Soalan Lazim Tuan Rumah

Soalan Lazim Tuan Rumah

Dengan SPEEDHOME, pemilik rumah sewa yang bijak seperti anda akan mendapat perlindungan 20x lebih baik dan penyewa berkualiti 5x lebih pantas daripada platform sewaan lain.

Sertailah 90,000+ tuan rumah di seluruh Malaysia yang telah menggunakan SPEEDHOME

Rumah anda dilindungi sehingga RM42,000

Sepanjang tempoh penyewaan anda, untuk memberikan ketenangan fikiran, pihak  Insurans Allianz  akan melindungi anda sehingga RM42,000 daripada kehilangan sewa, kerosakan harta benda dan banyak lagi. Anda mempunyai perlindungan maksimum sambil memaksimumkan kelajuan untuk menyewakan unit kediaman anda. Siapa kata anda tidak boleh memiliki kedua-duanya.

Rumah sewa Zero Deposit dapat disewakan 5X lebih pantas

Unit sewaan dengan Zero Deposit akan membuka peluang yang lebih luas kepada kumpulan penyewa berkualiti.  Anda akan menarik minat ramai penyewa berkualiti dengan pantas.

Pembayar sewa yang berkualiti

Untuk memastikan anda hanya mendapat pembayar sewa yang berkualiti, kami menjalankan pemeriksaan kelayakan Zero Deposit  yang diiktiraf oleh industri pada penyewa berpotensi anda, menggunakan Experian. Kami menolak sehingga 30% penyewa untuk mengurangkan risiko anda.

Sila hantarkan e-mel kepada kami di [email protected] jika anda tidak menemui pertanyaan / jawapan yang anda cari.

Asas

SPEEDHOME merupakan platform hartanah yang menghubungkan tuan rumah dengan penyewa untuk menyewa secara langsung tanpa pihak ketiga. SPEEDHOME melindungi tuan rumah sehingga 20x lebih baik berbanding kaedah deposit tradisional dan membantu mereka mencari penyewa 5x lebih pantas. Dengan menyediakan unit sewaan Zero Deposit, tuan rumah dapat menarik minat bakal penyewa berkualiti dengan lebih pantas.

Bagi memastikan anda hanya mendapat pembayar sewa yang berkualiti, kami menjalankan Pemeriksaan Kelayakan Zero Deposit  yang diiktiraf oleh  industri pada penyewa berpotensi anda, menggunakan Experian. Kami menolak sehingga 30% penyewa untuk mengurangkan risiko anda.

Sepanjang tempoh penyewaan anda, untuk memberikan ketenangan fikiran, pihak Insurans Allianz  akan melindungi anda sehingga RM42,000 daripada kehilangan sewa, kerosakan harta benda dan banyak lagi. Anda mempunyai perlindungan maksimum sambil memaksimumkan kelajuan untuk menyewakan unit kediaman anda. Siapa kata anda tidak boleh memiliki kedua-duanya.

Nota 1: Insurans hanya tertakluk kepada pengguna SPEEDHOME yang berjaya membuat transaksi melalui platform SPEEDHOME sahaja dengan harga sewa antara RM500 hingga RM5,000. sahaja.

Nota 2: Tuan rumah hanya perlu membayar caj premium insurans dan caj perkhidmatan SPEEDHOME sahaja (sekiranya tuan rumah membeli pakej insurans Extended+) + 6% SST dan RM10 setem duti apabila anda telah berjaya menyewakan kediaman anda di platform ini. Tiada sebarang caj tersembunyi atau caj lain dikenakan untuk perkhidmatan SPEEDHOME.

Anda boleh mengiklankan senarai unit sewaan anda secara PERCUMA di laman atau aplikasi mudah alih SPEEDHOME.

Laman Web: Klik butang “Iklan Rumah PERCUMA” di bahagian atas laman web kami. Kemudian isikan butiran maklumat yang diperlukan dan kami akan lakukan yang selebihnya.

Aplikasi Android atau iOS: Klik butang iklan di bahagian bawah aplikasi anda, kemudian teruskan untuk mengiklankan senarai sewaan anda.

Laman web: Log masuk dan klik ikon avatar di bahagian atas kanan. Kemudian, pilih “Senarai Saya”. Klik senarai iklan anda dan pilih “Edit”

Aplikasi Android atau iOS: Klik butang “Lagi” di bahagian bawah kanan aplikasi anda. Kemudian klik “Senarai Saya” dan pilih “Edit” untuk menukar iklan anda.

Sewaan jangka masa pendek adalah dibolehkan. Tempoh penyewaan di SPEEDHOME bermula dari tempoh minimum 3 bulan dan boleh dilanjutkan kepada maksimum 12 bulan  dengan pilihan untuk memperbaharui kontrak setiap tahun.

SPEEDHOME menyediakan perlindungan 20x lebih baik kepada para tuan rumah melalui beberapa cara:

  • Bayaran sewa bulanan tepat pada masanya dengan On-Time Rental, tidak kiralah sama ada penyewa anda sudah membuat pembayaran sewa atau belum pada tarikh akhir bayaran sewa, anda akan tetap menerima wang sewa tepat pada waktunya setiap bulan dengan kami. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Kami memastikan anda tetap menerima sewa bulanan dengan perlindungan Overstay Cash Defender, walaupun penyewa tidak lagi membuat bayaran sewa ketika masih mendiami rumah anda. *Tertakluk terma dan syarat.
  • Kami sama tegasnya dengan pihak bank ketika menjalankan pemeriksaan kelayakan zero deposit ke atas penyewa. Kami menjalankan pemeriksaan kredit EXPERIAN bagi memastikan anda mendapat pembayar sewa yang berkualiti sahaja.
  • Kami faham perasaan anda apabila penyewa merosakkan harta benda di dalam rumah anda. Oleh itu, kami telah bekerjasama dengan Allianz  untuk melindungi hartanah anda sebanyak RM42,000 dan boleh melindungi manfaat tidak keselesaan atau kerosakan kecil, kerugian bayaran sewa sehingga 2 bulan sewa, kecurian atau kerosakan yang tidak disengajakan dan lain-lain lagi.

*Harap maklum bahawa Bayaran Sewa Tepat Waktu (On-Time Rental) dan Overstay Cash Defender adalah produk SPEEDHOME dan BUKAN Insurans Allianz.

Penyewa akan menghantar pemintaan perbualan kepada anda. Penyewa yang berminat akan klik butang “Berbual dengan Tuan Rumah” pada senarai iklan anda. Setelah mereka mengisikan beberapa butiran yang diperlukan, kami akan menghubungkan anda berdua untuk proses janji temu tontonan rumah. Kami akan memberi nombor telefon kedua-dua parti setelah janji temu tontonan rumah telah dibuat.

