Perlu Ke Bayar Duit Deposit?
Sebelum anda menyewa rumah, pastinya anda pernah dengar ayat di bawah daripada mulut tuan rumah:
“Sebelum pindah masuk, nanti awak bayar 2+1 kat saya sebagai duit deposit ya.”
Tapi apa sebenarnya maksud 2+1 ni? Perlu ke bayar duit deposit sebelum menyewa? Dan perlu ke tuan rumah mengambil duit deposit?
Sebelum kita bincang lebih lanjut lagi, jom kita fahamkan dulu apakah maksud dan konsep sebenar istilah “deposit” ini.
Definisi & Konsep “Deposit”
“Deposit” atau dalam bahasa mudahnya adalah wang pendahuluan atau wang cagaran yang merupakan sejumlah wang yang perlu disediakan oleh bakal penyewa kepada pemilik rumah sebagai jaminan untuk penyewa memberikan komitmen yang serius untuk menyewa sesuatu rumah tersebut.
Tetapi anda jangan keliru pula kerana deposit bukanlah bayaran “advance sewa” untuk bulan terakhir penyewaan.
Jenis-jenis Deposit
Ada 2 jenis deposit yang anda kena tahu:
1. Deposit Sewa Rumah
Merupakan sejumlah wang cagaran untuk sewa rumah yang dipersetujui di antara pemilik rumah & bakal penyewa bagi memastikan bakal penyewa tidak culas untuk membayar sewa setiap bulanan.
2. Deposit Bil Utiliti
Sejumlah wang cagaran untuk bil-bil utiliti seperti air, elektrik atau bayaran penyelenggaraan rumah.
Contoh supaya anda lebih mudah faham:
Katakan sewa rumah yang anda kena bayar adalah sebanyak RM1,000. Jadi cara kiraannya adalah:
? 1 + 1 = RM1,000 (deposit) + RM1,000 (sewa bulan pertama) = RM2,00
? 2 + 1 = RM2,000 (deposit) + RM1,000 (sewa bulan pertama) = RM3,00
? 2 + 1 + 1 = RM2,000 (deposit) + RM1,000 (deposit utiliti) + RM1,000 (sewa bulan pertama) = RM4,000
Jarang nak jumpa pemilik rumah yang menyewakan rumah tanpa mengambil deposit kerana tuan rumah adalah orang yang paling berisiko berdepan dengan pelbagai masalah.
Sebagai contoh risiko tersebut adalah seperti penyewa yang bertangguh bayaran sewa, kerosakan barang di dalam rumah oleh penyewa, bil-bil tertunggak, rumah dipenuhi sampah-sarap dan banyak lagi jika nak disenaraikan.
Tetapi persoalannya, cukup ke duit deposit yang tuan rumah ambil untuk melindungi sebarang kemungkinan risiko kat atas?
Berbaloi ke duit deposit letak tinggi-tinggi tapi bakal penyewa tak mampu malahan takut nak menyewa dengan anda?
BERITA BAIK KEPADA SEMUA TUAN RUMAH & PENYEWA…!
Kini anda tak perlu risau lagi kerana di SPEEDHOME ada jalan penyelesaiannya. Sewa rumah TANPA DEPOSIT dengan Speedrent dan masalah anda akan selesai dalam sekelip mata.
Okay, takdelah sekelip mata tetapi sekurang-kurangnya beban kewangan anda akan berkurangan terutama sekali bagi golongan muda yang baru nak mula menapak untuk hidup di kota raya.
Tapi bagaimana pula dengan tuan rumah? Macam mana kami nak rasa selamat sewakan rumah tapi tak ambil deposit?
Anda pernah dengar insurans rumah daripada Allianz?
Kalau anda nak tahu, General Insurance Allianz akan bagi perlindungan insurans sebanyak RM26,000 untuk melindungi sebarang jenis risiko bagi rumah anda.
SPEEDHOME juga akan bantu tuan rumah untuk kejar sewa anda. Cukup bulan je anda akan dapat duit sewa rumah tanpa bersusah-payah dan sudah semestinya ianya PERCUMA! Siapa tak suka barang percuma kan?
Buat anda yang nak menyewa dan ingin menyewakan tu, diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Dan kalau anda kurang pasti lagi mengenai SPEEDHOME, klik di sini atau di sini untuk ketahui lebih lanjut.
Mohon SHARE kepada kawan-kawan anda yang mungkin perlukan penjelasan tentang perkara ini. Lagi banyak share, lagi bagus. Anda pun dapat manfaatnya kelak.
BACA: Checking Up On Your Tenant’s Payment Status