Pembayaran FPX

Untuk memberikan pengalaman yang lebih selesa dan selamat bagi pengguna kami, SPEEDHOME amat menggalakkan semua penyewa dan tuan rumah untuk melakukan urusan transaksi pembayaran menggunakan pautan pembayaran FPX.

Apa Itu FPX?

Financial Process Exchange(FPX) merupakan satu kaedah pembayaran dalam talian terkini iaitu sebuah gerbang pembayaran internet yang membolehkan pembayaran dilakukan serentak pada masa yang sama untuk pembelian  dalam talian atau pembayaran bil menggunakan Akaun Simpanan/Semasa atau kad kredit anda (tertakluk kepada peniaga terpilih sahaja). FPX dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), iaitu anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia. Sila rujuk sini untuk maklumat lebih lanjut.

Untuk membuat bayaran menggunakan FPX, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pastikan anda menutup fungsi pop-up blocker di pelayar internet.
  • Pilih FPX sebagai pilihan pembayaran di laman web peniaga.
  • Pilih bank pilihan anda dan anda akan dibawa ke halaman log masuk perbankan internet.
  • Teruskan untuk log masuk dan lengkapkan pembayaran
  • Setelah transaksi berjaya, pemberitahuan berasingan akan dihantar oleh peniaga, bank dan sistem FPX masing-masing.

Perkhidmatan FPX beroperasi dari jam 1.00 pagi hingga 12.00 pagi setiap hari, termasuk cuti umum. Namun, kadangkala perkhidmatan FPX juga bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan perbankan Internet bank yang mengambil bahagian.

Bagaimanakah cara pembayaran sewa menggunakan FPX di SPEEDHOME?

Langkah 1: Klik pada pautan pembayaran sewa yang diberikan melalui e-mel atau peringatan WhatsApp.

Langkah 2: Anda akan dibawa ke halaman ini. Periksa ruangan “Jumlah yang anda mahu bayar”.

Langkah 3: Pilih “Bayar menggunakan Perbankan Internet FPX” untuk meneruskan membuat pembayaran.

Langkah 4: Pilih bank yang anda ingin buat pembayaran. Pastikan anda mengisi alamat e-mel untuk menerima pemberitahuan melalui e-mel dari FPX. Kemudian klik “Teruskan”.

Langkah 5: Periksa semula butiran terutamanya nama peniaga, jumlah bayaran dan bank pilihan sebelum anda meneruskan ke halaman pembayaran. Kemudian klik “Teruskan”.

Langkah 6: Anda akan dibawa ke halaman log masuk perbankan internet anda dan buat pembayaran.

Langkah 7: Anda akan menerima Transaction Authorisation Code (TAC) melalui SMS daripada pembekal bank anda untuk menyelesaikan transaksi.

Langkah 8: Setelah pembayaran selesai, anda akan menerima pemberitahuan dari SPEEDHOME, FPX dan penyedia bank anda mengenai penyata transaksi.

Langkah 9: Kami akan menerima bayaran anda dalam masa beberapa saat dan tuan rumah akan menerima wang sewaan mereka dalam tempoh 3 hari bekerja.

Nota: Penyewa dikehendaki membayar sewa tepat pada waktunya atau sebelum tarikh akhir setiap bulan seperti yang tertulis di dalam perjanjian. Tindakan selanjutnya akan diambil bagi kelewatan pembayaran sewa.


Soalan Lazim


1. Bolehkah saya membayar menggunakan FPX secara langsung?

Ta. Anda boleh menggunakan FPX secara langsung selagi anda mempunyai akaun perbankan internet aktif dengan mana-mana bank FPX yang mengambil bahagian. Tiada pendaftaran diperlukan dengan FPX.

2. Bagaimana saya dapat mengenal pasti jika peniaga telah menerima pembayaran dengan FPX?

Logo atau tanda kata FPX dipaparkan di laman web peniaga atau halaman pembayaran.

3. Berapakah had minimum dan maksimum transaksi untuk FPX?

Untuk akaun perbankan runcit / peribadi, had minimum bagi setiap transaksi adalah RM1.00 dan jumlah maksimum adalah terhad sehingga RM30,000 * setiap transaksi. Untuk perbankan syarikat / korporat, had minimum bagi setiap transaksi adalah RM2.00 dan jumlah maksimum adalah terhad sehingga RM1,000,000 * setiap transaksi.

* Had di atas bergantung kepada had pengeluaran perbankan internet bank anda, atau mana-mana yang lebih rendah.

