mendapat tempat tinggal apabila dipindahkan.Â
Ini kerana, Rumah Transit ini digunakan sebagai rumah sementara. Maka, tidak wujud lah masalah penjawat awam yang terpaksa menyewa sembarangan apabila dipindahkan.
Berapakah Caj RPP?
Perkara ini juga perlu diambil kira sebelum anda membuat permohonan. Ini untuk memastikan anda menempah rumah yang tidak melebihi bajet percutian.
Jangan bimbang kerana tujuan RPP ini ditawarkan adalah untuk memberi kemudahan dan penjimatan.
Harga satu rumah apartment 2 bilik untuk 1 malam di bawah pakej RPP hanyalah dari RM100 sahaja.
Namun begitu, jika anda mahu menggunakan kemudahan fasiliti lain seperti bilik mesyuarat atau tempat letak kereta tambahan, caj akan dikenakan dalam bil anda.
Ramai yang tidak mengetahui tentang RPP. Mengapa bayar lebih jika boleh berjimat dan menggunakan wang pada perkara lain seperti membeli-belah dan berhibur semasa bercuti.
Kami di SPEEDHOME, sentiasa komited membantu anda dalam berkongsi informasi tentang hal-hal yang berkaitan perumahan.