For Tenants

Tak Dapat Hostel dan Kena Sewa Rumah?

Apa Patut Buat Bila Tak Dapat Hostel dan Kena Sewa Rumah?

Sebagai seorang yang prihatin dengan masalah pelajar-pelajar universiti kat luar sana. Baca tips bagaimana nak dapat rumah sewa selesa supaya tiada masalah berlaku dan yang paling penting, MURAH!

Apa tunggu lagi? Jom baca tips-tips tersebut;

  • Tip#1: Mana Tempat Yang Best Untuk Sewa?
  • Tip #2: Apa Kemudahan Asas Yang Disediakan?
  • Tip #3: Berapa Bajet Yang Diperlukan?
  • Tip #4: Bagaimana Saya Menghubungi Tuan Rumah?
  • Tip #5: Selamat Ke Kalau Menyewa dengan SPEEDHOME?

Tip#1: Mana Tempat Yang Best Untuk Sewa?

Tak Dapat Hostel dan Kena Sewa Rumah?

Apa patut buat bila tak dapat hostel dan kena sewa rumah? tip pertama sekali…

Lokasi kediaman bilik atau rumah yang bakal disewa itu sangat penting. Sekiranya anda ingin berjimat-cermat, pastikan lokasi kediaman anda berdekatan dengan universiti/kolej untuk memudahkan korang ke kelas dan yang paling penting adalah jimat tambang kerana anda hanya perlu berjalan kaki ataupun menggunakan bas yang disediakan pihak universiti anda sahaja.

Tip #2: Apa Kemudahan Asas Yang Disediakan?

Tak Dapat Hostel dan Kena Sewa Rumah?

Fasiliti di dalam dan sekitar rumah adalah perkara paling asas yang anda perlu pastikan apabila mencari bilik atau rumah sewa. Sebagai seorang pelajar, pastinya anda inginkan kemudahan asas tersedia untuk kegunaan anda kan?

Jadi sebelum menyewa rumah, periksa kemudahan yang disediakan dan pastikan ianya lengkap dengan keperluan asas seperti; dapur masak, mesin basuh, peti sejuk dan kedai runcit.

 Tip #3: Berapa Bajet Yang Diperlukan?

Tip #3; Apa Patut Buat Bila Tak Dapat Hostel dan Kena Sewa Rumah?

Setelah anda kenal pasti lokasi dan kemudahan asas tersebut, langkah seterusnya adalah mengenal pasti bajet untuk menyewa. Sudah tentulah anda inginkan harga sewa yang berpatutan. Langkah seterusnya adalah pastikan harga bilik/rumah yang disewa berpatutan dan mengikut bajet yang anda mampu.

Kebiasaannya rumah yang lengkap dengan kemudahan asas akan memakan kos sewa yang lebih tinggi berbanding rumah separa lengkap atau tidak lengkap. Terpulang kepada anda untuk memilih jenis rumah yang bersesuaian dengan bajet.

 Dianggarkan harga bilik sewa di kawasan bandar seperti Subang, Shah Alam, Damansara dan Kuala Lumpur adalah dalam lingkungan RM250-RM400 sebulan manakala rumah sewa pula boleh mencecah RM900 – RM2,500 sebulan bergantung kepada jenis rumah.

Tip #4: Bagaimana Saya Menghubungi Tuan Rumah?

Kalau dulu anda perlu pusing satu taman untuk mencari rumah sewa atau bertanyakan kepada jiran-jiran sebelah untuk mendapatkan nombor telefon tuan rumah, tapi sekarang anda tak perlu lagi bersusah-payah untuk berbuat demikian.

Dengan adanya SPEEDHOME, semua kerisauan untuk mencari bilik/rumah sewa yang sesuai dengan anda ada di hujung jari! Tak perlu lagi turun padang untuk melihat rumah kerana di Speedrent, anda boleh previu rumah pilihan anda serta bajet yang bersesuaian dengan pantas dan mudah.

 Dan yang paling best sekali bila menyewa di SPEEDHOME, anda pindah masuk TANPA BAYAR DEPOSIT!

Tip #5: Selamat Ke Kalau Menyewa dengan SPEEDHOME?

Apa Patut Buat Bila Tak Dapat Hostel dan Kena Sewa Rumah?

Jangan risau kerana SPEEDHOME tidak mengambil sebarang wang anda sebelum anda berhubung dengan tuan rumah dahulu. Ini bermakna, anda dapat melihat dahulu rumah sebelum masuk menyewa dan semuanya adalah percuma!

SPEEDHOME juga mengetengahkan konsep hak sama rata dalam hal sewaan rumah dengan cara menggalakkan tuan rumah untuk membuka peluang dan pintu rumah kepada semua jenis bangsa dan agama tanpa diskriminasi. Mereka tidak berkompromi dengan mana-mana tuan rumah yang hanya ingin menyewakan rumah atau bilik mereka kepada bangsa tertentu sahaja.

Katakan TIDAK kepada diskriminasi perkauman!

Jadi, tunggu apa lagi?

Berhubung terus dengan Tuan Rumah anda & sewa rumah TANPA DEPOSIT sekarang!

 

{{cta(‘aea1600a-ecd6-47fe-be53-0fe44a81e53f’)}}

Leave a Reply

Your email address will not be published.