Carian

Isikan maklumat dalam bar carian di laman utama. Atau klik "Kawasan Popular" di laman utama untuk lebih lanjut.

Pada laman rumah yang dipilih, klik butang "Berbual dengan Tuan Rumah" untuk menghantar permintaan perbualan. Hantar permintaan perbualan sekurang-kurangnya 5 kali permintaan untuk berhubung pantas dengan tuan rumah.

Jika anda menggunakan telefon bimbit, hantar permintaan perbualan terus ke laman rumah yang dipilih.

Fakta menarik

Anda boleh memilih untuk previu hartanah sebelum berbual dengan tuan rumah

Janji Temu

Setelah tuan rumah menerima permintaan perbualan anda, berbual dengan tuan rumah untuk penetapan janji temu melihat rumah. Hadir janji temu dan bincangkan mengenai perjanjian rumah dengan tuan rumah. Anda digalakkan untuk bertanya beberapa perkara untuk mengetahui sama ada rumah tersebut sesuai untuk anda.

Beberapa soalan yang anda boleh tanya adalah seperti:

  1. Bagaimanakah kawasan kejiranan di sini?
  2. Adakah harga sewa boleh dirunding?
  3. Apakah polisi tetamu di sini? Bolehkah saya membawa rakan ke sini?

Urus Janji

Ikuti langkah-langkah di bawah jika anda telah berjumpa dengan tuan rumah dan ingin menyewa:

Beberapa soalan yang anda boleh tanya adalah seperti:

  1. Minta tuan rumah untuk membuat perjanjian penyewaan di Speedsign.
  2. Pihak kami akan menghubungi anda untuk melakukan pemeriksaan ringkas latar belakang anda.
  3. Setelah menandatangani perjanjian, anda akan menerima pautan pembayaran untuk membayar sewa.
Nota #1:

Perjanjian penyewaan berperanan sebagai kontrak yang melindungi anda dan tuan rumah. Tempoh standard penyewaan biasanya berlangsung selama 6-12 bulan. Jadi, pastikan anda menyemak dengan teliti sebelum tandatangan!

Nota #2:

Perjanjian penyewaan yang ditandatangani secara digital dan salinan setem duti yang dicetak adalah diperakui sah di mahkamah di bawah Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan Seksyen 62 (2) Akta Tandatangan Digital 1997.

Tapis