Kenali SPEEDHOME

Kami merupakan satu pasukan berdedikasi tinggi yang bercita-cita untuk menggegarkan industri dunia hartanah. Berbekalkan semangat berkobar-kobar, dorongan motivasi yang tinggi dan teknologi yang canggih,kami percaya bahawa semua orang layak diberikan peluang yang adil dalam pasaran hartanah.

Our Background:

Speedrent Technology Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai "Speedrent" telah ditubuhkan pada tahun 2015 oleh pengasas, Wong Whei Meng. Kami menggabungkan perlindungan dan inovasi teknologi dalam pasaran sewa rumah dan hartanah.

Kami bekerjasama dengan Perlindungan Insurans Allianz sejak tahun 2017 bagi menyediakan sebuah platform sewa rumah yang mudah diakses dan selamat untuk tuan rumah dan penyewa. Tuan rumah dapat melindungi harta dengan Perlindungan Insurans Allianz berjumlah sehingga RM26,000 manakala penyewa boleh menyewa Tanpa Deposit.

Pada tahun 2019, kami mula mengorak langkah dan melebarkan sayap di bawah jenama baru - SPEEDHOME!

Misi Kami

Untuk menghebatkan penyewaan rumah sehebat menyewa dan menginap di hotel 6 bintang.

Kepercayaan Kami

Tiada Diskriminasi

Semua orang berhak mendapat layanan yang adil.

Jaminan Sewaan Yang Selamat

Tuan rumah juga layak mendapat perlindungan. Dengan Allianz, tuan rumah dapat melindungi rumah yang disewakan berjumlah sehingga RM26,000 atau RM3,700 bagi bilik sewa.

Sewa Yang Berpatutan

Walau dalam apa jua keadaan, anda berhak mendapatkan tempat tinggal untuk berteduh. Dengan SPEEDHOME, penyewa boleh menyewa Tanpa Deposit.