For Tenants

Tempat Makan Terbaik Cyberjaya

Cyberjaya terletak di daerah Sepang dan berada di negeri Selangor. Tahukah anda, sebenarnya terdapat pelbagai restoran dan tempat makan terbaik Cyberjaya?

Restoran di Cyberjaya terdiri dari pelbagai tempat makan menarik dari tradisional hinggalah urban. Penduduk yang menyewa di Cyberjaya terdiri dari ekspatriat dan penduduk yang berbilang kaum.

Jadi tidak hairan lah, tempat makan disana dipenuhi dengan barisan restoran yang menawarkan menu unik. 

Selain itu, kebanyakan restoran di Cyberjaya juga dikatakan amat cantik. Hiasan dalaman reyang cukup menarik untuk mereka yang suka menggambil gambar.

Saba Restaurant Cyberjaya

Saba Restoran Cyberjaya menawarkan menu terbaik dari Yaman. Ramai yang datang ke sini untuk nasi ayam mendy dan nasi kambing kabsah mereka.

Kebab sandwich mereka juga adalah menu paling laris. Setiap hidangan datang dengan saiz besar dan sesuai pada harga yang mereka tawarkan.

Tempat ini menjadi salah satu tarikan untuk mereka yang menetap di Cyberjaya dan kawasan berdekatannya.

Biasanya, pada waktu puncak seperti tengah hari atau hujung minggu, anda perlu beratur untuk makan di sini.

Lokasi yang berdepan dengan pusat beli-belah Dpulze, pasti memudahkan anda untuk sampai tanpa perlu menggunakan aplikasi waze atau google maps.

Sana’a Restaurant Cyberjaya

Sana’a Restoran adalah satu lagi kedai makan nasi arab terbaik di Cyberjaya. Percaya atau tidak, restoran ini selalu sesak dengan pelanggan tidak kira waktu.

Dikatakan menjadi saingan kepada Saba Restoran. Namun, kedua-dua restoran ini mempunyai tarikan tersendiri.

Menu terbaik yang ditawarkan di restoran ini adalah nasi mendy, ayam rempah, hanith chicken dan kabsa chicken.

Jus buahan-buahan gelas besar di sini juga sangat murah. Tidak hairan lah restoran ini menjadi pilihan orang ramai dari berbilang kaum.

Safaa Restaurant Cyberjaya

Safaa Restoran adalah restoran nasi arab lain yang berkonsepkan francais terletak di Persiaran Multimedia, Cyber 12. Restoran ini unik kerana setiap hidangan datang dengan set air yang lengkap.

Satu set hidangan yang bermula pada harga asas RM9.90 amat murah dan menarik ramai pelanggan ke restoran ini.

Penduduk sekitar boleh memesan makanan dari restoran ini dan mereka menawarkan khidmat penghantaran terus ke pintu rumah anda.

After Seven Lounge @ Tamarind Square

After Seven Lounge adalah restoran jenis kafe yang urban terletak di Tamarind Square Cyberjaya. Restoran ini menawarkan menu barat seperti pizza, burger dan salad. 

Apa yang memuaskan hati para pelanggan yang datang ke sini pastinya menu yang pelbagai dan suasana hiasan dalaman restoran yang sesuai untuk kebolehinstagraman.

Pemilik restoran ini yakin bahawa menu yang mereka tawarkan adalah berbeza dari kebanyakan restoran makanan barat lain.

Karyabhara Cafe

Karyabhara Cafe menawarkan pelbagai menu dari hidangan goreng tempatan, barat, kopi, manisan dan macam-macam lagi.

Kafe ini terletak berdekatan dengan Alamanda Putrajaya dan selalu dijadikan tempat untuk pelanggan membuat tempahan menyambut apa-apa upacara tertutup. 

Ini kerana kawasan sekitar yang tidak sesak, dan tawaran set menu yang murah. Ramai yang menjadikan kafe ini tempat menyambut majlis ulangtahun kelahiran.

Salam Noodle

Salam Noodle adalah restoran halal yang menjual makanan kaum Cina. Restoran ini menawarkan hidangan berasaskan mee yang mereka hasilkan sendiri.

Oleh itu, mee yang dibuat mereka, tidak ada bahan pengawet atau perasa tambahan. Pemilik restoran ini mengekalkan rasa tradisional makanan cina dengan daging halal.

Antara menu popular di sini adalah, Mee Sup Daging, Mee Sup Perut dan Mee Kari Daging. 

Mad Ayam Kampung

Mad Ayam Kampung menjual pelbagai makanan tempatan. Tetapi yang paling laris di sini pastilah lauk ayam kampung mereka, sesuai dengan nama restoran.

