For Tenants

Soalan Lazim Penyewa

Soalan Lazim Penyewa

Selamat datang ke halaman Soalan Lazim Penyewa SPEEDHOME!

Sila klik soalan untuk menunjukkan jawapan. E-melkan kepada kami di [email protected] sekiranya anda mempunyai pertanyaan  lebih lanjut.

Umum

SPEEDHOME ialah sebuah platform hartanah yang menghubungkan tuan rumah dengan penyewa secara langsung.

SPEEDHOME membenarkan penyewa untuk menyewa dengan polisi SIFAR DEPOSIT.

TENANT RENTING PROCESS BM

Process penyewaan dalam SPEEDHOME

Tempoh penyewaan di SPEEDHOME bermula dari tempoh minimum 3 bulan dan boleh dilanjutkan kepada maksimum 12 bulan dengan pilihan untuk memperbaharui kontrak setiap tahun.

Ya, ianya berbeza. Terdapat surcaj dikenakan sekiranya anda memilih untuk menyewa dalam jangka masa pendek (contoh: 3-11 bulan). 

Tidak. Hanya tuan rumah yang dikenakan bayaran insurans

Anda boleh mencari rumah sewa atau bilik sewa secara PERCUMA melalui laman web utama SPEEDHOME atau aplikasi mudah alih kami.

  • Laman web, Aplikasi Android atau iOS: Pergi ke laman utama dan klik di bar carian untuk mencari rumah/bilik sewa. Isikan maklumat seperti; kawasan, harga, kelengkapan perabot dan klik butang cari.
  • Bagi bilik sewa, pergi ke laman web utama SPEEDHOME dan klik di bar carian. Kemudian, klik “Jenis Rumah” dan pilih “Bilik”.

Tip BONUS untuk mencari rumah dalam masa seminggu:

Cari sekurang-kurangnya 5 buah rumah sewa dan hantar permintaan sembang kepada sekurang-kurangnya 5 orang tuan rumah berlainan untuk mempercepatkan proses mendapatkan rumah sewa.

Ikuti langkah berikut  sekiranya anda telah menjumpai rumah yang anda ingin lihat:

  1. Klik butang “Berbual dengan Tuan Rumah”.
  2. Isi maklumat anda mengenai soalan yang diberikan (tarikh pindah masuk, harga tawaran, kewarganegaraan & pekerjaan) dan klik “Serah”.
  3. Perbualan antara anda dengan tuan rumah akan dicipta. Sila tunggu tuan rumah untuk membalas mesej anda dan anda boleh memutuskan tarikh berjumpa dengan tuan rumah untuk melihat rumah.
  4. Kembali ke perbualan dalam SPEEDHOME dan maklumkan kepada pasukan SPEEDHOME untuk meneruskan proses menyewa.

 Nota: Cari sekurang-kurangnya 5 buah rumah sewa dan hantar permintaan sembang kepada sekurang-kurangnya 5 orang tuan rumah berlainan untuk mempercepatkan proses mendapatkan rumah sewa.

Kami juga amat menggalakkan  anda memuat turun aplikasi mudah alih kami untuk menerima notifikasi dengan pantas dan segera bagi mendapatkan rumah sewa.

Jika anda mendapat tuan rumah yang tidak memberi kerjasama dengan anda atau tidak membalas mesej perbualan anda, sila hubungi kami untuk bantuan. Anda boleh hubungi kami di talian +6018 7777 650 atau emelkan ke alamat  [email protected]  

Nota: Cari sekurang-kurangnya 5 rumah sewa dan hantar permintaan sembang kepada sekurang-kurangnya 5 orang tuan rumah untuk mempercepatkan proses mendapatkan rumah sewa.

Sila hantar mesej kepada kami melalui SPEEDHOME chat atau hubungi WhatsApp kami di 6018-7777650 sekiranya anda telah bertemu dengan tuan rumah dan ingin meneruskan urus janji sewaan. Kami akan meneruskan langkah-langkah berikut.

Penyewa perlu membuat bayaran tempahan sebanyak RM500 (akan ditolak dari pembayaran sewa penuh).