  • Laman Web : Setelah anda log masuk akaun anda, klik pada ikon berbual di bahagian kanan atas halaman tersebut. Anda akan dapat mengakses terus perbualan anda dengan penyewa.
  • Aplikasi: Muat turun applikasi SPEEDHOME dan aktifkan notifikasi. Kami akan memberi notifikasi kepada anda sekiranya  terdapat mesej baharu. 

Tip BONUS: Muat turun aplikasi kami di Google Play atau AppStore untuk mendapatkan kemaskini dan notifikasi permintaan perbualan dengan lebih mudah dan cepat.

Pasukan homerunners kami akan menguruskannya bagi pihak anda. Pasukan homerunners kami akan mengutip kunci rumah/unit anda kemudian menunjukkan rumah kepada bakal penyewa secara percuma.

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan homerunners kami, sila ikuti langkah berikut:

Untuk Laman Web

  1. Log masuk akaun anda dan tekan ikon profil di sudut kanan atas.
  2. Pergi ke “Senarai Saya”  dan tekan “Janji Temu Tontonan Rumah”. 
  3. Isikan butiran yang diperlukan bagi kutipan kunci dan klik “Kutip Kunci” untuk menghantar permintaan anda

Untuk Aplikasi: 

  1. Pergi ke “Hartanah” di bahagian bawah halaman dan klik “Senarai Aktif”. 
  2. Pilih “Kutip Kunci”.
  3. Isikan butiran yang diperlukan bagi kutipan kunci dan klik “Kutip Kunci” untuk menghantar permintaan anda

Sebaik sahaja kunci anda dikutip oleh homerunners kami, homerunners akan menunjukkan unit anda kepada penyewa. Kami akan menyimpan kunci rumah anda sehingga anda berjaya mendapatkan urus janji atau apabila anda memohon untuk dipulangkan semula kunci tersebut.

Nota: Perkhidmatan homerunners hanya terdapat di kawasan Lembah Klang sahaja.

SPEEDHOME Proses Homerunners

Nota: Berdasarkan rekod kami, pasukan homerunners telah berjaya membantu pihak tuan rumah mencari penyewa ideal dalam masa kurang 24 jam! Klik di sini untuk kami mengutip kunci rumah anda sekarang.

Sekiranya anda ingin menunjukkan unit sewaan sendiri kepada penyewa anda, anda boleh berbuat demikian. Tetapi kami amat menggalakkan anda untuk menggunakan perkhidmatan homerunners kerana tuan rumah yang menggunakan perkhidmatan homerunners akan mendapat penyewa 2x lebih cepat dan tak perlu susah-susah!

 Jika anda ingin menunjukkan unit kediaman anda sendiri, sila tetapkan masa dan tarikh janji temu anda melalui ruangan bual SPEEDHOME dan kami akan membantu anda dan bakal penyewa untuk memilih waktu yang terbaik untuk anda berdua berjumpa.

Jumpa dengan bakal penyewa anda dan tanya soalan-soalan relevan dan berundinglah mengenai unit sewaan anda untuk mengelakkan sebarang konflik dan salah faham.

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk berurusan, sila kembali ke ruang perbualan dalam laman web atau aplikasi SPEEDHOME dan maklumkan kepada pasukan SPEEDHOME untuk meneruskan urus janji berkenaan.

Langkah 2: Penyewa anda akan melalui pemeriksaan kelayakan zero deposit terlebih dahulu selepas mereka membuat bayaran tempahan sebanyak RM500.

Langkah 3: Setelah penyewa anda melepasi pemeriksaan kelayakan, teruskan untuk membuat perjanjian sewaan digital, SPEEDMANAGE

Langkah 4: Hantar pautan perjanjian tersebut kepada penyewa anda untuk dilengkapkan dengan maklumat terperinci dan ditandatangani secara dalam talian.

Langkah 5: Tunggu penyewa anda untuk membuat bayaran penuh sewa rumah terlebih dahulu

Langkah 6: Lengkapkan perjanjian tersebut dengan tandatangan anda sebagai tuan rumah. Setelah selesai, mulakan proses penyerahan kunci kepada penyewa. 

Untuk bantuan lebih lanjut, sila hubungi talian Sokongan Pelanggan kami melalui aplikasi atau hantarkan e-mel ke alamat [email protected] 

Setelah log masuk, sila ikuti langkah berikut:

Aplikasi

  1. Klik pada ikon “Profil” di bahagian kanan atas
  2. Klik “Senarai Saya”
  3. Klik “Arkib” pada iklan rumah yang anda ingin padam

Laman Web

  1. Klik pada ikon “Profil”
  2. Klik pada 3 garisan bertitik pada gambar senarai iklan anda
  3. Klik “Arkib”

Berikut merupakan kelebihan yang anda peroleh daripada SPEEDHOME

  1. Anda hanya menerrima penyewa berkualiti sahaja
    Kami sama tegasnya dengan pihak bank ketika menjalankan pemeriksaan kredit EXPERIAN bagi memastikan anda mendapat pembayar sewa yang berkualiti sahaja.
  2. Perlindungan Sewa sehinga RM42,000
    Rumah anda dilindungi dengan Allianz sehingga RM42,000 daripada kerosakan harta benda, kecurian, bil-bil tertunggak dan lain-lain.
  3. Terima wang sewa bulanan tepat pada waktunya
    Tidak kiralah sama ada penyewa anda sudah membuat pembayaran sewa atau belum pada tarikh akhir bayaran sewa, anda akan tetap menerima wang sewa tepat pada waktunya setiap bulan dengan kami.
  4. Anda tidak perlu lagi risau dengan penyewa yang mendiami rumah anda melebihi tempoh kontrak. Dengan perlindungan Overstay Cash Defender*, kami memastikan anda masih menerima sewa bulanan walaupun penyewa telah berhenti membayar sewa semasa masih mendiami rumah tersebut. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  5. Anda iklankan, SPEEDHOME uruskan selebihnya.
    Pasukan homerunners kami akan berjumpa dengan penyewa anda dan mendapatkan penyewa bagi pihak anda. Jadi iklankan senarai rumah sewa anda dengan kami dan rileks sahaja kerana kami akan uruskan semuanya untuk anda.
  6. Bantuan dan sokongan pengusiran penyewa
    Jika penyewa anda tidak memberi respons terhadap anda mengenai bayaran atau hal-hal lain, pasukan Operasi kami akan membantu anda dengan menjalankan proses pengusiran.

*Harap maklum bahawa Bayaran Sewa Tepat Waktu (On-Time Rental) dan Overstay Cash Defender adalah produk SPEEDHOME dan BUKAN Insurans Allianz.

Zero Deposit

Ini bermaksud bahawa penyewa tidak perlu membayar deposit tradisional 2+1 atau sebarang deposit sebelum berpindah masuk ke unit sewa. Semua unit yang didaftarkan di bawah SPEEDHOME mematuhi polisi Zero Deposit kami. Ini bermaksud bahawa penyewa hanya perlu membayar kos sewa bulan pertama + bayaran Speedsign + 6% SST.

