Panduan Tuan Rumah

Umum:

Bagaimana saya ingin mengedit senarai saya?
images
Laman Web:
  • Log masuk dan klik nama anda
  • Pilih "Senarai Saya"
  • Klik di senarai yang ingin diedit dan pilih "Edit"
images
Aplikasi:
  • Pilih tiga garisan melintang di bahagian kiri atas
  • Klik "Senarai Saya"
  • Kemudian klik "Edit"
Adakah perjanjian sewa secara digital diakui sah di Malaysia?

Perjanjian penyewaan yang ditandatangani secara digital dan salinan setem duti yang dicetak adalah diperakui sah di bawah Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan Seksyen 62(2) Akta Tandatangan Digital 1997.

Pada dasarnya Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 menyatakan bahawa mesej elektronik boleh digunakan untuk menyatakan apa-apa komunikasi yang berkaitan untuk membina suatu pembentukan kontrak.

Bagi Seksyen 62 (2) Akta Tandatangan Digital 1997, dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital adalah diperakui sah sama seperti dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan tulisan tangan, cap ibu jari atau apa-apa tanda lain.

Insurans:

Siapakah yang perlu bayar Insurans Allianz?

Anda boleh memperoleh insurans dengan menggunakan sewa bulan terakhir apabila anda berjaya menyewakan rumah. (Sewa bulan terakhir + 6% cukai SST + RM10 duti setem insurans)

Basic Extended
Up to 80% of 2 months’ rental Coverage for loss of rental Up to 2 months’ rental coverage
Up to RM1,000 Inconvenience benefits / minor property damage Up to RM2,000
Up to RM15,000 Accidental damage or theft coverage Up to RM30,000
Up to 2 demand letters Demand letters Up to 2 demand letters
None On-Time Rental (OTR) Free
Who will pay for the Allianz protection?

You as the landlord will pay for the insurance protection.

Basic Extended
Insurance cost paid by the landlord
1 month’s rental
+
6% SST*
+
RM10 insurance stamping fee*
*Paid in full the first month
1.25 month’s rental
+
6% SST*
+
RM10 insurance stamping fee*
*Paid in 2 equal installments
Payment schedule
100% of the 1st month rent*
*Note: 6% SST and 10 MYR stamping fee will be deducted from the second month’s rental.
62.5% of the 1st month rent*
plus RM5 stamping fee
+
62.5% of the 2st month rent*
plus RM5 stamping fee
*Note: 6% SST applies.

Nota: Insurance coverage is applicable to only those who have completed transactions with SPEEDHOME (rental ranging from RM800 – RM5000 for home.

Sewa Bilik & Kos Utiliti

Apa yang termasuk dalam kos sewa saya? / Adakah kos utiliti termasuk dalam kos sewa saya?

Kos sewa anda adalah termasuk kos utiliti, internet dan kos pembersihan sebulan sekali. Sekiranya anda menetapkan harga sewaan terlalu tinggi, sukar bagi anda untuk menarik penyewa menyewa di premis anda. Kami amat menggalakkan anda menyemak nilai purata hartanah yang sama di kawasan sekitar dan mengira kos dahulu sebelum menetapkan jumlah sewaan.

Adakah terdapat had untuk kos utiliti/internet yang termasuk dalam jumlah sewa?

Ya, ianya mempunyai had. Pastikan anda membuat anggaran kos dengan betul. Jika jumlah anggaran ditetapkan terlalu rendah, anda berkemungkinan akan rugi. Berhati-hati apabila anda menggabungkan bil utiliti dan sewa anda!

Bagaimana jika penyewa mengotorkan ruang umum? Siapakah yang akan membersihkannya?

Penyewa haruslah bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik masing-masing. Sekiranya penyewa pindah keluar dan meninggalkan bilik dalam keadaan kotor, anda boleh membuat tuntutan caj pembersihan kepada Allianz Insurance sehingga RM200.

Bayaran

Bilakah SPEEDHOME akan membayar ganti rugi sekiranya terdapat kes kegagalan pembayaran sewa? Bagaimana jika penyewa saya enggan membayar sewa? Bagaimana sekiranya penyewa saya gagal membayar sewa?

Anda perlu memfailkan laporan polis dalam tempoh 2 minggu dari hari kejadian dan segera laporkan kepada pihak kami. Kami akan memproses prosedur tuntutan bagi pihak anda.

Adakah terdapat makluman sekiranya tiada pembayaran / sewa belum dibayar atau dipindahkan kepada saya?

Ya. Kami akan sentiasa memaklumkan anda sekiranya berlaku sebarang kelewatan pembayaran melalui SMS, WhatsApp dan panggilan telefon.

atau anda boleh emel [email protected] jika anda mempunyai pertanyaan lanjut berkaitan hal penyewaan.