  1. Penyewa perlu menghantar beberapa dokumen kepada pihak kami untuk Pemeriksaan Kelayakan Zero Deposit. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
    a) Bagi warganegara Malaysia::
    i) Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
    ii) Surat tawaran pekerjaan (bagi pekerja) / Surat tawaran universiti dan ID Pelajar (bagi pelajar)
    iii) Slip gaji 1 bulan
    iv) Penyata bank bagi tempoh 3 bulan
    v) Borang/Sijil SSM Syarikat (Untuk Perniagaan)

    b) Bagi warganegara asing::
    i) Salinan pasport
    ii) Salinan VISA
    iii)  Surat tawaran pekerjaan (bagi pekerja) / Surat tawaran universiti dan ID Pelajar (bagi pelajar)
    iv) Slip gaji 1 bulan
    v) Penyata bank bagi tempoh 3 bulan
  2. Sebaik sahaja kami mengemas kini pemeriksaan kelayakan penyewa, kami akan terus mengisi maklumat anda di dalam  perjanjian sewaan digital melalui SPEEDMANAGE.
  3. Setelah perjanjian sewaan digital digubal, penyewa dikehendaki untuk menandatangani perjanjian dan membuat baki pembayaran.
  4. Tuan rumah pula akan memilih insurans pilihan mereka sebelum menandatangani perjanjian sewaan digital rumah tersebut.
  5. Tuan rumah akan menyerahkan kunci kepada penyewa di bawah persetujuan SPEEDHOME.

Jika anda tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak kami, sila hubungi kami di alamat [email protected]

*Nota 1: Zero Deposit hanya tertakluk kepada rumah sewa dalam lingkungan harga antara RM800 ke RM5000 sahaja.

*Nota 2: Bayaran tempahan tidak akan dikembalikan.  Bayaran tempahan akan dibatalkan sekiranya anda membatalkan perjanjian selepas tempoh 24 jam anda membuat bayaran wang tempahan. Bayaran tempahan hanya akan dikembalikan sekiranya anda gagal semakan kelayakan zero deposit kami. Anda juga akan kehilangan yuran tempahan sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen untuk semakan kelayakan zero deposit dalam masa 5 hari.

Tempoh penyewaan di SPEEDHOME bermula dari tempoh minimum 3 bulan dan boleh dilanjutkan kepada maksimum 12 bulan dengan pilihan untuk memperbaharui kontrak setiap tahun.

Ya, perjanjian sewaan digital akan disediakan oleh tuan rumah anda melalui SPEEDMANAGE dan kemudian akan dihantar kepada anda.  Kemudian, anda perlulah menekan pautan yang diberikan untuk menandatangani perjanjian tersebut. 

Anda sebagai penyewa perlu membayar kos bayaran Speedsign tersebut.

Kos bayaran Speedsign adalah sebanyak RM449 + SST.

Zero Deposit

Ini bermaksud bahawa penyewa tidak perlu membayar deposit tradisional 2+1 atau sebarang deposit sebelum berpindah masuk ke unit sewa. Semua unit yang didaftarkan di bawah SPEEDHOME mematuhi polisi Zero Deposit kami. Ini bermaksud bahawa penyewa hanya perlu membayar kos sewa bulan pertama + bayaran Speedsign + SST.

Penyewa perlu melalui Pemeriksaan Kelayakan Zero Deposit terlebih dahulu sebelum menandatangani perjanjian sewaan digital.Ini bagi memastikan bahawa penyewa mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan stabil dan dapat membayar sewa bulanan mereka serta mereka tidak mempunyai pengalaman kredit yang teruk sebelum ini. Tuan rumah hanya perlu membayar setelah berjaya menyewakan unit sewaan mereka dengan SPEEDHOME. Dengan berbuat demikian, mereka akan mendapat perlindungan sehingga RM42k, bergantung kepada pakej insurans yang dipilih.

Dengan kerjasama oleh Insurans Allianz, harta benda tuan rumah dilindungi sehingga RM42,000 daripada kehilangan sewa bulanan, kerosakan harta benda dan banyak lagi ketika dalam tempoh sewaan. Skim Zero Deposit juga membolehkan pasaran sewa dibuka luas untuk lebih ramai lagi kumpulan penyewa yang berkualiti dan unit sewaan dapat disewakan dengan 5x lebih pantas.

Skim Zero Deposit tidak dikenakan sebarang kos. Tuan rumah boleh memilih untuk membayar caj premium insurans dan caj perkhidmatan SPEEDHOME* setelah berjaya menyewakan unit sewaan. Manakala penyewa perlu membayar sewa bulan pertama dan bayaran Speedsign (RM449 + SST) semasa berurusan.

