Perkara Penting Yang Wajib Ada Dalam Perjanjian Rumah Sewa Anda!
Perjanjian sewaan kediaman adalah sebuah kontrak yang disediakan ketika proses sewaan berjalan di antara pemilik rumah dan penyewa.
Tujuan perjanjian sewaan rumah disediakan adalah untuk melindungi kepentingan pemilik rumah itu sendiri dan juga harta benda tuan rumah tersebut.
Secara asasnya, perjanjian sewaan kediaman atau kontrak sewa rumah ini untuk jadi back-up tuan rumah sekiranya ada apa-apa berlaku semasa tempoh sewa sedang berlaku.
Tapi apakah sebenarnya perkara penting yang perlu ada dalam perjanjian sewa rumah selain daripada butir-butir asas unit tersebut?
Ringkasan
- Jumlah harga sewa sebulan dan tarikh akhir bayaran sewa
- Tempoh sewa rumah
- Tanggungjawab penyewa
- Tanggungjawab tuan rumah
- Terma & syarat penamatan awal kontrak (untuk tuan rumah & penyewa)
- Penamatan penyewaan
- Pembaharuan kontrak sewaan
- Notis keluar rumah
1. Jumlah harga sewa sebulan dan tarikh akhir bayaran sewa
Salah satu perkara WAJIB ada dalam kontrak sewa anda! Dengan adanya klausa yang nyatakan mengenai jumlah bayaran sewa setiap bulan dan tarikh akhir bayaran sewa perlu dijelaskan, anda ada bukti kukuh jika terjadi apa-apa kelak.
Anda perlulah terangkan dengan jelas berapa bayaran sewa dikenakan, bila tarikh akhir bayaran sewa, apakah persetujuan bersama sekiranya kontrak tamat awal dan syarat untuk pindah rumah.
2. Tempoh sewa rumah
Kontrak sewa rumah perlulah nyatakan secara spesifik mengenai tempoh sewaan termasuk tarikh mula menyewa dan tarikh tamat sewaan.
3. Tanggungjawab penyewa
Antara tanggungjawab penyewa adalah seperti berikut:
- Membayar sewa rumah kepada tuan rumah atau pihak berkepentingan melalui kaedah pembayaran tertentu seperti kad kredit/debit.
- Bayaran yang perlu ditanggung penyewa – sama ada perlu membayar faedah ketidakselesaan (sebagai contoh: bil utiliti, bil air, bil elektrik)
- Kebenaran membawa tetamu masuk ke dalam rumah/unit
- Kebenaran untuk tuan rumah membuat pemeriksaan unit rumah
- Tidak dibenarkan sublet kepada penyewa lain
Perkara di atas adalah antara contoh poin yang perlu anda ketengahkan dan tulis di dalam perjanjian sewaan kediaman.
Popular di SPEEDHOME:
– bilik sewa kl
– bilik sewa di shah alam
– rumah sewa murah di klang
4. Tanggungjawab tuan rumah
Bagi pemilik rumah, pastikan anda terangkan tanggungjawab yang perlu anda lakukan untuk penyewa anda seperti:
- Menyelenggara unit rumah dan membuat pemeriksaan rumah secara berkala
- Memastikan rumah anda dilindungi dengan perlindungan insurans yang berkaliber dan dipercayai
- Jangan sewakan unit rumah sekiranya terdapat kerosakan yang teruk yang perlu dibaiki terlebih dahulu.
5. Terma & syarat penamatan awal kontrak (untuk tuan rumah & penyewa)
Antara isu biasa yang dialami setiap tuan rumah apabila terdapat penyewa yang ingin keluar rumah sebelum tamat tempoh kontrak.
Ataupun apabila terdapat masalah yang menyebabkan tuan rumah terpaksa menamatkan kontrak penyewa tersebut dengan lebih awal.
Kontrak sewa rumah anda perlulah jelaskan mengenai apa yang tuan rumah & penyewa perlu lakukan sekiranya terdapat penamatan awal kontrak dan juga syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum penamatan kontrak dilakukan.
Sebagai contoh, penyewa perlu membayar sekurang-kurangnya dua bulan bil utiliti dan mengemas barang-barang mereka sebelum berpindah keluar.
6. Penamatan penyewaan
Kat sini kita boleh bahagi kepada 2 bahagian: syarat-syarat untuk menamatkan perjanjian sewa sebagai tuan rumah dan sebagai penyewa.
Ianya perlulah menjelaskan tentang apa yang mereka patut lakukan di akhir tempoh kontrak tersebut.
Sebagai contoh:
Pemansuhan Kontrak Sewa oleh Tuan Rumah
Pelanggaran kontrak: Penyewa telah melanggar syarat & peraturan perjanjian dan dalam hal pelanggaran itu tidak diperbaiki atau tidak dapat diperbaiki dalam waktu yang munasabah.
