Mampukah Graduan Baru Menanggung Kos Sara Hidup Kuala Lumpur?
Adakah anda seorang graduan baru? Jika ya, pasti pernah terlintas di fikiran. Adakah cukup gaji bersih bulanan anda untuk menanggung kos sara hidup Kuala Lumpur?
Menurut Jobstreet dalam satu Laporan Gaji pada tahun 2019, gaji minimum graduan baru di Malaysia berada di purata RM1,950 – RM2,836.
Mungkin ramai yang merasakan jumlah tersebut amat sedikit untuk menetap di Kuala Lumpur.
Tetapi sebenarnya pelbagai faktor yang mendorong purata gaji di negara kita begitu.
Dengan kemasukan ramai ekspatriat untuk bekerja, sudah pasti kos sara hidup juga akan meningkat.
Rujuk Jumlah Gaji Bulanan Anda
Sebagai graduan baru, adakah anda rasa anda mampu sewa rumah di Kuala Lumpur dengan kos sara hidup yang semakin tinggi?
Gaji purata minimum adalah ketetapan yang akan ditentukan oleh kerajaan mengikut undang-undang. Nilai gaji purata ini akan sentiasa dikaji setiap tahun.
Berikut adalah nilai gaji purata minimum yang telah ditetapkan mengikut industri dan jenis pekerjaan masing-masing.
Ketahui Kos Sara Hidup Kuala Lumpur
Jadual di atas adalah perbandingan yang menunjukkan perbezaan kos sara hidup di KL dan di pusat bandar sekitarnya.Â
Tujuan kerajaan menetapkan gaji minimum ini adalah supaya seseorang pekerja itu memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk menampung komitmen bulanan.
Kira Kemampuan Anda Berdasarkan Kos Sara Hidup
Berdasarkan jadual di atas, kita boleh mengira kos sara hidup minimum untuk seorang tinggal di sebuah kondominium jenis studio di Kuala Lumpur adalah sekurang-kurangnya RM3,240.
Tetapi, kos sara hidup untuk seseorang lain tinggal di kawasan KLCC (Kuala Lumpur City Centre) pula hanya lah pada RM2,397 sebulan.
Walaupun sesetengah pakar kewangan menyatakan bahawa kos sara hidup di KL adalah 67% lebih rendah berbanding bandar lain di Asia dan 73% lebih murah di dunia.
Namun begitu, perlu diingatkan bahwa nilai gaji minimum di negara kita masih rendah. Sijil pelajaran seseorang juga memainkan peranan dalam menentukan gaji minimum individu.
Anda juga perlu tahu, nilai bayaran sewa akan memberi faktor kepada kehidupan anda secara menyeluruh.
Lebih rendah bayaran sewa, maka lebih rendah kos sara hidup anda.
Oleh itu, amat penting untuk anda tidak berlebihan dalam mencari rumah sewa.
Cukuplah sekadar selesa dan selamat untuk anda tinggal menyewa supaya tidak membazir.
Anda boleh mengira berapa banyak amaun sesuai untuk pembelanjaan sewa.
Dengan cara menggunakan kalkulator kiraan sewa yang kami telah sediakan.
Sebagai alternatif, anda boleh menyewa dengan berkongsi bilik jika anda rasakan anda boleh berkongsi ruang peribadi. Ini pasti lebih menjimatkan.
Berdasarkan jadual gaji minimum yang telah kami tunjukkan di atas.
Sudah pasti jelas sama ada sesuai atau tidak untuk seorang graduan baru itu menetap ke Kuala Lumpur.
Pilihan terletak di tangan anda. Adakah anda rasakan bahawa purata gaji minimum untuk seorang graduan baru mencukupi? Komen di bawah dan beritahu kami apa yang anda fikirkan!