*Caj perkhidmatan SPEEDHOME hanya tertakluk kepada pakej Extended+ sahaja. Pecahan untuk pakej Extended + adalah seperti berikut:

Caj premium insurans – 1.25 bulan sewa (pakej Extended)

Caj perkhidmatan SPEEDHOME – 0.25 bulan sewa [On-Time Rental (OTR) dan Overstay Cash Defender (OCD)]

Dengan lebih 1,186 urus janji yang berjaya hanya dalam masa setengah tahun ini sahaja, kami boleh jamin bahawa ramai pemilik rumah dan penyewa berpuas hati dengan perkhidmatan dan polisi  Zero Deposit kami kerana ianya memberikan jalan penyelesaian yang menang-menang kepada kedua-dua pihak. Semenjak kerjasama kami dengan Insurans Am Allianz pada tahun 2017, SPEEDHOME telah menyediakan platform sewaan kediaman yang mudah diakses dan selamat untuk tuan rumah dan penyewa. Kami juga telah membayar RM800k jumlah tuntutan insurans kepada pihak tuan rumah sejak Februari 2020 dan kadar tuntutan masih lagi 100% sehingga kini. Dengarkan sendiri apa yang pengguna SPEEDHOME katakan mengenai perkhidmatan kami dalam video di bawah.

Untuk laporan ketelusan kami selanjutnya, sila klik di sini. 

Bilik Sewa

Sebagai tanggungjawab bersama penyewa, ruang bersama perlu dijaga oleh penyewa-penyewa yang tinggal di unit ini. Jadi, adalah tugas anda untuk berkomunikasi dengan rakan serumah yang lain untuk menjaga kebersihan ruang bersama.

Peraturan asas rumah adalah seperti berikut:

  1. Penggunaan dapur: Semua orang perlu membersihkan ruang dapur selepas memasak. Semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak harus dibersihkan selepas digunakan dan dibiarkan kering.
  2. Tugas pembersihan dan bekalan dapur: Kebersihan dan bekalan dapur adalah tanggungjawab bersama.
  3. Penggunaan ruang umum: Semua orang perlulah menjaga kebersihan rumah bersama-sama.
  4. Haiwan peliharaan: Haiwan peliharaan adalah dibenarkan selepas anda memberitahu Tuan Rumah dan telah mendapat keizinan beliau.
  5. Penyelesaian konflik: Untuk mengekalkan keharmonian di dalam rumah, anda haruslah memastikan persekitaran yang aman dan bekerjasama untuk menyelesaikan konflik jika terdapat sebarang perbezaan yang timbul.
  6. Ketenteraman awam: Anda haruslah bertimbang rasa terhadap penyewa dan/atau jiran lain dengan tidak membuat bising.
  7. Penggunaan dadah: Sebarang penggunaan dadah adalah dilarang sama sekali untuk dibawa, disimpan atau digunakan di dalam kawasan rumah.
  8. Penyewa tambahan: Hanya penyewa yang dinyatakan di dalam kontrak sahaja dibenarkan untuk menetap di dalam bilik sewa tersebut.

Bayaran

Carian rumah dan bilik sewa di platform kami adalah percuma. Setelah anda telah membuat keputusan untuk berpindah ke rumah berkenaan, anda sebagai penyewa akan membuat bayaran seperti berikut:

Sewa bulan pertama +  (RM449 + SST) kos bayaran Speedsign

Nota: Sebelum menandatangani perjanjian sewaan digital rumah, anda perlu membuat bayaran yuran tempahan rumah sewa sebanyak RM500. Wang tempahan tersebut akan ditolak daripada baki jumlah keseluruhan sewa anda.

Bayaran tempahan tidak akan dikembalikan. Bayaran tempahan akan dibatalkan sekiranya anda membatalkan perjanjian selepas tempoh 24 jam anda membuat bayaran wang tempahan. Bayaran tempahan hanya akan dikembalikan sekiranya anda gagal semakan kelayakan zero deposit kami. Anda juga akan kehilangan yuran tempahan sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen untuk semakan kelayakan zero deposit dalam masa 5 hari.