Insolvensi atau muflis: penyewa telah menjadi muflis atau tidak dapat membayar hutang mereka.
7. Pembaharuan kontrak sewaan
Perjanjian sewaan juga perlu menyatakan klausa mengenai pembaharuan kontrak sewaan. Sebagai contoh, penyewa perlu memberitahu tuan rumah sebulan sebelum tarikh pembaharuan kontrak kepada tuan rumah supaya tuan rumah dapat membuat draf perjanjian sewa yang baharu.
8. Notis keluar rumah
Pemilik kediaman tidak boleh sewenang-wenangnya mengusir penyewa keluar daripada unit mereka. Sebaliknya, notis pengusiran penyewa perlu mendapat kebenaran undang-undang dan penyalahgunaannya boleh dibicara di mahkamah.
Antara sebab yang boleh tuan rumah mengusir penyewa adalah kerana penyewa berulang kali tidak membayar sewa, melanggar peraturan perjanjian dan banyak lagi.
Kesemua bukti haruslah didokumenkan untuk dijadikan bukti yang kukuh sebelum dakwaan dilakukan. Harus diingatkan bahawa proses pengusiran ini mengambil masa dan sedikit wang ringgit.
Proses pengusiran penyewa merupakan jalan terakhir untuk tuan rumah ambil jadi pastikan anda berjumpa dan berbincang dengan penyewa bermasalah tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Usah risau jika anda rasa terbeban dan tak tahu macam mana nak buat perjanjian sewa yang lengkap. Muat turun je sampel perjanjian sewa rumah secara PERCUMA dengan klik butang kuning kat bawah ni.
Share dengan rakan-rakan anda yang mungkin tengah garu kepala cari contoh perjanjian sewa rumah tu. Semoga bermanfaat!
siapakah yang wajib menyediakan kontrak sewa rumah tersebut?adakah tuan rumah wajib mengenakan bayaran untuk kontrak yang di sediakn?
Hi Jaazleen,
kontrak sewa rumah sepatutnya boleh disediakan oleh peguam atau agent.
Kalau anda sewa dengan SPEEDHOME bawah zero deposit scheme, kami akan sediakan.
kontrak sepatutnya dibayar oleh penyewa.
Rumah jenis apartment saya sewa adalah under management, berapa lama kah waktu/masa yg d ambil untuk pemulangan deposit rumah kerna nya ada jiran2 yang telah pindah keluar menyatakan mereka marah kerana deposit d pulang kan lewat (6 bln selepas kluar rumah) dan masa itu juga baru lah management menyatakan rumah ada kerosakan etc dan memotong duit deposit dr bekas penyewa t’babit. apakah langkah2 yang perlu d ambil utk penyewa yg akan b’pindah rumah d masa akan datang nanti? terima kasih
Salam, untuk makluman anda isu-isu ini memang berlaku selalunya. Penyewa perlu mengambil gambar keadaan item-item yang terdapat dalam unit sebelum pindah masuk sebagai bukti nanti. Oleh yang demikian, SPEEDHOME menawarkan penyewaan Zero Deposit bagi mengelakkan isu-isu ini. Anda boleh melayari speedhome.com untuk mencari lebih banyak unit.
Saya hendak menyewakan rumah kepada penyewa yang sama, selagi mana penyewa masih mahu tinggal di situ. Untuk kes sebegini, perlukah saya meletakkan “tempoh sewa” dalam Perjanjian Sewa tersebut? Atau, adalah saya perlu meletakkan tempoh sewa selama 1-2 tahun, kemudian perlu memperbaharui Perjanjian itu setelah tamat tempoh asal?
Hi Hasrul,
Di SPEEDHOME, tempoh sewa kami adalah maksimum satu tahun, dan boleh diperbaharui selepas itu. Tempoh atas perjanjian juga tidak boleh ditukar selepas tandatangan. Nasihat saya adalah memperbaharui perjanjian supaya perjanjian berkesan dan hak anda dapat dilindungi.
As salam tuan…
Saya ada menyewa kedai makan dan saya tak boleh nak teruskan lagi.. dalam perjanjian saya mesti bagi notis 2bulan dan saya wajib terus berniaga dalam masa 2 bulan terakhir mengikut syarat kontrak tu. Jika saya sudah memberi notis 2 bulan awal dan gagal untuk meneruskan perniagaan itu dalam 2 bulan terakhir, bolehkah saya dibawa ke mahkamah??
Dalam surat perjanjian itu hanya ada nama saya ( bukan nama penuh), no hp dan tandangan saja. Surat perjanjian ada 6 helai, tetapi saya hanya tandatangan pada muka surat terakhir saja mengikut surat kontrak itu. Surat itu pula tiada buat matikan setem atau stamping. Boleh kah saya dihadap ke mahkamah jika saya gagal memenuhi syarat itu??