Penyewa perlu melalui Pemeriksaan Kelayakan Zero Deposit terlebih dahulu sebelum menandatangani perjanjian sewaan digital. Ini bagi memastikan bahawa penyewa mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan stabil dan dapat membayar sewa bulanan mereka serta mereka tidak mempunyai pengalaman kredit yang teruk sebelum ini. Tuan rumah hanya perlu membayar setelah berjaya menyewakan unit sewaan mereka dengan SPEEDHOME. Dengan berbuat demikian, mereka akan mendapat perlindungan sehingga RM42k, bergantung kepada pakej insurans yang dipilih.

Dengan kerjasama oleh Insurans Allianz, harta benda tuan rumah dilindungi sehingga RM42,000 daripada kehilangan sewa bulanan, kerosakan harta benda dan banyak lagi ketika dalam tempoh sewaan. Skim Zero Deposit juga membolehkan pasaran sewa dibuka luas untuk lebih ramai lagi kumpulan penyewa yang berkualiti dan unit sewaan dapat disewakan dengan 5x lebih pantas.



Skim Zero Deposit tidak dikenakan sebarang kos. Tuan rumah hanya perlu membayar caj insurans dan caj SPEEDHOME sahaja (sekiranya tuan rumah membeli pakej insurans Extended+) dan RM10 setem duti. Tuan rumah yang memilih untuk membeli pakej insurans Extended+ akan dikenakan sejumlah bayaran sebanyak 1.5 bulan sewa + 6% SST dan RM10 setem duti. Ini adalah termasuk dengan caj bayaran insurans + bayaran perkhidmatan SPEEDHOME (OCD dan OTR – produk dari SPEEDHOME). Manakala penyewa perlu membayar sewa bulan pertama dan bayaran Speedsign (RM399 + 6% SST) semasa berurusan.

Dengan lebih 1,186 urus janji yang berjaya hanya dalam masa setengah tahun ini sahaja, kami boleh menjamin bahawa ramai pemilik rumah dan penyewa berpuas hati dengan perkhidmatan dan polisi Zero Deposit kami kerana ianya memberikan jalan penyelesaian yang menang-menang kepada kedua-dua pihak. Semenjak kerjasama kami dengan Insurans Am Allianz pada tahun 2017, SPEEDHOME telah menyediakan platform sewaan kediaman yang mudah diakses dan selamat untuk tuan rumah dan penyewa. Kami juga telah membayar RM800k jumlah tuntutan insurans kepada pihak tuan rumah sejak Februari 2020 dan kadar tuntutan masih lagi 100% sehingga kini. Dengarkan sendiri apa yang pengguna SPEEDHOME katakan mengenai perkhidmatan kami dalam video di bawah.

Untuk laporan ketelusan kami selanjutnya, sila klik di sini. 

Overstay Cash Defender (OCD)

  1. Kami melindungi tuan rumah daripada penyewa yang mendiami sesebuah unit sewaan tanpa membayar sewa bulanan dengan cara kami akan membayar sewa bulanan kepada pihak tuan rumah sehingga penyewa tersebut berjaya diusir/berpindah keluar dari rumah sewa anda. 
  2. Kami akan mendapatkan perintah mahkamah dan menanggung kos pengusiran bagi pihak tuan rumah.
  3. Segala kerosakan dan kecurian yang dilakukan oleh pihak penyewa akan diganti semula dengan perlindungan insurans kepada pihak tuan rumah setelah penyewa berpindah keluar dari unit sewaan

Semua tuan rumah yang membeli premium insurans Allianz extended+ dengan produk jaminan On-Time kami layak mendapat perlindungan ini.

Ya, anda perlulah mengikuti arahan dan mematuhi sepenuhnya klausa milikan kosong yang disediakan oleh SPEEDHOME.

Perlindungan penginapan melebihi masa akan memastikan tuan rumah masih menerima wang sewa bulanan mereka, walaupun penyewa telah berhenti membayar sewa semasa masih mendiami rumah.

Caj yang dikenakan hanyalah sebanyak sewa 1.25 bulan untuk premium insurans dan sewa 0.25 bulan untuk produk jaminan On-Time Rental dan Overstay Cash Defender (produk dari SPEEDHOME).

Kami faham dan prihatin terhadap kebimbangan tuan rumah terutama sekali ketika waktu yang mencabar ini. Oleh itu, kami telah bertekad untuk bersama-sama membantu mengurangkan risiko yang dihadapi pihak tuan rumah dengan mewujudkan pengalaman sewaan yang mudah tanpa perlu risau.

Tidak. Hanya penyewa yang mendiami sesebuah unit sewaan melebihi tempoh ditetapkan sahaja dilindungi di bawah pelan ini. Jika penyewa anda memilih untuk pindah atau menamatkan kontrak lebih awal, SPEEDHOME tidak akan membayar sewa sepanjang bulan tersebut.

Hanya tuan rumah yang membeli pakej insurans Extended+ sahaja akan mendapat perlindungan 12 bulan Overstay Cash Defender (OCD).

Tidak. SPEEDHOME akan membayar sewa bulanan kepada pihak tuan rumah dan anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen kepada kami. Tetapi tuan rumah mestilah membenarkan pihak SPEEDHOME mengutip wang sewa bulanan tuan rumah.

Tempoh maksimum perlindungan ini adalah bergantung kepada tempoh sewa yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika penyewa telah berpindah dan menetap di dalam kediaman sewa selama 2 bulan dan kemudian tidak membayar sewa pada bulan ke-3, maka pihak SPEEDHOME akan membayar sewa kepada tuan rumah bermula dari bulan itu sehinggalah tamat tempoh sewaan tersebut sekiranya penyewa masih tinggal di dalam unit tersebut.

Insurans dan Tuntutan

Kami bekerjasama dengan Insurans Am Allianz untuk melindungi harta kediaman anda sehingga 20x  ganda lebih baik berbanding kaedah deposit tradisional. Dapatkan perlindungan Allianz sehingga RM42,000 apabila anda membuat transaksi sewa menggunakan SPEEDHOME.