4. Saya telah membuat pembayaran menggunakan FPX, bagaimana saya dapat mengetahui bahawa pembayaran saya berjaya?

Terdapat 3 kaedah di mana anda akan dapat mengetahui bahawa transaksi FPX anda berjaya:

a.  Resit dalam talian yang disediakan oleh FPX

b.  Pemberitahuan e-mel yang dihantar oleh sistem FPX (dengan syarat anda telah memasukkan alamat e-mel anda di halaman pemilihan bank FPX).

c.  Resit dalam talian yang diberikan oleh peniaga anda

5. Apakah bank FPX yang mengambil bahagian?

AFFIN BANK AFFIN ISLAMICALLIANCE BANK
ALLIANCE ISLAMIC BANKAM BANKAM BANK ISLAMIC
BANK ISLAM BANK MUAMALATBANK RAKYAT
BSNCIMB BANKCIMB ISLAMIC
CITI BANKDEUTSCHE BANKHONG LEONG BANK
HONG LEONG ISLAMIC BANKHSBC HSBC AMANAH
KUWAIT FINANCE HOUSE MAYBANK MAYBANK ISLAMIC
OCBC BANK OCBC AL-AMIN PUBLIC BANK
PUBLIC ISLAMIC BANK RHB BANK RHB ISLAMIC BANK
STANDARD CHARTERED STANDARD CHARTERED SAADIQ UOB
BNP PARIBAS

6. Semasa membuat pembayaran menggunakan FPX, saya telah menerima mesej ralat / tidak berjaya. Walau bagaimanapun, wang tersebut telah ditolak dari akaun bank saya. Apa yang patut saya lakukan?

Sekiranya akaun anda ditolak tetapi urus niaga tidak berjaya kerana beberapa sebab, wang anda akan dikreditkan kembali ke akaun oleh pihak bank anda. Anda boleh menghubungi bank anda untuk mendapatkan status pembalikan dengan memberikan FPX Transaction ID atau Merchant Order No. sebagai rujukan. Anda juga boleh memberikan tangkapan skrin pembayaran anda yang memaparkan FPX Transaction ID atau Merchant Order No.

7. Peniaga mendakwa mereka belum menerima pembayaran saya walaupun status transaksi FPX berjaya. Apa yang patut saya lakukan?

FPX transaction status is final and the merchant is obligated to deliver the goods/services or to update your payment in a timely manner. In this case, you should contact the merchant for the delivery of your goods/services purchased. You can provide the necessary details such as the online receipt issued by FPX/merchant or the email notification received from FPX that contain the following details:

Status transaksi FPX adalah muktamad dan peniaga hendaklah wajib untuk menyampaikan barang / perkhidmatan atau untuk mengemas kini pembayaran anda tepat pada waktunya. Dalam kes ini, anda harus menghubungi peniaga untuk penghantaran barang / perkhidmatan anda yang dibeli. Anda boleh memberikan butiran yang diperlukan seperti resit dalam talian yang dikeluarkan oleh FPX / peniaga  atau pemberitahuan e-mel yang diterima dari FPX yang mengandungi butiran berikut:

i.   FPX Transaction ID
ii.   Merchant Order No.
iii.  Jumlah bayaran
iv.  Tarikh dan masa pembayaran.

8. Bolehkah saya membatalkan transaksi FPX yang berjaya?

Anda tidak boleh membatalkan transaksi FPX yang berjaya melalui sistem. Walau bagaimanapun, anda boleh meminta peniaga untuk membuat pembatalan tersebut, tertakluk pada polisi peniaga.

9. Bagaimana saya dapat mencari jawapan untuk soalan saya yang lain mengenai FPX?

Untuk pertanyaan dan penjelasan lebih lanjut mengenai pembayaran FPX, sila hubungi Bank FPX pilihan anda yang mengambil bahagian.

10. Adakah urus niaga saya melalui FPX benar-benar selamat?

FPX menggunakan standard pengesahan dan pensijilan yang tinggi untuk memastikan semua transaksi adalah selamat.

11. Apakah masa perkhidmatan FPX?

Pada masa ini, perkhidmatan FPX tersedia 24 jam setiap hari di kebanyakan bank FPX yang mengambil bahagian.

* Bergantung pada kesediaan perkhidmatan perbankan internet bank yang mengambil bahagian.

12. Adakah perkhidmatan FPX hanya untuk pembayaran individu sahaja?

Tidak. Perkhidmatan FPX dapat menyokong pembayaran oleh individu dan syarikat bergantung pada model yang dilanggan oleh peniaga anda. Pembayaran yang dilakukan oleh seorang individu dikenali sebagai model Business to Consumer (B2C), sementara pembayaran yang dilakukan oleh syarikat dikenali sebagai model Business to Business (B2B).

[Sumber Soalan Lazim dari Payments Network Malaysia]
Kemas kini pada 8 Disember 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *