For Tenants

Tip Cari Rumah Sewa Untuk Yang Baru Mula Bekerja

Adakah anda baru mula bekerja? Jika ya, pasti pernah terlintas di fikiran. Apakah tips cari rumah sewa murah dan tinggal?

Pasti wujud kerisauan untuk anda mencari rumah sewa yang sesuai dengan pilihan. Duduk serumah dengan orang tidak dikenali juga pasti merisaukan urusan harian.

Kami di SPEEDHOME, komited untuk untuk membantu semua pembaca, terutamanya mereka yang baru mula bekerja mencari rumah sewa terbaik yang diinginkan.

Berikut di bawah merupakan tips yang kami sediakan untuk semua pembaca teliti dan fahami supaya anda semua mendapat rumah sewa yang diidamkan. 

  1. Cari Kawasan Sewa Yang Sesuai
  2. Tentukan Sewaan Bilik atau Sewa Satu Rumah
  3. Pastikan Kawasan Rumah Yang Selamat
  4. Bajet Bayaran Sewa Setiap Bulan 
  5. Pilih Rumah Dengan Kelengkapan Sesuai Dengan Bajet
  6. Lawat Rumah Dan Jangan Buat Transaksi Tanpa Perjanjian Sewa
  7. Guna Platform Sewa Yang Sah 
  8. Semak Nombor Pendaftar Ejen Hartanah

Cari Kawasan Sewa Yang Sesuai

Kawasan rumah sewa merupakan faktor utama. Ini kerana anda akan tinggal di rumah tersebut dalam suatu tempoh yang lama

Kawasan rumah sewa anda mestilah dekat dengan tempat kerja. Ini bagi memudahkan anda tidak perlu bersesak dalam trafik setiap hari terutamanya di bandar besar.

Jika anda pengguna pengangkutan awam pula, banyak rumah di apps cari rumah seperti aplikasi SPEEDHOME yang menawarkan rumah jarak dekat dengan pengangkutan awam.

Selain itu, kawasan persekitaran rumah juga perlu diteliti. Kawasan yang dekat dengan kedai harian atau pusat membeli belah pasti memudahkan urusan anda.

Tentukan Sewaan Bilik Atau Sewa Satu Rumah

Apabila anda mahu mula menyewa rumah atau bilik, anda perlu memilih untuk sewa berseorangan atau sewa bersama rakan serumah.

Jika rumah yang disewa mempunyai beberapa bilik, selalunya tuan rumah akan menyewakan bilik tersebut kepada penyewa lain. 

Terpulang kepada anda. Berkongsi ruang mungkin menjimatkan tetapi jika anda tidak suka untuk berkongsi, sewa bilik utama dengan tandas atau rumah jenis studio mungkin lebih baik.

Lain pula dengan mereka yang tidak kisah untuk berkongsi ruang. Sewa bilik berkongsi lebih menjimatkan atau sewa sahaja rumah dengan rakan-rakan anda. 

Anda bukan sahaja boleh berkongsi dan berkawan, tetapi anda juga boleh membuat aktiviti seperti masak dan mungkin bersukan atau ke gimnasium bersama.

Pastikan Kawasan Rumah Yang Selamat

Di sesetengah kawasan taman, apartment atau rumah, kebanyakannya sudah mempunyai pos pengawal. Pengawal akan mengawal kenderaan yang keluar dan masuk.

Anda akan rasa lebih selamat jika pihak pengurusan rumah turut melengkapi dengan akses kad. Jadi, orang awam tidak boleh masuk sesuka hati. 

Selain itu, kawasan perumahan yang berdekatan dengan klinik/hospital, balai bomba atau balai polis juga perlu anda ketahui.

Jika ada membaca cerita di internet berdasarkan carian pengalaman cari rumah sewa, pasti anda jumpa banyak cerita yang pelbagai.

Ini kerana, malang tidak berbau. Sekiranya berlaku kecemasan, anda tahu dimana anda perlu pergi untuk menyelamatkan diri.

Bajet Bayaran Setiap Bulan

Bajet sewaan bulanan mestilah tidak membebankan anda. Jika boleh mendapatkan rumah sewa pilihan dengan kadar terendah yang menjimatkan kos, cuba sebaik mungkin.

Bajet sewaan juga meliputi kadar deposit yang perlu anda bayar sebelum anda mula menyewa. Cari rumah mengikut bajet supaya anda tidak terbeban membayar sewa setiap bulan.

