Speedrent Technology Sdn Bhd merupakan sebuah agensi insurans berlesen yang ditubuhkan pada tahun 2015, dengan visi untuk meningkatkan perlindungan kediaman sewaan dan menambahbaik kecekapan proses sewaan dengan menggabungkan perlindungan insurans dan inovasi teknologi.
Dengan kerjasama Allianz General Insurance sebagai syarikat penanggung insurans rasmi sejak tahun 2017, tuan rumah boleh melindungi hartanah sewa mereka sehingga RM42,000 manakala penyewa boleh menyewa dengan Zero Deposit.
Pada tahun 2019, kami memulakan lembaran baharu dengan menjenamakan semula platform kami sebagai SPEEDHOME (sebelum ini dikenali sebagai Speedrent). SPEEDHOME meneruskan inisiatif untuk meningkatkan perlindungan kediaman sewaan dan memperkasakan tuan rumah dan penyewa dengan sebuah platform sewaan yang lebih selamat dan boleh dipercayai melalui inovasi teknologi.
Platform kami menolak diskriminasi dan setiap orang berhak mendapat layanan yang adil tidak kira jantina, bangsa atau agama.
Tuan rumah layak mendapat perlindungan bagi sewaan kediaman anda. Dengan Allianz, tuan rumah dapat melindungi rumah yang disewakan berjumlah sehingga RM42,000.
Walau dalam apa jua keadaan kewangan anda, anda berhak mendapatkan tempat tinggal yang selesa. Kami di SPEEDHOME boleh merealisasikan impian anda untuk menyewa dengan Zero Deposit.
Sikap prasangka, stereotaip dan diskriminasi tidak wujud dalam budaya kerja SPEEDHOME. Kami hanya menilai seseorang itu berdasarkan tindakan serta niat mereka sahaja.
Kami memberi layanan yang adil dan saksama kepada setiap individu tanpa mengira jantina, bangsa atau agama mereka sama ada sewaktu bekerja atau di luar waktu pejabat.
Ungkapan “biasa-biasa saja” bukanlah sebuah ungkapan yang dikaitkan dengan usaha, semangat atau produktiviti yang dipamerkan oleh keluarga SPEEDHOME. Kami percaya bahawa dengan gabungan pemikiran, persekitaran dan budaya kerja yang positif dapat menjana hasil yang luar biasa, seperti apa yang kami sedang lakukan.
Kami berusaha untuk menghasilkan perkara yang luar biasa dari permulaan idea yang berkonsepkan inovasi teknologi terkini sehingga ke perkhidmatan bertaraf tinggi kepada rakan kongsi kami. Jika anda terlibati dengan SPEEDHOME dalam apa jua keadaan sekalipun, anda pastinya akan terpegun!
Semestinya hari akan lebih ceria jika kita seronok ketika bekerja! Banyak masa kami diluangkan untuk bekerja jadi kami mengambil peluang tersebut untuk berseronok juga walaupun serius dalam menyiapkan tugasan.
Kami tidak hanya menyiapkan tugasan yang diberikan sambil lewa tetapi kami mengambil serius dan tekun terhadap tugasan yang diamanahkan dengan prestasi kerja tinggi bagi memastikan objektif tercapai serta dapat memuaskan hati kesemua pihak berkepentingan organisasi kami. Kami menikmati dan menghargai budaya pertumbuhan, kerjasama dan sikap positif dalam kalangan pekerja dan persekitaran. Secara khususnya, kami bekerja keras dan bermain juga dengan bersungguh-sungguh!
Walaupun ianya bukan perkara mudah untuk diambil, kami percaya bahawa setiap individu perlu lakukan perkara yang betul di dalam setiap situasi. Sekiranya terdapat ketidakadilan atau salah laku, anda boleh bergantung harap kepada kami untuk menyatakan asa kebimbangan tersebut dan keputusan kami adalah sama sekali tidak berlandaskan emosi negatif seperti dendam atau kebencian.
Kami sebaliknya menilai berdasarkan pandangan serta fahaman sesuatu situasi berkenaan.
Sebagai sebuah institusi yang mengamalkan nilai adil dan saksama, SPEEDHOME percaya bahawa kepelbagaian latar belakang adalah penting untuk membina sebuah dunia di mana semua orang berhak berasa selesa di mana mereka berada. Kami berusaha keras untuk mengurangkan sekaligus menamatkan diskriminasi dan membina sebuah syarikat yang merangkumi semua perspektif. Setiap orang berhak mendapat layanan yang adil tidak kira jantina, bangsa atau agama di SPEEDHOME. Ayuh sertai kami!
Dari melihat pameran rumah sehingga berpindah masuk.
Merupakan rekod masa kami untuk menyewakan sesebuah hartanah
Dengan nilai purata 4.85 daripada 5
Lebih setengah juta permintaan sembang dihantar.
Lebih pilihan sewaan kediaman Zero Deposit ditawarkan
- BFMDi bawah polisi bebas diskriminasi SPEEDHOME, setiap individu yang ingin menyewa di platform SPEEDHOME diberi layanan adil tidak kira warna dan latar belakang mereka kerana pihak tuan rumah tidak boleh meletakkan kriteria penyewa yang diinginkan ketika mengiklankan kediaman mereka.
- Malay Mail