For Landlords

Proses Menghalau Penyewa: Apa Anda Perlu Tahu?

Proses Menghalau Penyewa: Apa Anda Perlu Tahu?

Sesetengah pemilik rumah mungkin akan berhadapan dengan situasi sukar apabila terpaksa mengusir penyewa keluar. Ia adalah situasi yang mahu dielak sebaik mungkin.

Proses menghalau penyewa bermasalah untuk keluar sebenarnya lebih sukar dari yang disangka. Terutamanya bagi mengelakkan pergaduhan.

Sebagai tuan rumah, adalah lebih baik untuk anda memahami beberapa perkara dahulu sebelum menghalau penyewa keluar.

Kami di SPEEDHOME telah menyenaraikan perkara di bawah bagi memudahkan proses untuk anda mengetahui hak tuan rumah dan prosedur yang betul untuk menghalau penyewa keluar:

  1. Mempunyai perjanjian sewa yang sah dan ditandatangan.
  2. Mempunyai sebab yang sahih untuk menghalau.
  3. Berbincang dengan penyewa.
  4. Memberi notis halau yang sepatutnya.
  5. Memfailkan perintah mahkamah.
  6. Lindungi diri anda di masa depan.

Mempunyai Perjanjian Sewa

Mempunyai Perjanjian Sewa - Proses Menghalau Penyewa: Apa Anda Perlu Tahu?
Designed by Freepik

Perjanjian sewa adalah satu dokumen penting yang perlu disimpan oleh tuan rumah dan penyewa. Namun ramai juga yang mengambil mudah tentang dokumen ini.

Perjanjian sewa ini penting bagi melindungi kedua-dua belah pihak. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, perjanjian sewa ini akan dirujuk sebagai bukti di masa depan.

Belanjawan Malaysia 2018 telah mengeluarkan satu dokumen “Hak Perlindungan Sewa” yang menyediakan garis panduan kepada tuan rumah dan hak penyewa.  

Namun, pelaksanaan hak perlindungan sewa ini masih tidak digunapakai sepenuhnya. Jadi, dokumen perjanjian sewa inilah akan digunapakai sekiranya anda perlu menghalau penyewa.

Mempunyai Sebab Yang Sahih Untuk Menghalau 

Sebagai tuan rumah, anda perlu pastikan ada sebab yang sahih untuk menghalau penyewa. Ini bagi mengelakkan sebarang pergaduhan berlaku. 

Dengan sebab yang sahih atau apa-apa bukti kukuh, anda berhak menghalau penyewa dengan baik. Perlu diingatkan anda untuk tidak mengikut emosi diri sendiri.

Kebiasaannya, perselisihan faham mungkin berlaku. Tetapi, sebagai tuan rumah anda perlu juga tahu hak anda. Berikut adalah sebab-sebab kukuh untuk anda menghalau penyewa:

  • Penyewa gagal membayar sewa bulanan pada tarikh sepatutnya. 
  • Penyewa telah merosakkan barangan dan harta benda di dalam rumah.
  • Penyewa melanggar apa-apa perkara di dalam perjanjian sewa.

Berbincang Dengan Penyewa

Berbincang Dengan Penyewa- Proses Menghalau Penyewa: Apa Anda Perlu Tahu?
Designed by Freepik

Ada situasi setelah berbincang, tetapi masih tidak menemukan penyelesaian. Sudah pasti anda sebagai tuan rumah akan berasa marah dan terkilan dengan sikap penyewa.

Terutamanya apabila sewa lambat dibayar dan harta benda di dalam rumah anda rosak. Adalah lebih baik untuk anda berbincang secara bersemuka.

Cara ini mungkin akan membantu untuk anda mengetahui punca penyewa tersebut bermasalah. 

Berbincang di kawasan orang ramai seperti di kafe atau kedai makan lebih baik. Cara ini juga akan memastikan kedua belah pihak terkawal dan tidak melakukan kekerasan.

Memberi Notis Halau Yang Sepatutnya

Memberi Notis Halau Yang Sepatutnya- Proses Menghalau Penyewa: Apa Anda Perlu Tahu?
Designed by Freepik

Jika perjanjian sewa dan perbincangan sudah dibuat tetapi penyewa tetap degil. Tuan rumah boleh mula mengeluarkan notis halau yang sepatutnya.

Notis halau ini boleh juga disertakan dengan surat amaran undang-undang. Ini pasti akan memberi sedikit ketakutan kepada penyewa.

Tuan rumah boleh menyatakan sebab dan bukti kukuh di dalam notis ini mengapa dia halau penyewa keluar. Serta, satu tempoh tarikh untuk penyewa berpindah.

Tarikh tempoh untuk penyewa berpindah amat penting bagi penyewa supaya mereka dapat bersedia dan memulangkan kunci rumah. Juga menyelesaikan apa-apa bayaran yang patut.

Jika notis halau sudah diberikan, tetapi penyewa masih degil. Tindakan undang-undang boleh dikenakan. Tuan rumah juga berhak untuk saman penyewa.

Memfailkan Perintah Mahkamah

Memfailkan Perintah Mahkamah
Designed by Freepik

Jika semua cara di atas gagal, tuan rumah boleh memfailkan tindakan perintah mahkamah. Dengan syarat tuan rumah mesti mempunyai bukti kukuh untuk diberikan.

Termasuklah perjanjian sewa yang dilanggar, sewa yang tidak dibayar dan bukti barang-barang serta harta benda yang telah dirosakkan oleh penyewa. 

Proses pemfailan perintah mahkamah mungkin mengambil sedikit masa. Kebiasaanya mahkamah memerlukan 3 ke 6 bulan untuk menyiasat dan melakukan proses undang-undang.

Pemfailan perintah mahkamah ini juga biasanya perlu dibayar. Kos pemfailan perintah mahkamah berada pada harga purata MR7,000 hingga rm25,000 atau lebih hingga kes selesai.

Lindungi Diri Anda Di Masa Depan 

Lindungi Diri Anda Di Masa Depan
Designed by Freepik

Proses menghalau penyewa kelihatan rumit. Lebih-lebih lagi apabila anda terpaksa menghadapi situasi yang perlu mengeluarkan duit dan membazir masa.

Jadi, sebenarnya amat penting untuk anda memastikan anda mendapat penyewa yang berkualiti untuk rumah sewa anda.

Di SPEEDHOME, setiap penyewa dan para pekerja perlu melalui 3 kali tapisan sebelum diterima. Terutamanya latar belakang pelajaran dan rekod bayaran balik – hutang. 

Ini bagi memastikan, setiap penyewa dan para pekerja di bawah SPEEDHOME adalah tidak di senarai hitam. Serta mempunyai rekod peribadi yang baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara-cara mendaftarkan rumah anda di bawah SPEEDHOME, dan menjadi tuan rumah yang baik. Sila klik di pautan ini dan kongsikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.