Lauk ayam kampung yang datang dengan set ulaman dan sambal belacan itu, kadangkala habis dijual hanya menjelang tengah hari sahaja.

Rata-rata penggemar restoran ini, akan datang pada awal pagi. Ini kerana mereka boleh memilih ayam yang bersaiz besar dan tidak perlu beratur menunggu giliran.

Burger & Taco

Burger & Taco adalah restoran makanan barat yang lain daripada lain. Harga satu set burger di sini adalah pada harga biasa makanan segera. 

Daging burger yang mereka gunakan adalah 100 peratus daging burger lembu asli. Maka sudah pasti rasa daging tersebut empuk dan tidak liat.

Setiap set hidangan yang dibeli, akan datang dengan set air dan kentang. Pelanggan juga boleh menambah hidangan tepi lain seperti keju dan sayuran.

Lauk Kampung @ Tamarind Square

Sesuai dengan nama kedai, mereka, sudah pasti hidangan yang mereka jual adalah jenis-jenis lauk kampung yang pelbagai.

Bagi yang memang gilakan makanan kampung atau rindu kampung halaman. Singgah sahaja di sini untuk memenuhi nafsu makan anda. 

Di restoran ini, terdapat pelbagai lauk kampung minang, makanan kampung tradisional, makanan thai dan pelbagai nasi goreng yang amat murah dan berpatutan. 

Volcano Shabu Shabu

Jika anda mahu mencuba makanan Jepun yang halal. Di sini lah tempat terbaik yang patut anda pergi.

Selain saiz hidangan yang besar, makanan yang sihat dan murah di sini menjadi pilihan. Semua hidangan dimasak menggunakan teknik masakan steamboat dan grill.

Set makanan laut di restoran ini amat popular. Ini kerana, semua bahan mentah masakan, diambil segar setiap hari.

Ayam Gepuk Pak Gembus

Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus tidak perlu diperkenalkan lagi. Cawangan mereka di Cyberjaya ini tetap menjual menu dan harga yang sama dengan cawangan lain. 

Tetapi buat mereka yang belum pernah ke sini. Berhati-hati dengan tahap kepedasan ayam sambal mereka. Ada pelanggan yang makan hingga menangis. 

Walaupun begitu ianya sangat sedap. Pelanggan boleh memilih tahap kepedasan mengikut citarasa masing-masing. 

Campur-Campur Kitchen

Restoran ini menjual menu masakan dari lndonesia, campuran Cina dan Thailand. Lokasi yang terletak berhadapan Dpulze Mall pasti memudahkan anda.

Ramai pelanggan datang ke restoran ini untuk makan ayam penyet istimewa mereka. Selain menu lain yang digemari seperti ayam kari hijau dan telur masin rebus.

Terdapat pelbagai lagi menu lain di ini. Boleh dikatakan restoran ini sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga besar kerana harga mereka amat murah.

Hutan Cafe

Hutan Cafe terletak di Taman Tasik Cyberjaya. Berkonsepkan kehijauan, restoran ini menjual menu berasaskan asia dan barat.

Selain itu, restoran ini menjual sarapan pagi. Ini kerana kawasan sekitarnya yang terdiri dari pelbagai pejabat awam.

Pelanggan yang datang ke sini suka datang kembali. Kerana, restoran ini menawarkan menu berbeza pada setiap bulan.

Glaze Eatery

Restoran ini adalah kafe yang berkonsepkan fine dining. Namun begitu, jangan terkejut melihat harga makanan mereka.

Siapa sangka, restoran ini menjual makanan hidangan lengkap bermula dari RM15 sahaja.

Antara menu kegemaran pelanggan dan yang laris setiap hari adalah kek dan kopi. Pelanggan juga suka datang ke sini untuk bergambar.

Restoran Sana Sini

Restoran Sana Sini adalah restoran yang mesra keluarga. Ini kerana restoran ini mempunyai hidangan untuk dewasa dan kanak-kanak.

Selain itu, di dalam restoran ini terdapat taman permainan mini. Ini pasti memudahkan ibu bapa mengawal anak mereka sambil menikmati hidangan.

Pelanggan yang datang ke sini juga boleh menambah nasi dengan percuma. Jadi sudah pasti anda boleh pulang ke rumah dengan kenyang perut dan suka hati.

Cyberjaya adalah satu kawasan yang dikatakan akan semakin pesat di masa hadapan. Dengan pembangunan setiap hari, maka kawasan sekitar turut membangun.

Anda tidak perlu ke Lembah Klang untuk menikmati makanan terbaik. Cukuplah di sekitar Cyberjaya sahaja dan nafsu makan anda pasti dipenuhi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.