Tips Cari ‘Cleaning Service’ Yang Berkualiti
Tak tahu macam mana nak cari cleaning service yang tiptop? Jom baca artikel ni sampai habis untuk tips cari perkhidmatan cuci rumah yang berkualiti. Tak semua orang yang mampu untuk menggunakan khidmat orang gaji untuk membantu kita dalam menguruskan kehidupan sehari-hari di rumah.
Ramai yang kini sudah mula mencari dan menggunakan khidmat professional cleaning service yang banyak tersedia, tinggal cuma untuk kita pilih sahaja yang mana berkenan di hati dan mesra poket belanja.
Baca: Jom Bongkar “Tricks” Rumah Kekal Kemas Walaupun Anda Sibuk Kerja Office Hour!
1) Cari maklumat cleaning service dalam talian (Website, Instagram, Facebook)
Maklumat berkenaan cleaning service yang berdekatan dengan tempat tinggal anda boleh dicari di komputer riba atau telefon pintar masing-masing.Anda boleh lihat bahagian review atau testimoni cleaning service itu untuk nilai dan pertimbangkan samada nak upah mereka bersihkan kawasan rumah anda. Kalau anda masih ragu-ragu dengan review yang diberi, cari butang “Contact Us” kemudian hubungi mereka melalui telefon atau WhatAspp untuk sebarang pertanyaan anda mengenai syarikat perkhidmatan mereka.
2) Tanya kawan-kawan atau ahli keluarga yang pernah guna cleaning service
Selain itu, anda juga boleh bertanya kawan-kawan atau saudara-mara terdekat untuk dapatkan rekomendasi yang lebih dipercayai daripada review syarikat itu sendiri.
Jika anda bertanya kepada rakan-rakan atau family yang pernah gunakan satu-satu perkhidmatan daripada syarikat cleaning tertentu, mereka akan memberitahu baik dan buruk secara jujur mengenai khidmat profesional cleaning service tersebut. Jadi anda lebih yakin sekiranya nak upah cleaning service nanti.
BACA: 7 Things Landlords Wish Tenants Knew
3) Survey tawaran perkhidmatan yang disediakan
Dah jumpa cleaning service yang memenuhi kriteria anda? Jangan lupa tanya dahulu perkhidmatan yang ditawarkan sebelum mengupah mereka.
Adakah mereka melakukan perkhidmatan berbentuk pakej atau boleh menerima permintaan khas daripada pelanggan? Adakah kita perlu menyediakan barang cucian sendiri atau mereka telah sediakan? Berapa orang tukang cuci rumah dan berapa jam tempoh yang anda mahukan untuk mereka mencuci rumah anda?
4) Pastikan kadar upah yang dikenakan
Sentiasa periksa semula kadar bayaran yang bakal anda keluarkan dan tanya kepada pengurus perkhidmatan tersebut samada mereka mengenakan bayaran mengikut jam atau kadar sama rata.
Tukang cuci yang profesional yang dibayar setiap jam tidak akan keluar lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan walaupun mereka telah selesai mencuci rumah tersebut.
5) Pastikan anda memberi penjelasan jelas kepada tukang cuci sebelum mencuci rumah
Sekiranya anda ingin mereka mencuci di kawasan tertentu dan dengan cara pembersihan yang tertentu, pastikan anda menjelaskan hal tersebut dengan tukang cuci sebelum mereka mencuci rumah.
Mungkin anda mempunyai alahan kepada beberapa produk pencuci, maka jangan berat mulut dan ambil masa untuk jelaskan hal tersebut.
6) Minta butiran insurans cleaning service
Kerana tidak kira betapa bagus dan telitinya tukang cuci rumah anda, pastikan anda meminta segala butiran insurans yang disediakan oleh syarikat cleaning service tersebut untuk melindungi serta menanggung sebarang kerosakan atau kemalangan di dalam rumah anda. Ingat, malang tidak berbau dan lebih baik anda menyediakan payung sebelum hujan sebelum ada perkara yang tidak diingini berlaku.
7) Kos upah cleaning service
Bergantung kepada bajet anda untuk mengupah mereka secara bulanan atau harian dan tidak termasuk dengan jenis-jenis cucian yang ditawarkan juga.
Kini SPEEDHOME juga menyediakan cleaning service dan hiasan dalaman ringkas untuk semua tuan rumah yang menyenaraikan unit mereka di platform rumah sewa SPEEDHOME. Dan yang paling menarik, ianya PERCUMA!
Kalau anda nak tahu macam mana anda boleh dapatkan perkhidmatan tukang cuci secara percuma kami, anda boleh hubungi kami di SPEEDHOME.
{{cta(‘1063154a-d67b-442b-8a58-7704141af50c’)}}