Kalkulator Harga Sewa Saya Mampu Bayar Sebulan
Berapa sewa yang anda mampu bayar sebulan? Pakar kewangan mengesyorkan agar sewa tidak melebihi 30% daripada pendapatan bersih anda. Gunakan kalkulator di bawah untuk anggarkan had sewa yang sesuai dengan bajet anda — dan elak terperangkap dalam rumah sewa yang melebihi kemampuan.
Namun begitu, mereka yang ingin menyewa perlu berwaspada untuk tidak terbeban dengan bayaran rumah sewa bulanan yang diluar kemampuan. Oleh itu, kami sediakan kalkulator harga sewa rumah sewa untuk anda.
Pendapatan Bulanan dan Gaya Hidup Anda
Penduduk Malaysia membelanjakan gaji untuk sewa bulanan, makanan dan pengangkutan. Bagi yang baru tamat belajar, 3 benda ini adalah keutamaan selepas dapat gaji bersih pertama.
Jadi di artikel ini, kami di SPEEDHOME akan membantu anda mengira amaun yang sesuai dibelanjakan untuk membayar sewa. Supaya anda tidak terbeban atau terlebih guna.
Tidak ada amaun maksimum untuk bayaran sewa. Terpulang pada diri sendiri. Namun perkara yang harus dipertimbang adalah keadaan rumah sewa, jarak ke tempat kerja dan gaji anda.
Menurut pakar kewangan, jumlah bayaran sewa terbaik adalah tidak melebihi 30% dari gaji anda. Oleh itu, kami telah menyediakan cara untuk mengira bayaran sewa untuk pembaca.
Cara Untuk Urus Bajet Anda
Formula yang disarankan adalah 50-30-20. Formula ini mendisiplinkan diri mengutamakan komitmen bulanan dari kehendak. Formula ini membantu anda menyimpan untuk masa depan.
Jadi, mari fahamkan bagaimana formula ini membantu mengurus gaji anda. Nilai 50 dari formula ini bermaksud anda boleh membelanjakan 50% gaji untuk komitmen keperluan asas.
Keperluan asas disini termasuk lah makan minum, barang dapur, bil utiliti dan paling utama bayaran sewa.
Jika bayaran sewa anda 30% dari gaji, maka 20% amat cukup membeli keperluan diri. Tetapi jika sewaan melebihi 30%, maka anda perlu mengurangkan perbelanjaan keperluan diri anda.
Nilai 30 dari 50-30-20 pula bermaksud gaji anda boleh dibelanjakan 30% pada komitmen yang tidak tetap. Contohnya, membeli belah, menonton wayang dan makan di restoran mewah.
Tetapi, jika perbelanjaan anda di bahagian ini melebihi 30%, maka anda perlu berhati-hati. Anda boleh cuba untuk sentiasa merekod perbelanjaan anda menggunakan aplikasi sedia ada.
Akhir sekali adalah jumlah 20 dari 50-30-20. Jumlah 20% dari gaji adalah jumlah terbaik untuk anda simpan di bank. Ini untuk kegunaan di masa depan.
Simpanan ini juga boleh digunakan sebagai dana pencen, melancong, membeli kereta idaman atau kecemasan. Namun, amat baik jika anda dapat menyimpan lebih dari 20%.
Cara Untuk Atasi Rumah Sewa Luar Kemampuan
Bagaimana pula jika anda yang baru membaca artikel ini tetapi telah menyewa dengan amaun yang lebih dari jumlah sepatutnya?
Jangan bimbang, kami mempunyai cara bagaimana anda boleh menamatkan kontrak sewaan lebih awal tanpa anda dikenakan sebarang denda.
Untuk mengetahui cara tersebut, anda boleh terus ke pautan di sini. Kepada pembaca SPEEDHOME, buatlah pilihan bijak.
Adakah anda rela menyewa di kediaman murah tetapi tidak sempurna? Atau anda rela mengurangkan perbelanjaan urus gaji bulanan demi membayar sewa yang melebihi bajet?
Kami di sini sentiasa terbuka untuk anda berkongsi pendapat dan pandangan. Mari kongsikan pendapat dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Kalkulator Sewa: Berapa Sewa Yang Anda Mampu?
Berdasarkan peraturan 30%, berikut adalah anggaran sewa mampu bayar mengikut gaji bersih bulanan anda:
| Gaji Bersih Bulanan | Sewa Maksimum (30%) | Kawasan Sesuai |
|---|---|---|
| RM2,000 | RM600 | Bilik sewa di KL/PJ, studio apartment di kawasan pinggir |
| RM3,000 | RM900 | Apartment kecil di Cheras, Setapak, Shah Alam |
| RM4,000 | RM1,200 | Kondominium di Bangsar South, Mont Kiara (studio), Petaling Jaya |
| RM5,000 | RM1,500 | Kondominium 2 bilik di KL Sentral, Damansara, Subang |
| RM7,000 | RM2,100 | Kondominium 3 bilik di KLCC, Bangsar, Mont Kiara |
| RM10,000 | RM3,000 | Unit premium di KL City Centre, Dutamas, TTDI |
Formula Pengiraan Pantas
Sewa mampu bayar = Gaji bersih bulanan × 30%
Contoh: Gaji bersih RM3,500 → RM3,500 × 0.30 = RM1,050 sewa maksimum sebulan
Jangan lupa kos tambahan:
- Duti setem perjanjian sewa: lihat kadar 2025 terkini
- Deposit (biasanya 2 bulan sewa + 0.5 bulan utiliti) — atau sewa tanpa deposit melalui SPEEDHOME
- Bil utiliti: RM100-300/bulan (elektrik, air, internet)
Cari Rumah Sewa Mengikut Bajet Anda
Gunakan carian SPEEDHOME untuk mencari rumah sewa dalam bajet anda — tanpa deposit!
- Rumah sewa di Kuala Lumpur
- Rumah sewa di Petaling Jaya
- Rumah sewa di Shah Alam
- Rumah sewa di Johor Bahru
Related guides
- renting in Malaysia tenant guide
- 5 Pros and Cons of Wooden Flooring
- What Is A Serviced Residences in Malaysia?
Ada benda rosak — apa lepas ni?
Aircond. Paip. Water heater. Bukan soal kalau ada rosak — soal berapa cepat kamu respond. Repair lambat, penyewa pergi, turnover cost lebih mahal dari bil repair berapa pun. Baca panduan maintenance SPEEDFIX untuk SLA 5 hari, siapa bayar apa, dan dokumentasi yang bikin claim deposit kamu solid.