Kos bayaran Speedsign adalah sebanyak RM449. Selain itu, tambahan cukai SST akan dikenakan ke atas kos bayaran Speedsign tersebut.

 Nota: Selain daripada bayaran Speedsign, perkhidmatan sewaan lain di SPEEDHOME adalah percuma.

Anda perlu membayar sewa bulanan kepada SPEEDHOME. Pihak SPEEDHOME akan menghantar invois ke e-mel anda 7 hari sebelum tarikh akhir bayaran sewa pada setiap bulan.

SPEEDHOME tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang transaksi pembayaran atau urusan yang dibuat terus dengan tuan rumah dan TIADA wang pampasan akan diberikan.

Sekiranya tuan rumah meminta anda untuk memindahkan wang kepada mereka tanpa menggunakan gerbang pembayaran / nombor akaun SPEEDHOME, sila jangan berbuat demikian dan segera laporkan kepada pihak SPEEDHOME.

Cara pembayaran bagi kedua-dua sewaan bilik dan rumah adalah sama. Kami akan menghantar invois ke e-mel anda 7 hari sebelum tarikh akhir bayaran sewa pada setiap bulan.

Anda boleh membuat bayaran melalui:

  1. Kad debit/kredit
  2. Perbankan dalam talian
  3. ATM/CDM

Nota: Sila e-melkan resit pembayaran kepada [email protected] jika anda telah membuat  transaksi melalui pemindahan bank atau deposit tunai melalui mana-mana mesin deposit tunai. 

JANGAN KONGSI sebarang bukti kelayakan akaun anda kepada pihak tuan rumah. Sekiranya terdapat maklumat pengesahan atau butir pembayaran, anda boleh menghubungi SPEEDHOME terlebih dahulu melalui WhatsApp dan segera laporkan kepada pihak tuan rumah.

  1. Buat laporan polis dengan segera di balai polis berdekatan
  2. Lampirkan semua bukti pembayaran dan perbualan di dalam laporan polis berkenaan
  3. Hantarkan bukti tersebut, laporan polis dan butiran maklumat tuan rumah (nama dan nombor telefon) ke e-mel kami [email protected]
  4. Pasukan kami akan mengenal pasti  e-mel anda dan mengunci akaun tuan rumah berkenaan.
  5. Untuk sebarang tujuan penyiasatan lanjut, anda boleh memaklumkan kepada pegawai atau pasukan penyiasat yang berkaitan untuk menghubungi kami terus di talian 018-7777 650.

Nota: SPEEDHOME tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang transaksi pembayaran atau urusan yang dibuat terus dengan tuan rumah dan TIADA wang pampasan akan diberikan.

Tiada kos bayaran untuk anda mendapatkan skim sewaan Zero Deposit. Anda hanya perlu lulus pemeriksaan kelayakan latar belakang kami bagi melayakkan anda menggunakan skim sewaan Zero Deposit.

Zero Deposit adalah tertakluk kepada rumah sewa dan bilik sewa dalam linkungan harga sewa antara RM800 ke RM5,000 sahaja.

Setelah anda telah membuat keputusan untuk berpindah ke rumah berkenaan, anda sebagai penyewa akan membuat bayaran seperti berikut:

Sewa bulan pertama + (RM449 + SST) bayaran Speedsign

Nota: Sila ambil perhatian untuk sewaan jangka pendek (cth: 3-11 bulan), bayaran surcaj akan dikenakan. Bayaran surcaj tidak akan dikenakan jika anda menyewa dalam tempoh standard iaitu selama 12 bulan. Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah surcaj yang dikenakan:

Nota: Selain daripada bayaran Speedsign, perkhidmatan sewaan lain di SPEEDHOME adalah percuma.

Anda perlu membuat bayaran penuh terlebih dahulu sebelum mendapatkan kunci rumah sewa. Jika anda memerlukan masa untuk membuat bayaran penuh, anda boleh menempah unit tersebut pada kos minimum RM500 dan baki selebihnya boleh dibayar kemudian sebelum anda berpindah masuk. Bayaran penuh adalah termasuk dengan sewa bulan pertama dan bayaran Speedsign.

Sebagai penyewa, anda perlulah membayar sewa bulanan serta bayaran surcaj. Sila rujuk jadual di bawah untuk kos surcaj yang dikenakan.

