SPEEDHOME Meluas Ke Johor Bahru dengan Tawaran Unik Jaminan Sewa Tepat Masa Untuk Tuan Rumah Dan Sewaan Deposit Sifar Untuk Penyewa
Kuala Lumpur 2 Feb 2022 – Didorong oleh permintaan yang tinggi, platform penyewaan hartanah dalam talian pertama Malaysia yang tidak berat sebelah, SPEEDHOME, meluaskan jejak ke Johor Bahru dengan penyelesaian penyewaan unik untuk memenuhi keperluan tuan rumah dan penyewa. SPEEDHOME ialah platform sewaan dipacu data yang telah merevolusikan proses penyewaan di Malaysia dengan menjadikannya selamat dan mudah.
Tawaran Istimewa untuk Penyewa dan Tuan Rumah Di Johor Bahru
Menyanjung ketibaannya di Johor Bahru, SPEEDHOME telah melancarkan “Great Johor Expansion Campaign” yang menawarkan jaminan sewa tepat masa tuan rumah dan naik taraf insurans bernilai lebih daripada RM500 dan penepian yuran Perjanjian Penyewaan sebanyak RM399 kepada penyewa apabila mereka menyewa hartanah di Johor Bahru melalui SPEEDHOME.
Ketua Pegawai Eksekutif SPEEDHOME Wong Whei Meng berkata, “Pelan kami adalah untuk meluaskan jangkauan kami ke kawasan di luar Lembah Klang. Kami sentiasa mendapat tarikan dengan penyenaraian hartanah kami di Johor Bahru. Namun, menurut laporan penyelidikan Napic, Johor mempunyai bilangan unit hartanah yang tidak terjual tertinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Ditambah pula dengan sambutan yang menggalakkan terhadap “Great Johor Expansion Campaign” kami daripada tuan rumah dan penyewa menunjukkan bahawa rakyat Johor bersedia untuk mencuba penyelesaian baharu.”
“Kami juga telah menyediakan sesi webinar pada 24 Februari ini (Sesi Mandarin) dan 2 Mac (Sesi Bahasa Inggeris) untuk membantu memberi tuan rumah gambaran keseluruhan bagaimana SPEEDHOME membantu mereka mengatasi cabaran pasaran sewa dengan lebih mahir.”
Mengatasi Cabaran Pasaran Sewa Di Johor Bahru Dengan Alat Yang Lebih Cekap
Johor Bahru mempunyai kira-kira 1.3 juta penduduk, dan berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pemilikan perumahan negara kita adalah kira-kira 76%. Dengan andaian bahawa 24% penduduk bukan pemilik rumah, terdapat 310,000 penyewa berpotensi yang boleh diakses oleh tuan rumah jika diberi alat yang betul.
Walaubagaimanapun, di sebalik permintaan kukuh di pasaran sewa Johor Bahru, penyewa di JB masih mempunyai kuasa tawar-menawar yang lebih kuat dibandingkan tuan rumah. Ini disebabkan oleh bekalan unit kosong yang tinggi dan hartanah baharu yang membanjiri pasaran, tuan rumah yang pasif mungkin lemas dalam persaingan yang amat sengit ini.
“Bagi tuan rumah, keadaan ini menjadi lebih teruk semasa penutupan sempadan, kerana mereka yang tinggal di Johor Bahru dan bekerja di Singapura terpaksa menetap di Singapura, menyebabkan permintaan dan bekalan tidak seimbang. Dua tahun selepas hidup dengan COVID, kita masih tidak pasti sama ada akan berlaku lagi penutupan sempadan dalam masa terdekat, justeru tuan rumah perlu mencuba strategi baharu untuk memenangi penyewa di sana,” tambahnya.
Dengan menggalakkan tuan rumah memanfaatkan teknologi SPEEDHOME, SPEEDHOME berharap dapat membantu tuan rumah menumpukan pada menyediakan lebih banyak faktor nilai tambah yang melangkaui diskaun pada sewa bulanan untuk menarik penyewa. Ini termasuk deposit sifar, menyertai pakej wifi atau perkhidmatan pembersihan.
SPEEDHOME ialah platform hartanah dalam talian pertama di Malaysia yang telah mengubah cara tuan rumah dan penyewa berinteraksi. Ia telah mengumpul RM7 juta dalam latihan pembiayaan Siri A.
Dengan dana itu akan dipermodalkan untuk pengembangan serantau platform itu dan kemajuan teknologi dengan rakan kongsi Allianz Malaysia. Ia adalah salah satu pelaburan pertama oleh Gobi Partners. Sehingga Julai 2021, SPEEDHOME telah mencatatkan lebih 575,000 muat turun apl dan lebih 700,000 pertanyaan penyewa secara keseluruhan.