  1. Manfaat kerugian bayaran sewa sehingga 2 bulan sewa: Jika penyewa anda gagal menyewa dengan baik atau lari daripada premis anda: sehingga 2 bulan  jumlah sewa
  2. Manfaat tidak keselesaan atau kerosakan kecil: sehingga RM2,000.
  3. Manfaat kecurian atau kerosakan yang tidak disengajakan: sehingga RM30,000
  4. Surat tuntutan: sehingga 2 surat tuntutan

Terdapat 3 jenis pelan insurans bagi sewaan kediaman /rumah. Dan berikut merupakan perkara yang dilindungi:

*Sila ambil perhatian bahawa:

  1. Tiada caj lain dikenakan kepada tuan rumah kecuali caj insurans dan bayaran perkhidmatan SPEEDHOME sahaja (sekiranya tuan rumah membeli pakej insurans Extended+) dan RM10 setem duti.
  2. Caj yang dikenakan hanyalah sebanyak sewa 1.25 bulan untuk premium insurans dan sewa 0.25 bulan untuk produk jaminan On-Time Rental dan Overstay Cash Defender (produk dari SPEEDHOME). 
  3. Kos insurans bagi pelan Extended dan Extended+ akan dibahagikan kepada 2 bulan pertama sewa.
  4. On-Time Rental* merupakan sebuah perkhidmatan yang membenarkan anda untuk mendapatkan bayaran sewa tepat pada waktunya sepanjang tempoh sewa. 
  5. Overstay Cash Defenfer* merupakan sebuah perkhidmatan yang memastikan anda untuk tetap menerima sewa bulanan walaupun penyewa anda telah berhenti membayar sewa bulanan semasa masih mendiami kediaman tersebut.

Anda juga akan mendapat salinan digital polisi insurans dalam masa 30 hari bekerja selepas permulaan tarikh perjanjian melalui e-mel.

Nota 1: Perlindungan insurans hanya tertakluk kepada tuan rumah yang berjaya membuat transaksi dengan SPEEDHOME sahaja dengan harga sewa antara RM500 sehingga RM5,000 

Nota 2: Pelan insurans hanya tertakluk kepada tempoh sewa selama 12 bulan dan ke bawah sahaja.

Nota 3: Harap maklum bahawa Bayaran Sewa Tepat Waktu (On-Time Rental) dan Overstay Cash Defender adalah produk SPEEDHOME dan BUKAN Insurans Allianz.

Anda akan menerima salinan digital bagi insurans polisi anda. dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh permulaan penyewaan bermula melalui e-mel.

Anda sebagai tuan rumah perlu membayar kos insurans tersebut. Sila rujuk jadual di bawah bagi kos insurans yang perlu dibayar.

BAGI SEWAAN KEDIAMAN TEMPOH PENDEK (3-11 BULAN):

SPEEDHOME Bayaran Kos Insurans Oleh Tuan Rumah Bagi Tempoh Sewa Pendek

Nota 1: Perlindungan insurans akan disediakan untuk tuan rumah yang telah melengkapkan transaksi dengan SPEEDHOME (harga sewa antara RM500 – RM5,000)

Nota 2: Pelan insurans hanya tertakluk untuk tempoh sewa sehingga maksimum 12 bulan sahaja.

Boleh, sekiranya harga sewaan bilik anda adalah pada atau melebihi RM500.

Tuntutan yang dibuat oleh tuan rumah kami adalah 100% diluluskan oleh Insurans Am Allianz bagi memberikan ketenangan minda. Berikut merupakan tempoh masa tuntutan yang diperuntukan.

SPEEDHOME Tempoh Masa Tuntutan

Sila ambil perhatian bahawa anda hanya mempunyai masa 2 minggu sahaja untuk membuat permohonan tuntutan di atas selepas tarikh perjanjian sewa berakhir. Selepas tempoh 2 minggu, permohonan anda tidak akan dilayan.

Sebarang kerugian atau kerosakan akibat apa-apapun  tidak akan dilindungi insurans kecuali yang disebabkan oleh penyewa sahaja. Lihat info lanjut di sini.

Proses tuntutan dengan SPEEDHOME adalah mudah dilakukan. Anda hanya perlu menyediakan dokumen relevan seperti berikut:

SPEEDHOME Dokumen Sokongan Bagi Tuntutan

Adalah langkah yang baik jika anda mempunyai banyak gambar daripada pelbagai sudut yang menunjukkan kerosakan barang-barang dalam rumah supaya pihak Allianz dapat menganalisa tuntutan anda berdasarkan gambar yang diberi.

Semua dokumen untuk membuat tuntutan perlulah dihantar ke  [email protected] Atau hubungi kami di talian +6018 7777 650 untuk bantuan lanjut mengenai proses tuntutan insurans.

Untuk memahami proses tuntutan sepenuhnya dan terma dan syarat  insurans, sila rujuk halaman penyerahan tuntutan di claims.speedhome.com

Sewaan Bilik

TIDAK BOLEH. Mana-mana unit yang disenaraikan di platform SPEEDHOME perlu mematuhi polisi Zero Deposit. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan akaun anda dibatalkan. Sila ambil perhatian bahawa Insurans Allianz juga boleh digunakan untuk sewaan bilik yang berharga RM500 dan ke atas. 

Tidak boleh. Anda tidak dibenarkan untuk mengumpul sebarang wang deposit untuk sebarang unit sewaan dengan sebarang harga sewaan di dalam platform SPEEDHOME.

Anda boleh memilih untuk membeli Insurans Allianz  bernilai RM500. Contohnya, jika harga unit sewa anda adalah RM300, anda perlu menambah RM200 lagi untuk pembelian insurans. Oleh hal yang demikian, unit bilik sewaan  anda dilindungi sehingga 12 bulan oleh insurans yang bernilai RM300.

Bayaran

Semua perkhidmatan di platform kami (kutipan sewa bulanan rumah, perkhidmatan tontonan rumah, perjanjian sewaan digital)  kami adalah percuma untuk tuan rumah dan anda tidak perlu membayar apa-apa caj untuk mengiklankan senarai rumah sewa anda di SPEEDHOME. 

Platform ini adalah terbuka untuk semua pemilik rumah untuk mengiklankan hartanah mereka di dalam laman web atau aplikasi mudah alih kami secara PERCUMA.

Kami hanya mengenakan caj insurans dan bayaran  perkhidmatan SPEEDHOME sahaja (sekiranya tuan rumah membeli pakej insurans Extended+) dan RM10 setem duti. Insurans akan melindungi rumah anda daripada kehilangan sewa dan kerosakan harta benda sehingga RM42,000.

Sila rujuk jadual di bawah bagi caj insurans yang dikenakan dan tempoh sewaan.

SPEEDHOME Bayaran Kos Insurans Oleh Tuan Rumah Bagi Tempoh Sewa Pendek

Kos pembaharuan perjanjian sewaan digital ditetapkan pada kos RM199 + 6% SST sebagai bayaran Speedsign dan akan dibayar oleh penyewa. Tuan rumah pula perlu memperbaharui kos insurans sahaja. (lihat soalan dibawah)

Untuk memperbaharui perlindungan insurans anda sebagai tuan rumah, anda mempunyai pilihan untuk memilih sama ada pakej insurans Basic, Extended atau Extended + seperti biasa.

Sekiranya penyewa anda mempunyai sejarah menyewa yang bagus, anda boleh memilih perlindungan sewa yang lebih rendah

Contoh: Jika sewa bulanan anda ialah RM3,500, anda boleh memilih pelan “Basic” sebanyak RM2,000 bagi melindungi unit kediaman anda. Kos insurans anda akan menjadi RM2,130 (2,000 + 6% SST + RM10) dan unit anda akan dilindungi sehingga 80% daripada RM2,000 sewa (berbanding 80% daripada RM3,500)

Tempoh penyewaan di SPEEDHOME bermula dari tempoh minimum 3 bulan dan boleh dilanjutkan kepada maksimum 12 bulan dengan pilihan untuk memperbaharui kontrak setiap tahun.

