For Landlords

7 Sebab Kenapa Tinggal di Rumah Sewa Lagi Best Daripada Hostel

 

Siapa kat sini yang ada pengalaman duduk rumah sewa masa zaman belajar dulu? (Min lah tu orangnya..hihihi)

Berdasarkan pengalaman min dulu, memang banyak perbezaan tinggal di rumah sewa berbanding dengan hostel. Boleh dikatakan banyak benda yang lagi best bila tinggal di rumah sewa sampai min rasa nak kongsi dengan korang apa kelebihan tinggal di rumah sewa daripada hostel.

———————————————————–

1. Tiada curfew hours

Tiada curfew hours-Tinggal di rumah sewa

Tiada lagi insiden panjat pagar hostel sebab balik lambat daripada group assignment, aktiviti kokurikulum, mesyuarat persatuan atau dating sampai tengah malam (hehe…) kalau anda tinggal kat rumah sewa.

Di rumah sewa, tiada siapa yang larang kalau korang balik lambat sebab dah tentu-tentu korang anda kunci rumah sewa sendiri dan tak ada polis bantuan nak jaga depan pintu rumah kan.

Tapi bagitahu lah dulu housemates korang kalau balik lambat takut diorang risau pulak nanti.

2. Lebih selesa

Lebih selesa-Tinggal di rumah sewa

Keselesaan tinggal di rumah sewa sudah pastinya yang terbaik sebab korang tak perlu lagi berkongsi ruang umum dengan penghuni hostel yang lain. Contohnya, bilik mandi, ruang dapur atau pun ruang tamu untuk melepak.

Kebersihan rumah pun boleh dijaga dengan baik kerana hanya beberapa individu sahaja yang menggunakan ruang tersebut.

Tapi, kalau korang jenis pengotor sampai pinggan makan sendiri dalam sinki pun tak reti nak basuh, itu min rasa tinggal kat kondo 5 bintang pun sama je tak selesanya.

3. Boleh belajar berjimat

Boleh belajar berjimat-Tinggal di rumah sewa

Sebagai seorang pelajar universiti, memang confirm korang tak ada duit yang cukup. Nak harapkan duit PTPTN memang tak cukuplah jawabnya. Tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ha, masa ni lah min belajar berjimat-cermat dengan cara memasak! Percayalah adik-adik sekalian, kalau korang nak berjimat time belajar, inilah cara yang paling efektif min boleh gerenti.

Bila tinggal di rumah sewa, korang boleh tong-tong duit untuk beli barang dapur contoh seperti beras, minyak masak, mi segera dan banyak lagi.

Dengan cara ini, korang tak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke medan selera atau kantin yang ada berdekatan kawasan hostel untuk mencari makanan. Dahlah jauh, kadang-kadang masakan kat kedai takdelah sedap mana pun lepas tu harga pun mahal.

4. Tiada spotcheck

Tiada spotcheck

Ini yang paling min tak boleh sekali. Zaman study dulu kalau boleh taknak ada gangguan langsung sebab nak study. (eleh study sangat…)

Tapi bila duduk di hostel, memang korang tak akan terlepas daripada kena spotcheck bilik. Malam-malam min sering diganggu dek ada yang ketuk pintu untuk buat spotcheck. Memang tak tenang.

Makanya, min buat keputusan nekad untuk tinggal di rumah sewa. Alhamdulillah, tidur min lebih nyenyak dan selesa bila tinggal di rumah sewa. Hihihi.

5. Lebih rapat dengan housemates

Lebih rapat dengan housemates

Teringat lagi waktu belajar dulu, housemates lah yang paling banyak tolong dan menjadikan min lebih menghargai waktu.

Contoh masa bulan puasa, housemates min akan sentiasa kejutkan min bersahur sama-sama, tolong min masak nasi pepagi buta dan kadang-kadang tu siap masak lauk sekali. Memang rasa terharu sangat.

Dah rasa macam hidup berkeluarga sebab masing-masing ada peranan masing-masing dan saling ingat-mengingati sesama kitorang.

6. Serumah dengan senior & orang bekerja

Serumah dengan senior & orang bekerja

Siapa cakap duduk serumah dengan senior atau orang yang dah kerja ni tak best? Meh sini min nak bagitahu.

Dulu min memang tak tahu menahu hidup berdikari masa mula-mula jejakkan kaki ke menara gading. Tapi disebabkan senior lah min belajar untuk jadi “orang” sebab diorang banyak tunjuk ajar.

Secara tak langsung, min pun boleh behave bila adanya mereka-mereka ni untuk tegur kesalahan yang min buat. Kekadang tu tegur bab solat lambat je tapi sebab ada yang menegur, alhamdulillah hidup min lebih bermakna. Agituhhh.

Tak dilupakan jugak, kitorang yang student ni selalu jugaklah dapat makan free sebab ada senior yang dah kerja so bolehla kitorang menumpang sekaki. Hehehe…

7. Wifi lagi laju daripada hostel!

Wifi lagi laju daripada hostel!

Selain daripada spotcheck kat hostel yang memang min hangin tu, perkara kedua yang paling min tak boleh adalah bila wifi hostel lembab macam sloth!

Min rasa kalau wifi slow, hidup korang pun akan murung dan boleh mendatangkan kemarahan yang maha hebat.

Jadinya untuk mengelakkan kemurungan terus berlaku, min pindah duduk rumah sewa sebab di rumah sewa min boleh share dengan kawan-kawan yang lain untuk pakai internet sendiri.

Laju dia fuhhh tak payah cakap lah kan. Memang senang bila nak buat assignment dan paling best dapat layan online movie tanpa loading.

Korang yang duduk hostel tu ada semua ni? Tak ada kan… Apa lagi, pindah lah duduk rumah sewa. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.