Nota:  Surcaj akan dibahagikan sama rata sepanjang tempoh penyewaan anda. Jumlah yang dibahagikan akan ditambah kepada jumlah sewa bulanan anda.

Berdasarkan jadual di atas, berikut merupakan cara kiraan bagi sewaan jangka masa pendek:

Contoh: Anda merancang untuk tinggal selama 10 bulan

Harga Sewa Bulanan = RM1,000
Tempoh Sewaan dalam kategori 9-11 bulan = 25% Surcaj daripada sewa bulan pertama
Bayaran surcaj = 25% x RM1,000
  = RM250

Sekiranya anda memilih untuk membayar surcaj secara sekaligus:

Bayaran sewa bulan pertama = RM1,000 + RM250
          = RM1,250

Bayaran sewa bulan ke-2 hingga ke-10 = RM1,000 sebulan

Sekiranya anda memilih untuk membahagikan jumlah surcaj sepanjang tempoh penyewaan anda:

Bayaran sewa bulan pertama hingga ke-10  = RM1,000 + (RM250/10 bulan)
= RM1,000 + RM25
= RM1,025 sebulan  

Kos pembaharuan penyewaan ditetapkan pada kadar RM249 + SST sebagai bayaran Speedsign. Anda sebagai penyewa perlu membayar kos pembaharuan kontrak tersebut.

Ya, kami akan memberitahu anda dalam masa 24 jam. Kami akan cuba mengecaj anda semula dalam masa 3 hari.

Perjanjian Sewaan Digital/Pemeriksaan Kelayakan Zero Deposit

Anda boleh  klik di SPEEDMANAGE  untuk menandatangani perjanjian sewaan digital. Tuan rumah anda  terlebih dahulu akan membuat perjanjian dan kemudian menghantar pautan kepada anda untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Nota: Sebelum menandatangani  perjanjian sewaan digital rumah, anda perlu membuat bayaran wang tempahan rumah sewa sebanyak  RM500. Wang tempahan tersebut akan ditolak daripada baki jumlah keseluruhan sewa anda. (Jika anda gagal pemeriksaan kelayakan zero deposit, kami akan pulangkan semula wang tempahan tersebut kepada anda.)

Anda tidak boleh meninggalkan rumah/bilik sewa sebelum tamat  perjanjian sewaan. Berdasarkan perjanjian sewaan, jika anda ingin menamatkan kontrak lebih awal maka anda perlu:

  • Memberi notis 2 bulan atau membayar penalti selama 2 bulan sewa.
  • Membayar bil utiliti bulan terakhir anda menetap
  • Menyerahkan kunci kepada tuan rumah 

Bayaran Speedsign adalah RM449 + SST untuk semua jenis unit.

Kos pembaharuan perjanjian sewaan digital adalah RM299 + SST sebagai bayaran Speedsign sekiranya anda membuat pembaharuan dalam masa yang ditetapkan.

 Perjanjian sewa yang ditandatangani secara digital dan salinan stem duti yang dicetak adalah diperakui sah di bawah Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan Seksyen 62(2) Akta Tandatangan Digital 1997.

Pada dasarnya Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 menyatakan bahawa mesej elektronik boleh digunakan untuk menyatakan apa-apa komunikasi yang berkaitan untuk membina suatu pembentukan kontrak.

Bagi Seksyen 62 (2) Akta Tandatangan Digital 1997, dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital adalah diperakui sah sama seperti dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan tulisan tangan, cap ibu jari atau apa-apa tanda lain.

Experian berfungsi untuk menyemak sejarah pinjaman dan pembayaran anda selama 12 bulan yang lalu. Ianya juga memeriksa sama ada anda mempunyai kredibiliti kewangan yang mencukupi untuk membayar sewa. Sejarah kredit anda akan disemak selama 24 bulan yang lalu.

SPEEDHOME akan  melakukan pemeriksaan ini sebelum anda boleh menyewa rumah/bilik yang disenaraikan di SPEEDHOME di bawah Skim Sewaan Zero Deposit.

