Undang-Undang Sewa Rumah: Beban atau Berbaloi?
Undang-Undang Sewa Rumah: Beban atau Berbaloi?
Tahukah anda bahawa Jerman mempunyai undang-undang hartanah sewa untuk lindungi hak tuan rumah dan penyewa tetapi Malaysia tiada undang-undang yang spesifik yang berkaitan dengan hal sewaan kediaman?
BACA: Kerajaan Mungkin Tetapkan Kadar Sewa Rumah Murah
Baru-baru ini Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyuarakan pendapat untuk bincangkan penggubalan undang-undang sewaan kediaman untuk membela nasib dan hak tuan rumah dan penyewa.
Tapi perbincangan itu hanya akan dilakukan hujung tahun ini sahaja dan masih belum digubal lagi.
Namun begitu, ramai netizen terutama sekali pemilik kediaman yang kurang bersetuju dengan isu ini kerana kononnya hal ini akan melumpuhkan lagi ekonomi negara.
Tetapi lebih ramai lagi yang melihat isu penggubalan undang-undang ini perlu dilaksanakan sebab ramai tuan rumah yang dah “terkena” dan habis harta benda mereka di dalam rumah rosak akibat penyewa perangai buruk.
Apa Tujuan Undang-Undang Sewaan Kediaman?

Malaysia belum lagi mempunyai sebuah undang-undang yang ketat dan khas berkaitan isu pemilik kediaman dan penyewa kediaman namun negara ini terdapat beberapa peruntukan yang digunapakai untuk menyelesaikan sebarang pertikaian mengenai hal penyewaan kediaman seperti:
- Akta Kontrak 1950 – untuk perkara yang berkaitan dengan perjanjian penyewaan.
- Undang-undang Umum / Undang-undang Kes – untuk semua perkara yang berkaitan dengan penyewaan.
- Akta Undang-Undang Sivil 1956 – untuk perkara yang berkaitan dengan pembayaran sewa
- Akta Bantuan Khusus 1950 – tuan-tuan tanah adalah dilarang mengusir penyewa, menukar kunci, dan lain-lain tanpa perintah mahkamah.
- Akta Kehilangan 1951 – apabila tuan-tuan tanah yang ingin mengusir penyewa, penyewa memliki hak berkaitan dengan perkara itu.
Jadi, ramai yang berpendapat dengan adanya penggubalan undang-undang khas bagi sewaan kediaman akan lebih dapat membela nasib tuan rumah. Tetapi jangan dilupakan juga kepada penyewa.
Tidak semua penyewa adalah buruk dan membebankan setiap tuan rumah. Oleh itu, sekiranya peruntukan khas undang-undang sewa rumah dapat digubal oleh kerajaan, ianya dilihat sebagai perkara yang positif yang boleh melindungi kedua-dua belah pihak..
Setakat hari ini, apa yang boleh tuan rumah dan penyewa lakukan untuk melindungi hak masing-masing adalah dengan menandatangani perjanjian sewa rumah.
Dalam usaha mengurangkan risiko dalam pasaran sewaan kediaman, SPEEDHOME juga membantu meringankan beban tuan rumah dengan menyaring penyewa berkualiti berdasarkan laporan kredit individu selain daripada menawarkan perlindungan insurans rumah sehingga RM26K.
Anda Setuju?

Undang-Undang Sewa Rumah: Beban atau Berbaloi?
Persoalannya, adakah anda rasa patut atau tidak kerajaan Malaysia gubal undang-undang sewa rumah dan tetapkan had sewa maksimum bagi pemilik rumah meletakkan harga sewa terutama sekali di kawasan rumah kos rendah?
Atau adakah dengan adanya undang-undang ini akan lebih membebankan rakyat?
Share pendapat anda dengan kami!