Kebiasaannya, tuan rumah akan menggunakan nombor 1+1, 2+1 atau 2+1+1. Anda perlu faham istilah nombor ini kerana itulah yang akan mementukan jumlah sewa bulanan anda.

Berikut adalah penjelasan mengenai istilah nombor tersebut:

1+1 bersamaan 1 bulan deposit + sewa bulan pertama

2+1 bersamaan 2 bulan deposit + sewa bulan pertama

2+1+1 bersamaan 2 bulan deposit + 1 bulan bil utiliti + sewa bulan pertama

Namun, jangan bimbang. Deposit duit booking rumah sewa mungkin di awalnya, membebankan namun anda boleh dapat semula setelah tamat kontrak sewa. 

Tetapi di SPEEDHOME, sewaan rumah adalah dengan tanpa deposit. Layari laman berikut untuk mengetahui proses menyewa tanpa sebarang deposit. 

Pilih Rumah Dengan Kelengkapan Sesuai Dengan Bajet

Penyewa rumah sewa masa kini boleh memilih jenis kelengkapan rumah sebelum mula menyewa. 

Tuan rumah pasti akan memberitahu sama ada rumah yang ditawarkan adalah lengkap dengan perabot, hanya mempunyai sebahagian perabot atau tanpa perabot.

Terpulang kepada diri anda sendiri. Jika anda mementingkan perabot untuk memudahkan urusan harian, selalunya harga sewaan sedikit tinggi.

Begitulah sebaliknya jika anda pindah rumah kosong tanpa perabot. Harga sewaan adalah jauh lebih murah dan menjimatkan, namun ada perlu membeli beberapa perabot sendiri juga. 

Lawat Rumah Dan Jangan Buat Transaksi Tanpa Perjanjian Sewa

Sebelum pindah masuk rumah, penting untuk anda meminta izin tuan rumah untuk datang dan melawat rumah sekurang-kurangnya sekali. 

Ini untuk memastikan anda tidak tertipu dan rumah yang hendak anda sewa itu betul-betul sama dengan apa yang ditawarkan dalam iklan.

Semasa melawat rumah juga, anda boleh bertanya kepada agen atau tuan rumah, mengenai rumah tersebut dan boleh berbincang perkara berkaitan sewaan dan bayaran bil. 

Kemudian setelah anda berpuas hati, barulah anda boleh membuat transaksi deposit dan sewaan bulan pertama. 

Amat penting sebelum anda membuat transaksi, untuk menyemak dan membaca perjanjian sewa berulang kali. Ini kerana, anda juga perlu bijak sebelum menurunkan tanda tangan. 

Guna Platform Sewa Yang Sah 

Di zaman serba moden ini, sudah terlalu banyak platform website cari rumah sewa yang sah. Anda boleh memilih mana-mana platform untuk anda lawati atau muat turun aplikasi berkenaan.

Platform cari rumah sewa online seperti aplikasi SPEEDHOME, boleh sahaja dimuat turun dan anda boleh gunakan aplikasi tersebut untuk memulakan perbincangan sewaan. 

Dari situ, kami boleh memberi senarai rumah sewa mengikut kehendak, bajet dan lokasi yang anda inginkan.

Atau, anda juga boleh terus ke laman sesawang SPEEDHOME. Terdapat ratusan rumah dan bilik di bawah senarai kami yang boleh dipilih dengan sistem saringan yang juga mengikut bajet dan lokasi. 

Semak Nombor Ejen Pendaftaran Hartanah

Kes penipuan berkaitan sewa rumah memang banyak berlaku. Kes tuan rumah atau ejen yang menghilang setelah deposit dibayar banyak berlaku oleh mereka yang tidak bermoral ini.

Oleh itu, sebelum tanda tangan kontrak perjanjian sewa atau mula menyewa, anda berhak meminta dan semak nombor ejen pendaftaran hartanah.

Anda boleh sahaja minta dari ejen tersebut untuk anda semak di laman LPPEH. Berikut merupakan proses semakan ejen hartanah

Terdapat pelbagai tips penting lain sebelum anda memulakan sewa. Sebagai seseorang yang baru mula bekerja, pasti banyak yang anda perlu tahu.

Atau alternatif lain, anda boleh berhubung terus dengan kami di SPEEDHOME. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.