Dokumen berbeza berdasarkan bagaimana kami dapat mengesahkan skor kredit anda. Sila rujuk di bawah:

Sekiranya anda warganegara Malaysia, kami akan memeriksa dokumen berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan (Depan dan belakang)
  2. Surat tawaran pekerjaan (pekerja)
  3. Surat tawaran universiti* (pelajar)
  4. Kad pelajar yang sah* (untuk pelajar)
  5. Slip gaji 1 bulan (untuk pekerja)
  6. Sijil SSM Syarikat (perniagaan)
  7. Penyata bank 3 bulan terkini – PDF
  8. Ujian Psikometrik

Sekiranya anda bukan warganegara Malaysia, kami akan memeriksa:

  1. Salinan pasport*
  2. Salinan Visa*
  3. Surat tawaran pekerjaan* (pekerja)
  4. Surat tawaran universiti* (pelajar)
  5. Kad pelajar yang sah* (untuk pelajar)
  6. Slip gaji 1 bulan
  7. Sijil SSM Syarikat (perniagaan)
  8. Penyata bank 3 bulan terkini – PDF
  9. Ujian Psikometrik

*Dokumen yang perlu dihantar di atas perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah (pemilik perniagaan) atau Salinan Benar yang disahkan oleh universiti anda (pelajar)

Sila rujuk Dokumen Pemeriksaan Kelayakan Deposit Sifar untuk melihat lebih lanjut dokumen apa yang perlu anda serahkan.

Secepat mungkin. Anda mendapat tempoh tangguh selama 5 hari setelah membayar yuran tempahan untuk menyelesaikan pemeriksaan kelayakan zero deposit  dengan menyerahkan semua dokumen yang diminta. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wang tempahan RM500 tidak akan dikembalikan.

Wajib: Untuk pemilik perniagaan dan pelajar bukan warganegara Malaysia, anda diminta untuk menyerahkan dokumen anda melalui pengumpulan dokumen sebelum meneruskan tontonan. Ini akan memberi sedikit masa kepada SPEEDHOME untuk memproses dokumen untuk mengelakkan masa menunggu yang lama dan untuk memastikan anda dapat menikmati sewa deposit sifar yang lebih cepat.

Ada lebih banyak soalan mengenai dokumen anda? Kirimkan soalan anda kepada pasukan sokongan kami dalam fungsi sembang di SPEEDHOME atau hantarkan e-mel kepada kami di [email protected]

Jika anda ingin menamatkan perjanjian sewaan lebih awal, anda perlulah:

  1. Memberi notis 2 bulan kepada tuan rumah sebelum tarikh tamat kontrak
  2. Penyewa mesti membayar 50% dari sewa sebulan sebagai bayaran penalti jika penamatan awal dilakukan pada separuh pertama tempoh perjanjian sewa asal; ATAU
  3. Penyewa mesti membayar 25% dari sewa sebulan sebagai bayaran penalti jika penamatan awal dilakukan melebihi separuh kedua tempoh  perjanjian sewa asal.
  4.  Contohnya: Sekiranya penyewa menamatkan kontrak awal pada bulan 1 hingga bulan 6 atau 50% pertama dari tempoh sewaan, penyewa mesti membayar 50% bayaran penalti dari jumlah sewa sebulan;
  5. Sekiranya penyewa menamatkan kontrak pada bulan ke-7 hingga ke-11 iaitu pada separuh kedua tempoh perjanjian sewa, penyewa mesti membayar 25% bayaran penalti dari jumlah sewa sebulan.
  6. Menyerahkan kunci kepada tuan rumah apabila berpindah keluar
  7. Pastikan semua tunggakan bil utiliti telah dibayar
  8. Pastikan semua kerosakan yang anda lakukan semasa tempoh menyewa telah dibaiki.

Anda mempunyai dua pilihan iaitu:

  1. Perbaharui perjanjian sewaan digital anda untuk tempoh sewa 6 ke 12 bulan lagi.
  2. Pindah keluar setelah  perjanjian sewaan tamat.

Apabila anda berpindah keluar, anda perlulah.

  1. Menjelaskan semua bil utiliti
  2. Menyerahkan kunci kepada tuan rumah
  3. Pastikan semua kerosakan yang anda lakukan semasa tempoh menyewa telah dibaiki.

Terma & Syarat Bayaran Tempahan

Terma dan syarat Perjanjian Bayaran Tempahan ini mengatur penggunaan perkhidmatan yang disediakan oleh Speedrent Technology Sdn bhd (SSM: 201601005661) [email protected] +60327712764 A-G-23, Eve Suite, Jalan PJU 1a/41, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“Kami”  atau ” Speedrent “atau” SPEEDHOME “), entiti Malaysia, sama ada sendiri atau melalui anak syarikat atau pemegang lesennya, melalui pelbagai platform elektronik seperti aplikasi mudah alih SPEEDHOME atau platform lain yang ditetapkan oleh Kami (” Aplikasi “).

