Sewa Rumah Kepada Pelajar – Berbaloi atau Bencana?

biaya-nikah-rencana-lain.354983688

Menjadi impian setiap daripada kita untuk memiliki aset yang banyak dan seterusnya merealisasikan impian tersebut dalam bentuk wang ringgit yang dapat digunakan kelak untuk masa hadapan.

Tidak dinafikan juga mensasarkan para pelajar sebagai pilihan penghuni hartanah anda merupakan pilihan yang baik kerana jumlah mereka yang tidak pernah putus-putus terutama sekali jika rumah anda berdekatan dengan kawasan kolej atau universiti.

Namun begitu, kemungkinan risiko yang bakal dihadapi para pemilik rumah juga sangat tinggi dan perlu dititikberatkan sebelum anda mula menyewakan hartanah anda kepada pelajar.

 

bags-best-friends-daylight-1516440

Berikut kami senaraikan beberapa kelebihan & keburukan menyewakan rumah kepada pelajar untuk anda yang bercadang menyewakan hartanah anda.

 

Kebaikan

  • Sokongan kewangan yang berterusan daripada ibu bapa pelajar
  • Sentiasa ada penghuni yang menyewa hartanah anda
  • Tuan rumah boleh membuat pembahagian bilik/bilik tambahan untuk disewakan & dapat menjana pendapatan lebih
  • Penghuni yang tidak cerewet janji sewa murah

Keburukan

  • Penghuni tidak bertanggungjawab & tidak matang
  • Tempoh sewaan yang singkat menyebabkan tuan rumah terpaksa mencari penyewa baru
  • Kurang faham peraturan & hal penyewaan rumah
  • Jumlah penyewa yang terlalu ramai dan berisiko berhadapan kerosakan barang di dalam rumah
49551610_516252088897623_4393096512808437269_n-1

Perlu diingatkan kepada tuan rumah; seperti penyewa yang lain, pelajar juga mempunyai baik buruknya. Apa yang penting adalah tuan rumah perlulah siasat dan kenali latar belakang penyewa-penyewa tersebut supaya tiada masalah yang timbul di kemudian hari.

Sekiranya anda masih belum yakin untuk mula menyewakan rumah anda tetapi sangat berminat untuk menambah pendapatan dalam bidang hartanah dengan cara yang selamat dan mudah, apa kata anda gunakan khidmat orang tengah seperti SPEEDHOME untuk menyenaraikan hartanah anda secara percuma.

LOGO - RECTANGULAR

Melalui SPEEDHOME, anda boleh berhubung terus dengan bakal penyewa dan segala maklumat latar belakang penyewa juga dapat dilakukan oleh SPEEDHOME bagi memudahkan urusan tuan rumah mengambil penyewa.

Selain itu, risiko hartanah anda seperti kerosakan barang di dalam rumah, kecurian atau penyewa lari juga boleh dilindungi dengan Perlindungan Insurans Allianz sehingga sebanyak RM42,000!

SPEEDHOME How Does Allianz Insurance Protect Landlord

Untuk info lebih lanjut, klik di sini untuk mengetahui manfaat yang boleh tuan rumah miliki apabila menyenaraikan hartanah dengan SPEEDHOME.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *