For Landlords

Tahu Tak Anda Boleh Guna Simpanan KWSP Untuk Beli Rumah!

 

KWSP

Ruginya korang kalau buat simpanan KWSP tapi taktau apa tujuan simpan KWSP dan tak faham bila kita boleh guna wang KWSP tersebut.

Bagi korang yang baru bekerja, WAJIB baca blog ini sampai habis.

Tapi kalau korang nak tahu lagi apa manfaat lain selain simpanan hari tua korang, jom baca sekarang!

Kenapa Ada 2 Akaun KWSP?

Rajin semak penyata i-Akaun KWSP tak? Korang perasan tak ada 2 akaun dalam penyata KWSP korang?

Untuk pengetahuan korang, setiap pemegang simpanan KWSP mempunyai 2 akaun berbeza dari segi purata bahagian simpanan dan fleksibiliti pengeluaran.

Nisbah caruman pendapatan yang korang dapat setiap bulan dibahagikan kepada 70:30 di mana 70% disalurkan ke dalam Akaun 1 dan selebihnya disalurkan ke dalam Akaun 2.

Apa Beza Akaun 1 & Akaun 2 KWSP?

Jika anda mempunyai persepsi bahawa duit KWSP hanya boleh dikeluarkan ketika anda sudah pencen atau dalam lingkungan usia 50-an, anda adalah SALAH! Simpanan KWSP boleh dikeluarkan SEBELUM dan selepas anda mencapai umur persaraan.

Simpanan Akaun 1 bertujuan untuk digunakan selepas persaraan atau simpanan untuk hari tua kelak. Manakala simpanan Akaun 2 pula bertujuan untuk membuat pembayaran muka, pembelian/pembinaan rumah, perbelanjaan perubatan, pelaburan, bantuan pendidikan dan apabila anda telah mencecah usia 50 tahun ke atas.

Jadi, Bagaimana Saya Nak Keluarkan Wang Dari Akaun 2 KWSP?

Jangan gopoh-gapah. Sabar dulu. Baca sampai habis ye.

Senarai jenis-jenis pengeluaran KWSP:

    • Pengeluaran pendidikan
    • Pengeluaran meninggalkan negara
    • Pengeluaran mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan
    • Pengeluaran membina/membeli rumah
    • Pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan

  …dan banyak lagi yang korang boleh buat sebenarnya. Tapi kali ini jom kita fokus kepada penggunaan Akaun 2 untuk tujuan perumahan. Anak muda semua wajib ambil tahun benda ni.

kwsp-logo-71555A2390-seeklogo.com

Pengeluaran Membina/Membeli Rumah

Siapa taknak beli rumah kan. Tapi apa yang perlu korang tahu kalau nak keluarkan duit daripada Akaun 2 korang untuk tujuan membeli rumah anda?

Korang perlulah membawa:

  • MyKad (bagi warganegara Malaysia)  
  • Isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada 1 tahun)
  • Surat Perjanjian Bina Rumah (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Surat Hakmilik Tanah atas nama penjual/pemilik tanah
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus ke Akaun Bank Ahli (Senarai nama bank panel KWSP bagi pembayaran pengkreditan terus ke akaun ahli)

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Sudah semestinya jika korang mempunyai rumah, korang kena bayar ansuran bulan-bulan duit rumah kan? Jadi, KWSP juga ada menyediakan pilihan untuk anda keluarkan duit daripada Akaun 2 korang untuk tujuan pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan korang. Jom tengok apa yang perlu korang sediakan untuk tujuan tersebut.

Korang perlulah membawa:

  • MyKad (bagi warganegara Malaysia)
  • Isi Borang KWSP 9P (AHL)
  • Penyata baki pinjaman perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP
  • ATAU penyta baki pinjaman perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) – (tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus ke Akaun Bank Ahli (Senarai nama bank panel KWSP bagi pembayaran pengkreditan terus ke akaun ahli)

Jom Beli Rumah dengan SPEEDHOME!

56649238_263912647845663_5085054872588386304_n

Bermula April 2019, SPEEDHOME bukan sahaja menyediakan platform untuk cari rumah je, tapi mereka telah pun membuka lebih banyak peluang untuk korang kat luar sana untuk BELI RUMAH pula!

Bukan takat tu je, korang pun berpeluang untuk nikmati hadiah berjumlah RM2,000 kalau anda beli rumah dengan SPEEDHOME…!

Berminat? Klik butang kat bawah untuk lihat banyak lagi senarai rumah impian korang.

{{cta(‘ef07fc05-658e-4eaa-8a60-bba4098bb8a6′,’justifycenter’)}}

Kesimpulan

Ha amacam? Power tak perkongsian kita kalini? Harapnya korang dapatlah sumber inspirasi untuk beli rumah kat mana dan tak perlu risau lagi cara untuk dapatkan duit untuk beli rumah ataupun bayar ansuran rumah bulan-bulan.

Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain biar semua tahu mengenai hak masing-masing untuk pakai duit KWSP korang tu.  

Leave a Reply

Your email address will not be published.