For Landlords

Apa Kelebihan Sewakan Rumah Sendiri?

Apa Kelebihan Sewakan Rumah Sendiri?

“Lecehnya nak sewakan rumah, macam-macam kena buat.”

Pernah rasa macam ni? Nak kena beli barang-barang rumah, kena iklankan, kena cari penyewa. Bila penyewa telefon, kena buat temubual sikit untuk pastikan kesahihan. Kemudian kena tulis perjanjian sewa rumah dan dapatkan setem di LHDN. Aduh, banyaknya kena buat!

Tunggu, jangan pening kepala dulu. Kenapa perlu susah-susah bergerak ke sana ke mari? SPEEDHOME kan ada banyak kelebihan buat anda!

Pengiklanan Rumah Sewa

Apa Kelebihan Sewakan Rumah Sendiri?

SPEEDHOME ialah sebuah platform hartanah yang menghubungkan tuan rumah dengan penyewa secara langsung di mana anda boleh iklankan rumah sewa secara PERCUMA! Tak perlu bayar apa-apa pun selagi anda masih mencari penyewa.

Semakan Latar Belakang Percuma

Apa Kelebihan Sewakan Rumah Sendiri?

Percuma lagi? Ya! SPEEDHOME boleh lakukan semakan latar belakang penyewa anda secara percuma. Tiada caj tersembunyi kerana kami ingin pastikan keselamatan anda.

Sekiranya penyewa warganegara Malaysia, kami akan memeriksa dokumen berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan (Depan dan belakang)
  2. Surat tawaran pekerjaan (pekerja)
  3. Surat tawaran universiti* (pelajar)
  4. Kad pelajar yang sah* (untuk pelajar)
  5. Slip gaji 1 bulan (untuk pekerja)
  6. Sijil SSM Syarikat (perniagaan)
  7. Penyata bank 3 bulan terkini – PDF
  8. Ujian Psikometrik

Sekiranya penyewa bukan warganegara Malaysia, kami akan memeriksa:

  1. Salinan pasport*
  2. Salinan Visa*
  3. Surat tawaran pekerjaan* (pekerja)
  4. Surat tawaran universiti* (pelajar)
  5. Kad pelajar yang sah* (untuk pelajar)
  6. Slip gaji 1 bulan
  7. Sijil SSM Syarikat (perniagaan)
  8. Penyata bank 3 bulan terkini – PDF
  9. Ujian Psikometrik

*Dokumen yang perlu dihantar di atas perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah (pemilik perniagaan) atau Salinan Benar yang disahkan oleh universiti penyewa (pelajar)

Sila rujuk Dokumen Pemeriksaan Kelayakan Deposit Sifar untuk melihat lebih lanjut dokumen apa yang perlu penyewa serahkan.

Perjanjian Sewa Rumah

Malas nak pandu jauh-jauh ke LHDN? Atas talian je pun boleh! SPEEDHOME ada menyediakan perkhidmatan Speedsign di mana anda boleh lakukan perjanjian penyewaan hanya melalui internet. Tak perlu keluar ke mana-mana.

perjanjian sewaan digital akan disediakan oleh tuan rumah anda melalui SPEEDMANAGE dan kemudian akan dihantar kepada anda.  Kemudian, anda perlulah menekan pautan yang diberikan untuk menandatangani perjanjian tersebut. 

Perlindungan Mutlak

Risau rumah anda akan dirosakkan oleh penyewa? Takut penyewa lari dengan perkakasan rumah? Jika anda sewakan rumah dengan SPEEDHOME, kami boleh melindungi anda dari sebarang kerosakan & kecurian barang rumah dengan adanya Allianz.

Penyewa Tahan Setahun

Tak perlu susah-susah cari penyewa setiap beberapa bulan. Dengan SPEEDHOME, kami akan pastikan penyewa anda tinggal selama setahun atau perkhidmatan kami kepada anda adalah PERCUMA.

Banyak betul benda percuma, takde yang kena bayar ke?
Langsung takde! Selagi penyewa tak cukup setahun, SPEEDHOME tidak akan meminta sebarang bayaran dari pemilik rumah.

Susah nak percaya? Apa kata cuba sendiri SPEEDHOME hari ini!

Kami sedia membantu anda:
Telefon: 0187777650
Emel: [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published.