Penyewa anda akan membayar sewa bulanan kepada SPEEDHOME dahulu. Kemudian, kami akan memindahkan jumlah sewa tersebut kepada anda dalam tempoh 3 hari bekerja. Jika anda mempunyai On-Time Rental, anda akan menerima wang sewaan anda pada tarikh akhir bayaran sewa setiap bulan berdasarkan perjanjian sewaan digital anda atau lebih awal dari tarikh tersebut walaupun penyewa anda lambat membuat pembayaran kepada pihak kami.

Dengan On-Time Rental, anda dijamin dengan bayaran sewa tepat pada waktunya.

Jika penyewa masih belum menjelaskan bayaran sewa pada tarikh yang ditetapkan (seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian sewaan digital) dalam masa 2 minggu dan meninggalkan premis, anda perlulah membuat laporan polis dan maklumkan segera kepada pihak kami. Kami akan memproses prosedur tuntutan bagi pihak anda.

Anda boleh hubungi kami di [email protected].

Ya. Kami akan sentiasa memastikan anda dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang kelewatan pembayaran melalui SMS, WhatsApp dan panggilan telefon. Anda juga boleh menyemak status bayaran sewa anda menggunakan aplikasi mudah alih kami.

Aplikasi mudah alih: Klik pada butang “Lagi” di bahagian bawah kanan skrin. Kemudian, klik pada “Kutipan Sewa” untuk menyemak status bayaran sewa anda.

Sila emelkan ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan mengenai rumah sewa anda.

Ya, anda perlu membayar cukai SST sebanyak 6% untuk polisi insurans rumah setelah anda mendapat penyewa di SPEEDHOME.

Nota: Perlindungan insurans rumah adalah tertakluk kepada rumah sewa dengan nilai sewa RM500 ke RM5,000.

Perjanjian Sewaan Digital

Pergi ke SPEEDMANAGE untuk menulis perjanjian sewaan digital anda.

Anda hanya perlu tandatangan secara atas talian sahaja. Tidak perlu berjumpa dengan pihak SPEEDHOME atau penyewa secara berhadapan. Pergi ke SPEEDMANAGE untuk menandatangani perjanjian sewaan digital.

Penyewa perlu membayar bayaran Speedsign tersebut.

Tempoh penyewaan di SPEEDHOME adalah di antara 6-12 bulan. Kami juga menyediakan perjanjian sewaan digital jangka pendek bermula daripada tempoh 3 bulan.

Kami menapis penyewa berpotensi bagi pihak anda dengan melihat sejarah kredit kewangan dan melakukan pemeriksaan kelayakan zero deposit  terhadap mereka. Selepas mereka berjaya proses tapisan tersebut, anda boleh mula mendapatkan Insurans Allianz untuk melindungi rumah anda sehingga RM42,000.

Sekiranya penyewa anda ingin menamatkan perjanjian sewaan  lebih awal, mereka perlulah melakukan beberapa perkara berikut:

  • Maklumkan SPEEDHOME dan tuan rumah 2 bulan sebelum tamat tarikh perjanjian sewaan.
  • Penyewa mesti membayar 50% dari sewa sebulan sebagai bayaran penalti jika penamatan awal dilakukan pada separuh pertama tempoh perjanjian sewa asal; ATAU
  • Penyewa mesti membayar 25% dari sewa sebulan sebagai bayaran penalti jika penamatan awal dilakukan melebihi separuh kedua tempoh  perjanjian sewa asal.
  • Contohnya: Sekiranya penyewa menamatkan kontrak awal pada bulan 1 hingga bulan 6 atau 50% pertama dari tempoh sewaan, penyewa mesti membayar 50% bayaran penalti dari jumlah sewa sebulan;
  • Sekiranya penyewa menamatkan kontrak pada bulan ke-7 hingga ke-11 iaitu pada separuh kedua tempoh perjanjian sewa, penyewa mesti membayar 25% bayaran penalti dari jumlah sewa sebulan.
  • Serahkan kunci rumah setelah berpindah keluar rumah.

Perjanjian sewa yang ditandatangani secara digital dan salinan setem duti yang dicetak adalah diperakui sah di bawah Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan Seksyen 62(2) Akta Tandatangan Digital 1997.

Pada dasarnya Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 menyatakan bahawa mesej elektronik boleh digunakan untuk menyatakan apa-apa komunikasi yang berkaitan untuk membina suatu pembentukan kontrak.

Bagi Seksyen 62 (2) Akta Tandatangan Digital 1997, dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital adalah diperakui sah sama seperti dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan tulisan tangan, cap ibu jari atau apa-apa tanda lain.

Skim Rujukan

Kami ingin anda berkongsi mengenai SPEEDHOME kepada rakan anda. Jika anda melakukannya, anda dan rakan anda akan mendapat ganjaran sekiranya:

A) Rakan tuan rumah anda berjaya menyewakan rumah sewa mereka dengan penyewa di SPEEDHOME.

ATAU

B) Rakan penyewa anda berjaya menyewa rumah dengan tuan rumah di SPEEDHOME

Apabila anda log masuk SPEEDHOME dan pergi ke speedhome.com/more/refer, anda akan lihat pautan unik anda. Anda boleh berkongsi pautan berkenaan dengan sesiapa sahaja yang anda inginkan. Apabila terdapat seseorang yang sewakan atau menyewa rumah menggunakan pautan berkenaan, kami tahu ianya datang daripada anda dan kami akan memberikan ganjaran sewajarnya kepada anda.

Setelah mereka berjaya menyewa rumah menggunakan pautan anda, kami akan menghubungi anda melalui e-mel untuk mendapatkan maklumat akaun bank dan akan memindahkan wang ganjaran dalam masa 14 hari bekerja selepas selesai transaksi urus janji. Rakan anda akan menerima RM100 diskaun atau rebat tunai untuk bayaran insurans atau  caj tandatangan perjanjian sewaan digital (bayaran SPEEDSIGN) mereka manakala anda pula akan menerima RM300 tunai bagi setiap 5 rujukan pertama dan RM100 tunai untuk setiap rujukan seterusnya yang dilakukan setelah mereka berjaya menyelesaikan transaksi perjanjian.

