Untung Orang Shah Alam! Ada Shopping Mall Terbesar Bakal Dibuka
Siapa tak kenal Shah Alam, sebuah ibu negeri Selangor yang kini pesat membangun dengan pelbagai pembangunan dan pernah digelar sebagai Bandar Perindustrian.
Kebiasaannya Shah Alam begitu lazim dalam kalangan penduduk tempatan malahan penduduk luar kerana terdapat sebuah menara gading yang sudah lama menapak iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merupakan antara universiti terbesar di Shah Alam yang menjadi tumpuan para graduan yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah mahupun peringkat yang lebih tinggi.
Kredit: mStar Online
BACA: 5 Negeri Pilihan Ekspatriat Paling TOP untuk Menetap di Malaysia
Seiringan dengan penduduk yang pesat, bandar ini menyediakan pelbagai tarikan yang mencukupi terutama sekali dalam aspek membeli-belah.
Kalau dulu orang Shah Alam terpaksa ‘merantau’ jauh ke pusat bandar Kuala Lumpur untuk membeli-belah atau sekadar berjalan-jalan di sekitar destinasi menarik yang ada tapi kini warga Shah Alam tak perlu lagi pergi jauh-jauh kerana tak lama lagi ada sebuah pusat beli-belah terbesar di Selangor yang bakal dibuka.
Kepada yang belum tahu, Central i-City bakal dibuka dan akan mengadakan ‘grand launching’ pada 23 Mac 2019 ini di Shah Alam jam 9 pagi.
Pusat beli-belah ini adalah di antara yang terbesar sekali di negeri Selangor dengan keluasan 940,000 kaki persegi dan mempunyai 350 lot kedai termasuk Sogo & Village Grocer.
Selain itu, warga Shah Alam juga kini boleh menonton wayang kerana TGV Cinema juga merupakan antara penyewa utama di Central i-City dan bakal menjadi tumpuan utama pengunjung.
Kepada anda kat luar sana yang tak tahu nak buat apa hujung minggu ni, apa kata anda berkunjung ke Central i-City dan luangkan masa bersama keluarga & kawan-kawan di sana.
Kredit: Central i-City Instagram
Dengar cerita 500 pembeli pertama akan mendapat pelbagai hadiah percuma dan juga shopping vouchers.
Apa lagi? Jom lah kita serbu Central i-City ramai-ramai Sabtu ni!