For Tenants

Mengapa Lebih Ramai Menyewa Dari Membeli Rumah

Membeli rumah sendiri adalah impian ramai orang. Namun, kerana harga rumah yang semakin tinggi, impian ini semakin dilupakan dan membuat ramai individu memilih untuk menyewa. 

Krisis pajak gadai 2008 telah memberi kesan pada harga rumah hari ini. Jadi kali ini, kami ingin kongsi mengapa lebih ramai orang memilih untuk menyewa dari membeli rumah. 

Terdapat banyak kebaikan apabila seseorang itu menyewa. Yang pasti menyewa boleh mengelak diri anda daripada terikat dengan hutang bank yang membebankan. 

Membeli Rumah Mengambil Banyak Modal

Menyewa rumah juga lebih baik dari membeli kerana anda boleh menyimpan wang untuk keperluan. Anda juga boleh mengguna wang bagi perkara lebih menguntungkan seperti modal perniagaan. 

Perlu diingatkan, membeli rumah adalah komitmen. Anda perlu membayar kos baikpulih, ubahsuai, penyelenggaraan, cukai dan semua bayaran di dalam kontrak pembelian. 

Tetapi, jika anda hanya memilih untuk menyewa, anda cuma perlu bayar deposit dan sewa sahaja. Tiada bayaran tambahan lain dikenakan kerana semuanya ditanggung pemilik rumah.

Pemilikan Rumah Sewa Membawa Risiko Yang Tinggi

Menyewa mengurangkan diri anda terdedah dengan risiko kewangan. Ini kerana, membeli rumah dengan pinjaman bank mewajibkan anda membayar setiap bulan dengan konsisten. 

Syarat bayaran duit muka yang tinggi juga membebankan pembeli rumah. Sekali lagi, penting untuk mengambil iktibar krisis pajak gadai 2018 yang telah mengubah harga rumah hari ini.

Membeli Untuk Disewa Lebih Menguntungkan

Membeli rumah untuk disewakan lebih menguntungkan dan ia satu pelaburan hartanah yang bijak. Sebagai contoh, rumah berharga RM800,000 boleh disewakan dengan keuntungan RM200,000.

Maksudnya, apabila rumah anda disewakan, anda mendapat 4 kali ganda keuntungan. Kaedah ini digunapakai orang kaya di luar sana dan ternyata membantu menjana wang dengan cepat.

Memberikan Fleksibiliti Lokasi

Menyewa membolehkan anda selalu berpindah-randah dan tinggal di tempat lain apabila perlu. Anda boleh memilih untuk pindah sewa di mana lokasi anda inginkan pada bila-bila masa. 

Lebih-lebih lagi dengan pasaran kerja masa kini yang berubah-ubah. Sudah pasti, pertukaran tempat kerja memerlukan rumah atau bilik sewa baru yang lebih dekat dan selesa. 

Rumah Adalah Perbelanjaan Bukan Aset

Membeli rumah satu perbelanjaan. Rumah perlu diubahsuai mengikut keselesaan. Apa lagi selepas bertahun-tahun, pasti banyak ubahsuai dibuat. Maka banyak juga wang digunakan. 

Adalah lebih baik anda membeli rumah dan disewakan. Kaedah ini juga terpakai untuk perkara lain yang menambah pendapatan. 

Contohnya membina laman sesawang atau menyewakan mesin air di satu kawasan. Tanpa perlu bekerja keras, anda akan memperoleh pendapatan mudah setiap hari.

Tinggal Di Kawasan Mahal

Antara sebab orang kaya menyewa adalah mereka boleh berpindah ke banyak kawasan mewah. Mengambil contoh di negara kita, kawasan Bukit Tunku dan Bukit Antarabangsa.

Mereka yang tinggal di kawasan mewah Kuala Lumpur tersebut, tahu nilai rumah yang tinggi di sana. Jadi, dengan membeli rumah dan disewakan, mereka mampu membayar rumah tersebut. 

Kami di SPEEDHOME sedia membantu. Proses jual beli rumah pada permulaannya mungkin rumit, tapi jika anda berani hendak membuat pelaburan mudah, ia pasti membantu anda kelak.

Penyewa Berkualiti

Pernahkah anda berhadapan isu penyewa lambat bayar sewa? Merosakkan barangan di dalam rumah? Mempunyai masalah peribadi dan tidak menjaga rumah sewaan dengan baik?

Jika anda menghadapi situasi di atas, jangan bimbang. Kami mempunyai cara untuk memastikan bakal penyewa rumah anda seorang yang bertanggungjawab.

Kami biasanya akan menyemak laporan kredit RAMCI bakal penyewa. Dengan menyemak laporan tersebut, rekod bayaran pinjaman seseorang individu boleh dibaca. 

Jadi, pemilik rumah yang berdaftar dengan kami jangan risau. Dari bacaan laporan tersebut, anda berhak terima atau tolak bakal penyewa. Ini bagi memastikan penyewa anda berkualiti. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.