Sila ambil perhatian bahawa tempoh selesai kesemua urusan boleh mengambil masa sehingga 1+ bulan, jadi akan terdapat sedikit kelewatan sewaktu anda mula berkongsi pautan rujukan dengan masa menerima bonus rujukan berkenaan. Berikut merupakan syarat-syaratnya:

Pengguna Menghantar Jemputan Rujukan – Terma & Syarat untuk Perujuk:

  • Sistem rujukan ini hanya tertakluk kepada pelanggan baru sahaja. Anda tidak boleh merujuk seseorang yang sudah mendaftar dengan SPEEDHOME (sebelumnya Speedrent).
  • Sistem rujukan ini hanya tertakluk kepada akaun individu baharu yang berdaftar dengan Speedrent Technology Sdn Bhd (“SPEEDHOME”) 
  • Untuk layak menerima ganjaran rujukan, rakan yang dirujuk mesti membuka akaun SPEEDHOME menggunakan pautan rujukan yang dihantar dari jemputan anda kemudian menghantar permintaan sembang atau iklankan hartanah dalam tempoh 6 bulan setelah menerima jemputan, dan menyelesaikan urus janji dan bertransaksi dengan SPEEDHOME.
  • Penyertaan anda dalam program rujukan tertakluk pada terma dan syarat berikut;
    • Usaha anda untuk merujuk pelanggan bagi pihak SPEEDHOME tidak terhad kepada jemputan yang dibuat kepada mana-mana individu dengan menghantar jemputan rujukan individu melalui platform digital SPEEDHOME,
    • Anda akan menerima RM300 tunai bagi setiap 5 rujukan pertama dan RM100 tunai untuk setiap rujukan seterusnya yang dilakukan setelah rakan yang dirujuk berjaya menyelesaikan transaksi perjanjian.
    • Manakala rakan rujukan anda akan menerima rebat tunai RM100 untuk bayaran insurans atau  caj tandatangan perjanjian sewaan digital (bayaran SPEEDSIGN) setelah selesai urus janji.
    • Rakan tuan rumah yang anda rujuk perlu melanggan dan membeli pakej insurans Allianz yang disediakan oleh SPEEDHOME untuk layak mendapat ganjaran rujukan.
    • Untuk setiap rujukan yang berkelayakan, SPEEDHOME akan memasukkan wang ke dalam akaun bank perujuk dan rakan rujukan dalam masa 14 hari bekerja setelah mendapat maklumat bank masing-masing melalui e-mel.
    • Untuk mengelakkan pembatalan ganjaran rujukan, anda dan rakan yang anda rujuk mestilah individu yang berbeza dengan butiran akaun bank yang berbeza.
    • Rakan rujukan anda mestilah seorang pengguna SPEEDHOME yang baru bagi mengelakkan  pembatalan ganjaran rujukan.
    • Rakan rujukan yang memperbaharui perjanjian sewaan selain daripada yang baru melakukan sewaan hartanah tidak layak menerima ganjaran rujukan.
    • Anda tidak boleh merujuk diri sendiri atau akaun peribadi SPEEDHOME anda.
    • Semua rujukan lisan yang dibuat kepada mana-mana individu tanpa menggunakan pautan rujukan yang anda kongsikan dari jemputan anda secara elektronik tidak sah. 
    • SPEEDHOME tidak bertanggungjawab ke atas entri yang salah atau kegagalan lain dari pihak rakan yang dirujuk anda dalam menggunakan pautan rujukan anda atau mematuhi syarat lain untuk pemegang akaun SPEEDHOME.
  • Promosi/program ini tidak sah dengan mana-mana tawaran/diskaun/promosi lain dan tidak boleh dipindah milik.
  • Promosi/program ini tidak boleh digabungkan dengan mana-mana program rujukan lain yang ditawarkan oleh SPEEDHOME.
  • Kami berhak untuk:
    • Menukar atau menghentikan tawaran ini pada bila-bila masa, tanpa notis
    • Hadkan jumlah bonus / ganjaran yang anda layak terima 
    •  menyekat pembayaran ganjaran rujukan mengikut budi bicara kami sendiri sekiranya kami menganggap terdapat penyalahgunaan program rujukan ini, atau bahawa ia diperoleh dalam keadaan penipuan, atau bahawa terdapat pelanggaran peraturan dalam mana-mana terma perjanjian yang telah ditandatangani.
  • Dengan menyertai Program Rujukan SPEEDHOME, anda bersetuju bahawa penyertaan anda akan mematuhi terma dan syarat yang telah dinyatakan di sini.
  • Sekiranya anda sedang mengikuti program rujukan SPEEDHOME dan perwakilan sebelumnya menjadi tidak tepat, anda bersetuju untuk segera memberitahu SPEEDHOME di [email protected]
  • Selanjutnya, anda dengan ini bersetuju bahawa SPEEDHOME tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos, perbelanjaan atau kerosakan yang disebabkan oleh penyertaan anda dalam program rujukan dan bahawa anda akan mengganti rugi dan meletakkan SPEEDHOME dalam keadaan tidak berbahaya terhadap sebarang tuntutan, tindakan, tanggungjawab, kerugian, kecederaan, atau kerosakan pada anda atau mana-mana orang atau entiti lain yang dijelaskan secara keseluruhan atau sebahagian, secara langsung atau tidak langsung, kerana penyertaan anda dalam program / promosi ini.
  • SPEEDHOME tidak bertanggungjawab untuk pautan rujukan yang salah, sebarang kesalahan, pelepasan, gangguan, kecacatan atau kelewatan penghantaran, pemprosesan pesanan, atau komunikasi; kerosakan teknikal atau mekanikal, kesalahan dalam istilah ini, dalam kesilapan pemprosesan manusia; kegagalan peralatan elektronik, perkakasan atau perisian komputer; kerosakan peralatan, perkakasan atau perisian komputer anda, atau maklumat yang tidak tepat, sama ada disebabkan oleh peralatan, pengaturcaraan, kesilapan manusia, atau sebaliknya.