Dengan menggunakan Aplikasi, anda menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat di sini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, sila jangan gunakan Aplikasi ini. Untuk mengelakkan keraguan, Perjanjian ini tertakluk untuk semua pengguna Aplikasi yang menyenaraikan hartanah atau mencari hartanah termasuk pemilik rumah, tuan rumah, ejen hartanah dan / atau penyewa.

Bayaran Tempahan (atau dikenali sebagai Wang Pendahuluan) adalah satu bentuk pembayaran pendahuluan untuk menjamin permintaan penyewaan anda untuk satu unit hartanah khusus yang disiarkan di dalam platform SPEEDHOME. Setelah pembayaran tempahan dibuat, tuan rumah perlu bersetuju untuk menempah hartanah selama 7 hari dan tidak menyewakan hartanah  tersebut kepada penyewa lain.

Bayaran tempahan hanya akan dikembalikan mengikut mana-mana syarat berikut:

  1. Pembayar/Penyewa bayaran tempahan tidak lulus syarat pemeriksaan Kelayakan Zero Deposit SPEEDHOME;
  2. Tuan rumah membatalkan perjanjian atau menyewakan unit berkenaan kepada penyewa lain;
  3. Tuan rumah menaikkan kadar sewa yang dipersetujui bersama setelah pembayaran tempahan dibuat ; atau
  4. Tuan rumah dan penyewa membatalkan tempahan atau urusan dalam tempoh 24 jam selepas bayaran tempahan dibuat.

Penyewa harus bersetuju bahawa pengembalian wang bayaran tempahan akan memakan masa sehingga 3 hari bekerja setelah anda membuat permintaan pengembalian wang dengan cara meng-e-melkan kepada [email protected] dengan maklumat anda seperti nama bank, nama pemegang akaun bank, nombor akaun bank, alamat e-mel, nombor telefon bimbit dan jumlah bayaran balik.

Setelah menandatangani perjanjian sewaan digital, wang bayaran tempahan akan digunakan untuk pembayaran penuh invois sewa yang merupakan sewa bulan pertama dan langganan perkhidmatan kontrak penyewaan – SPEEDMANAGE.

Wang bayaran tempahan akan dilucutkan dalam mana-mana syarat berikut:

  1. Setelah menandatangani perjanjian penyewaan digital, penyewa menangguhkan tarikh permulaan penyewaan ke tarikh kemudian tanpa persetujuan bersama oleh tuan rumah;
  2. Penyewa tidak menandatangani perjanjian penyewaan digital pada atau sebelum tarikh permulaan penyewaan yang dipersetujui bersama; atau
  3. Penyewa tidak membuat pembayaran penuh yang diperlukan untuk milikan unit kosong dalam tempoh 7 hari dari tarikh permulaan penyewaan yang dipersetujui bersama.
  4. Penyewa membatalkan perjanjian setelah 24 jam tempahan dibayar kepada SPEEDHOME.
  5. Penyewa dikehendaki menandatangani caj tandatangan caj tandatangan perjanjian sewaan digitalan digital dalam tempoh tiga (3) hari setelah Tuan Rumah menghantarkan perjanjian berkenaan kepada penyewa melalui speedmanage.com. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan kehilangan wang tempahan/wang tempahan tidak akan dikembalikan.
  6. Sekiranya berlaku pembatalan setelah selesai urusan kedua-dua pihak membayar jumlah penuh bayaran dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Tuan Rumah dan Penyewa dengan cap LHDN,  kami akan memotong kos yuran setem dari jumlah keseluruhan bayaran balik.

Wang bayaran tempahan yang dilucuthakkan akan dipindahkan sepenuhnya kepada pihak  tuan rumah.

Pesanan: SPEEDHOME berhak mengemaskini terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal terlebih dahulu. Artikel ini akan diubah untuk menunjukkan Terma & Syarat yang telah dikemaskini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kami di [email protected] atau telefon/WhatsApp kami di talian +60 18 7777 650.

Tarikh kemaskini: 24 Februari 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published.