“Speedrent sasar RM3 juta dana skim pendanaan awam” Petikan Utusan Online
KUALA LUMPUR 27 Mac – Platform sewa rumah dalam talian, Speedrent melancarkan ekuiti skim pendanaan awam (equity crowdfunding) dengan menyasarkan RM3 juta dapat dijana menggunakan platform pitchIN.
Ketua pegawai eksekutifnya, Wong Whei Meng berkata, syarikat merancang untuk mewujudkan sebuah pasaran sewa yang lebih selamat dan adil bagi kedua-dua pihak tuan rumah dan penyewa dengan mengurangkan beban mereka.
“Sebanyak 60 peratus daripada dana akan digunakan untuk pengiklanan dan pemasaran secara luar dan dalam talian serta mengadakan majlis. Sebanyak 20 peratus digunakan untuk menambah bilangan pekerja.
Baca: SPEEDHOME Raised 2.5 Million Through Crowdfunding
“Manakala baki 20 peratus lagi akan digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan,’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
SPEEDHOME (dahulunya Speedrent) merupakan platform automatik percuma yang menghubungkan tuan rumah secara langsung dengan penyewa yang berkualiti dengan kelebihan perlindungan sewa.
Setakat Disember 2018, aplikasi tersebut telah dimuat turun lebih daripada 300,000 pengguna di Google Play dan Apple iOS.
Selain itu, Speedrent juga mempunyai pangkalan data lebih daripada 50,000 penyenaraian hartanah dan 36,000 penyewa berpotensi yang berkualiti tinggi. – UTUSAN ONLINE
Muat naik rumah untuk disewa anda di SPEEDHOME sekarang!
{{cta(‘1434faff-8a1b-408a-afae-47638b42b76f’)}}