Pengguna Menerima Jemputan Pautan – Terma dan Syarat untuk Rakan Rujukan:-

  • Ganjaran rujukan hanya sah kepada akaun individu baharu yang berdaftar dengan Speedrent Technology Sdn Bhd (“SPEEDHOME”) dan berjaya melengkapkan urus janji bermula pada tahun 2020 dan ke atas.
  • Perujuk yang menghantar jemputan pautan kepada anda adalah pengguna / pelanggan SPEEDHOME dan telah melakukannya melalui program rujukan SPEEDHOME.
  • Rujukan rakan anda bukan merupakan sokongan SPEEDHOME atau pernyataan kepuasan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh SPEEDHOME.
  • Sekiranya anda layak, SPEEDHOME akan memindahkan rebat tunai RM100 ke dalam akaun bank peribadi anda setelah anda melengkapkan urus janji dan berjaya membuat transaksi dalam SPEEDHOME.
  • Sekiranya anda merupakan seorang pemilik rumah di SPEEDHOME melalui program rujukan kami, anda mestilah melanggan dan membeli pakej insurans Allianz yang disediakan oleh SPEEDHOME untuk layak mendapat ganjaran rujukan.
  • Untuk setiap rujukan yang berkelayakan, SPEEDHOME akan memasukkan wang ke dalam akaun bank perujuk dan rakan rujukan dalam masa 14 hari bekerja setelah mendapat maklumat bank masing-masing melalui e-mel.
  • Untuk layak menerima ganjaran rujukan, anda mestilah membuka akaun SPEEDHOME menggunakan pautan rujukan yang dihantar oleh perujuk  anda kemudian menghantar permintaan sembang atau iklankan hartanah dalam tempoh 6 bulan setelah menerima jemputan, dan melengkapkan urus janji dan bertransaksi dengan SPEEDHOME.
  • Untuk mengelakkan pembatalan bonus rujukan, anda dan rakan yang anda rujuk mestilah individu yang berbeza dengan butiran akaun bank yang berbeza.
  • Rakan rujukan anda mestilah seorang pengguna SPEEDHOME yang baru bagi mengelakkan  pembatalan ganjaran rujukan.
  • Rakan rujukan yang memperbaharui perjanjian sewaan selain daripada yang baru melakukan sewaan hartanah tidak layak menerima ganjaran rujukan.
  • Anda tidak boleh merujuk diri sendiri atau akaun peribadi SPEEDHOME anda.
  • Semua rujukan lisan yang dibuat kepada mana-mana individu tanpa menggunakan pautan rujukan yang anda kongsikan dari jemputan anda secara elektronik tidak sah. 
  • SPEEDHOME tidak bertanggungjawab ke atas entri yang salah atau kegagalan lain dari pihak rakan yang dirujuk anda dalam menggunakan pautan rujukan anda atau mematuhi syarat lain untuk pemegang akaun SPEEDHOME.
  • Promosi/program ini tidak sah dengan mana-mana tawaran lain dan tidak boleh dipindah milik.
  • Promosi/program ini tidak sah dengan mana-mana tawaran/diskaun/promosi lain dan tidak boleh dipindah milik.
  • Kami berhak untuk:
    • Menukar atau menghentikan tawaran ini pada bila-bila masa, tanpa notis
    • Hadkan jumlah bonus / ganjaran yang anda layak terima 
    •  menyekat pembayaran ganjaran rujukan mengikut budi bicara kami sendiri sekiranya kami menganggap terdapat penyalahgunaan program rujukan ini, atau bahawa ia diperoleh dalam keadaan penipuan, atau bahawa terdapat pelanggaran peraturan dalam mana-mana terma perjanjian yang telah ditandatangani.
  • Dengan menyertai Program Rujukan SPEEDHOME, anda bersetuju bahawa penyertaan anda akan mematuhi terma dan syarat yang telah dinyatakan di sini.
  • Sekiranya anda sedang mengikuti program rujukan SPEEDHOME dan perwakilan sebelumnya menjadi tidak tepat, anda bersetuju untuk segera memberitahu SPEEDHOME di [email protected]
  • Selanjutnya, anda dengan ini bersetuju bahawa SPEEDHOME tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos, perbelanjaan atau kerosakan yang disebabkan oleh penyertaan anda dalam program rujukan dan bahawa anda akan mengganti rugi dan meletakkan SPEEDHOME dalam keadaan tidak berbahaya terhadap sebarang tuntutan, tindakan, tanggungjawab, kerugian, kecederaan, atau kerosakan pada anda atau mana-mana orang atau entiti lain yang dijelaskan secara keseluruhan atau sebahagian, secara langsung atau tidak langsung, kerana penyertaan anda dalam program / promosi ini.
  • SPEEDHOME tidak bertanggungjawab untuk pautan rujukan yang salah, sebarang kesalahan, pelepasan, gangguan, kecacatan atau kelewatan penghantaran, pemprosesan pesanan, atau komunikasi; kerosakan teknikal atau mekanikal, kesalahan dalam istilah ini, dalam kesilapan pemprosesan manusia; kegagalan peralatan elektronik, perkakasan atau perisian komputer; kerosakan peralatan, perkakasan atau perisian komputer anda, atau maklumat yang tidak tepat, sama ada disebabkan oleh peralatan, pengaturcaraan, kesilapan manusia, atau sebaliknya.

Anda boleh menjemput seberapa ramai orang yang anda inginkan!

Anda akan dapat menebus ganjaran anda setelah rakan penyewa atau rakan tuan rumah anda selesai menandatangani perjanjian sewaan digital mereka dan telah melengkapkan transaksi dengan SPEEDHOME, juga dengan pembelian pakej Insurans Allianz oleh tuan rumah melalui platform SPEEDHOME. Kemudian, kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat bank anda dan akan memindahkan wang ganjaran dalam masa 14 hari bekerja.

Setelah urus janji rujukan menggunakan pautan rujukan yang betul berjaya dilakukan, kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat bank anda. SPEEDHOME akan memindahkan wang ganjaran ke dalam akaun bank perujuk dan rakan rujukan dalam masa 14 hari setelah pemberian maklumat bank masing-masing melalui e-mel. Proses ini boleh mengambil masa selama 1+ bulan bagi setiap unit untuk disewakan.

Tawaran ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh rujukan dibuat. Selepas itu, rujukan anda akan tamat tempoh.

Ya. Anda boleh mendapat RM300 tunai  setiap kali apabila anda berjaya membuat 5 rujukan pertama sahaja. Kemudian anda akan menerima RM100 bagi setiap rujukan yang seterusnya.  Menarik bukan?!

Rakan anda akan menerima rebat tunai sebanyak RM100 untuk premium insurans atau caj tandatangan perjanjian sewaan digital (bayaran SPEEDSIGN) apabila mereka berjaya menyewa dengan SPEEDHOME.

Rujukan yang memenuhi syarat kelayakan adalah:

  1. Sekiranya perujuk merujuk kepada akaun individu baharu yang berdaftar dengan Speedrent Technology Sdn Bhd (“SPEEDHOME”) dan berjaya melengkapkan urus janji bermula pada tahun 2020 dan ke atas.
  2. Rakan yang dirujuk mestilah membuka akaun SPEEDHOME menggunakan pautan rujukan yang dihantar oleh perujuk anda kemudian menghantar permintaan sembang atau iklankan hartanah dalam tempoh 6 bulan setelah menerima jemputan, dan melengkapkan urus janji dan bertransaksi dengan SPEEDHOME.
  3. Perujuk dan rakan rujukan mestilah individu yang berbeza dengan butiran akaun bank yang berbeza.
  4. Pemilik rumah yang mengiklankan hartanah di dalam platform menggunakan pautan rujukan perujuk mestilah melanggan dan membeli pakej insurans Allianz yang disediakan oleh SPEEDHOME untuk layak mendapat ganjaran rujukan.
  5. Rakan rujukan yang memperbaharui perjanjian sewaan tidak layak menerima bonus rujukan.

Anda tidak layak mendapat ganjaran rujukan di atas sebab-sebab tertentu. Berikut merupakan sebab anda ditolak/belum menerima ganjaran rujukan:

  • Rakan rujukan anda belum lagi melengkapkan urus janji dan transaksi dengan SPEEDHOME.
  • Anda merujuk diri anda sendiri atau akaun peribadi SPEEDHOME anda.
  • Anda menggunakan butiran akaun bank yang sama dengan perujuk/rakan rujukan
  • Rujukan anda telah tamat tempoh/luput selepas 6 bulan dari tarikh rujukan
  • Anda membuat rujukan secara  lisan yang dibuat kepada mana-mana individu tanpa menggunakan pautan rujukan yang anda kongsikan dari jemputan anda secara elektronik.
  • Rakan rujukan anda merupakan pengguna SPEEDHOME sedia ada yang memperbaharui perjanjian penyewaan mereka.
  • Anda mengiklankan hartanah atau menghantar permintaan sembang mewakili pihak rakan rujukan anda dan tidak menggunakan pautan rujukan yang telah disediakan oleh perujuk.

 

Mereka diperlukan untuk menjalani Pemeriksaan Kelayakan Zero Deposit kami dengan menyediakan 3 bulan penyata kewangan bank, surat tawaran pekerjaan/universiti serta salinan Kad Pengenalan/Pasport/Visa.

Bagi rakan rujukan yang menyewakan rumah mereka (pemilik rumah) untuk layak mendapat ganjaran rujukan, mereka mesti mengiklan dan menyewakan hartanah di platform kami dengan harga sewa melebihi RM500/bulan dan membeli pakej Insurans Allianz yang disediakan oleh SPEEDHOME.

Bagi rakan rujukan yang menyewa (penyewa) untuk layak mendapat ganjaran rujukan, mereka mesti menyewa hartanah menggunakan SPEEDHOME melebihi RM500/bulan dan menandatangani perjanjian sewaan digital kami, dengan tuan rumah mereka membeli pakej Insurans Allianz  yang disediakan oleh SPEEDHOME

Tidak. Hanya tawaran yang berlaku melalui platform SPEEDHOME sahaja yang akan melayakkan anda untuk mendapat ganjaran tersebut. Segala urusan yang berlaku di luar platform akan menyebabkan anda terhalang daripada mendapat ganjaran tersebut dan juga rakan anda akan disenaraihitam oleh pihak SPEEDHOME.

Terma & Syarat Bayaran Tempahan

Terma dan syarat Perjanjian Bayaran Tempahan ini mengatur penggunaan perkhidmatan yang disediakan oleh Speedrent Technology Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 1176587-M) A-G-23, Eve Suite, Jalan PJU 1a/41, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“Kami”  atau ” Speedrent “atau” SPEEDHOME “), entiti Malaysia, sama ada sendiri atau melalui anak syarikat atau pemegang lesennya, melalui pelbagai platform elektronik seperti aplikasi mudah alih SPEEDHOME atau platform lain yang ditetapkan oleh Kami (” Aplikasi “).

Dengan menggunakan Aplikasi, anda menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat di sini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, sila jangan gunakan Aplikasi ini. Untuk mengelakkan keraguan, Perjanjian ini tertakluk untuk semua pengguna Aplikasi yang menyenaraikan hartanah atau mencari hartanah termasuk pemilik rumah, tuan rumah, ejen hartanah dan / atau penyewa.

Bayaran Tempahan (atau dikenali sebagai Wang Pendahuluan) adalah satu bentuk pembayaran pendahuluan untuk menjamin permintaan penyewaan anda untuk satu unit hartanah khusus yang disiarkan di dalam platform SPEEDHOME. Setelah pembayaran tempahan dibuat, tuan rumah perlu bersetuju untuk menempah hartanah selama 7 hari dan tidak menyewakan hartanah  tersebut kepada penyewa lain.

Bayaran tempahan hanya akan dikembalikan mengikut mana-mana syarat berikut:

  1. Pembayar/Penyewa bayaran tempahan tidak lulus syarat pemeriksaan Kelayakan Zero Deposit SPEEDHOME;
  2. Tuan rumah membatalkan perjanjian atau menyewakan unit berkenaan kepada penyewa lain;
  3. Tuan rumah menaikkan kadar sewa yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak setelah pembayaran tempahan dibuat ; atau
  4. Tuan rumah dan penyewa membatalkan tempahan atau urusan dalam tempoh 24 jam selepas bayaran tempahan dibuat.

Penyewa harus bersetuju bahawa pengembalian wang bayaran tempahan akan memakan masa sehingga 3 hari bekerja setelah anda membuat permintaan pengembalian wang dengan cara meng-e-melkan kepada [email protected] dengan maklumat anda seperti nama bank, nama pemegang akaun bank, nombor akaun bank, alamat e-mel, nombor telefon bimbit dan jumlah bayaran balik.

nombor akaun bank, alamat e-mel, nombor telefon bimbit dan jumlah bayaran balik.

Setelah menandatangani  perjanjian sewaan digital, wang bayaran tempahan akan digunakan untuk pembayaran penuh invois sewa yang merupakan sewa bulan pertama dan langganan perkhidmatan kontrak penyewaan – SPEEDMANAGE.

Wang bayaran tempahan akan dibatalkan dalam mana-mana syarat berikut:

  1. Setelah menandatangani perjanjian penyewaan digital, penyewa menangguhkan tarikh permulaan penyewaan ke tarikh kemudian tanpa persetujuan bersama oleh tuan rumah:

  2. Penyewa tidak menandatangani perjanjian penyewaan digital pada atau sebelum tarikh permulaan penyewaan yang dipersetujui bersama; atau

  3. Penyewa tidak membuat pembayaran penuh yang diperlukan untuk milikan unit kosong dalam tempoh 7 hari dari tarikh permulaan penyewaan yang dipersetujui bersama.

  4. Penyewa membatalkan perjanjian setelah 24 jam tempahan dibayar kepada SPEEDHOME.

  5. Penyewa dikehendaki menandatangani perjanjian sewaan digital dalam tempoh tiga (3) hari setelah Tuan Rumah menghantarkan perjanjian berkenaan kepada penyewa melalui speedmanage.com. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan kehilangan wang tempahan/wang tempahan tidak akan dikembalikan.

  6. Sekiranya berlaku pembatalan setelah selesai urusan kedua-dua pihak membayar jumlah penuh bayaran dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Tuan Rumah dan Penyewa dengan cap LHDN,  kami akan memotong kos yuran setem dari jumlah keseluruhan bayaran balik.

Wang bayaran tempahan yang dilucuthakkan akan dipindahkan sepenuhnya kepada pihak  tuan rumah.

Pesanan: SPEEDHOME berhak mengemaskini terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal terlebih dahulu. Artikel ini akan diubah untuk menunjukkan Terma & Syarat yang telah dikemaskini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kami di [email protected] atau telefon/WhatsApp kami di talian +60 18 7777 650.

Tarikh kemaskini: 8 Oktober 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP to LinkedIn Auto Publish Powered By : XYZScripts.com