Cara Menyatakan Pendapatan Sewa Untuk LHDN 2022

Perlukah anda menyatakan pendapatan sewa kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?. Di Malaysia, pendapatan sewa selagi mana tidak dikategorikan sebagai perniagaan boleh mendapat pelepasan cukai.

Jadi, sebagai pemilik rumah yang menyewakan kediaman anda, berikut merupakan 7 perkara anda perlu tahu dalam proses menyatakan hasil pendapatan sewa kepada LHDN. 

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan cukai pendapatan sewa?
  2. Adakah anda perlu membayar cukai jika anda menyatakan pendapatan sewa?
  3. Cara menentukan kadar cukai pendapatan sewa
  4. Apa yang berlaku sekiranya anda tidak menyatakan pendapatan sewa
  5. Apa yang harus dilakukan sekiranya anda bukan warganegara Malaysia
  6. Insentif cukai yang ada untuk tuan rumah 

Apakah Cukai Pendapatan Sewa

Apakah Cukai Pendapatan Sewa

Cukai pendapatan sewa adalah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan hasil rumah yang disewakan. Untuk anda yang menyewakan rumah, penting untuk anda tahu perkara ini.

Sebelum itu, anda perlu kenal pasti dahulu jenis-jenis cukai pendapatan sewa. Terdapat 2 cara mengenal pasti jenis-jenis cukai pendapatan sewa, 

Perkara ini termaktub di bawah Seksyen 4(d) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menyatakan :

Penyewaan rumah atau hartanah dianggap sebagai sumber bukan perniagaan, dan pendapatan yang diterima daripadanya perlu dikenakan cukai di bawah Seksyen 4 (d) Akta Cukai Pendapatan 1967. Seseorang yang memiliki hartanah juga perlu tahu adakah bayaran cukai perkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongan (seperti perkhidmatan pembersihan dan perkhidmatan pembaikan) perlu dibayar sekali secara komprehensif dan aktif”

Ini bermakna sebelum membayar cukai pendapatan sewa, anda perlu tahu adakah cukai pendapatan sewa anda disertakan sekali dengan yuran penyelenggaraan dan perkhidmatan. 

  • Jika perlu, ini bermakna kediaman anda adalah jenis perniagaan.
  • Jika tidak, ini bermakna kediaman anda bukan jenis perniagaan dan adalah kediaman persendirian. Untuk membayar cukai pendapatan, anda perlu sertakan penyata gaji. 

Anda perlu ingat bahawa semasa membayar cukai pendapatan sewa, anda perlu meminta resit. Ini bagi memudahkan proses pemfailan cukai.

Adakah Anda Perlu Membayar Cukai Jika Anda Menyatakan Pendapatan Sewa?

Adakah Anda Perlu Membayar Cukai Jika Anda Menyatakan Pendapatan Sewa?

Sekiranya pendapatan sewa anda adalah persendirian dan bukan perniagaan, anda tidak perlu menambah jumlah yang anda terima dari sewa di dalam gaji anda. 

Anda hanya perlu membayar cukai jika:

  • Jumlah pendapatan yang anda peroleh melebihi RM34,000 setahun, dan jika anda bahagikan setiap bulan, sekitar RM2,833.33. Ini adalah selepas potongan KWSP.
  • Tanpa potongan KWSP, pendapatan anda melebihi RM38,202.5 setahun atau hanya RM3183.52 sebulan.

Oleh itu, pembayaran cukai dari pendapatan sewa bergantung kepada jumlah gaji yang anda peroleh dalam setahun atau setiap bulan. 

Anda boleh rujuk ke laman web rasmi LHDN untuk melihat jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai. 

Mengikut belanjawan 2020, kadar cukai semasa di negara kita adalah dari 0% hingga 30% daripada pendapatan anda.

Cara Menentukan Kadar Cukai Pendapatan Sewa

Cara Menentukan Kadar Cukai Pendapatan Sewa

Penduduk Malaysia membayar cukai berdasarkan kadar cukai progresif negara. Ini bermaksud anda akan membayar cukai lebih tinggi apabila pendapatan anda semakin tinggi. 

Berikut di bawah adalah sebab-sebab anda perlu membayar cukai dengan nilai berbeza:

  • Keuntungan tinggi yang anda peroleh dari perniagaan
  • Keuntungan yang anda peroleh untuk menggajikan ramai orang
  • Dividen, faedah, dan diskaun yang anda peroleh sepanjang tahun
  • Royalti, premium, dan bayaran sewaan
  • Cukai juga termasuk dalam bayaran pencen, anuiti, dan bayaran lain yang tidak disebutkan di atas

Anda boleh menyenaraikan semua komitmen atau perbelanjaan anda, kerana cara ini memberikan anda pendapatan tahunan bersih yang lebih rendah.

Seterusnya mengurangkan jumlah cukai yang perlu atau harus anda bayar.

Apa Yang Berlaku Sekiranya Anda Tidak Menyatakan Pendapatan Sewa

denda tidak menyatakan pendapatan sewa

Banyak pemilik sewa tidak menyatakan pendapatan sewa yang diperoleh. Ini kerana mereka tidak mahu membazirkan wang yang diterima dari hasil sewaan.

Menurut undang-undang kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan 1967, perkara tersebut boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Tindakan mahkamah boleh dikenakan dengan syarat berikut:

  1. Sesiapa yang didapati bersalah
  1. Melakukan ubahsuai dengan menghilangkan atau tidak menyatakan apa-apa pendapatan yang diterima di bawah Akta ini, untuk membuat pulangan bagi pihak dirinya sendiri atau orang lain; atau
  2. Memberi maklumat yang salah bagi mengelak dirinya membayar cukai atau mengubah dokumen bagi menidakkan keperluan membayar cukai untuk orang lain

Jika disabitkan bersalah atas suatu kesalahan di atas atau kedua-duanya sekali, maka pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang dari rm1,000 dan tidak lebih daripada RM10,000.

Atau pesalah boleh dikenakan denda untuk membayar penalti khas dua kali ganda jumlah cukai yang tidak dibayar atau boleh dikenakan kedua-dua denda sekali.

Secara ringkasnya, anda wajib melaporkan jumlah pendapatan sewa anda sebaik mungkin. Ini bagi mengelakkan anda didenda dengan denda-denda seperti di atas.

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab membayar cukai dari hasil pendapatan sewa anda. Dengan teknologi sedia ada, bayaran cukai kepada LHDN boleh dibuat secara atas talian.

Apa yang Harus Dilakukan Sekiranya Anda Bukan Warganegara Malaysia?

menyatakan pendapatan sewa untuk bukan warganegara

Kepada bukan warganegara atau lebih difahami dengan gelaran bukan pemastautin atau ekspatriat, memang tidak ada pelepasan cukai atau rebat.

Perkara yang perlu anda tahu di sini ialah hanya pendapatan tetap di Malaysia boleh dikenakan cukai. Pendapatan lain tidak akan dikenakan cukai oleh kerajaan.

Seterusnya, anda perlu tahu sama ada anda pemastautin bercukai atau pemastautin bukan bercukai. Ini kerana jumlah bayaran cukai berbeza. Berikut adalah perbezaan:

  • Bukan pemastautin bercukai: ekspatriat yang bekerja di Malaysia selama kurang dari 182 hari setahun. Mereka tertakluk kepada kadar bayaran cukai 30% dan biasanya tidak mendapat diskaun ke atas cukai pendapatan,
  • Pemastautin bercukai: mereka yang tinggal di negara ini selama 182 hari berturut-turut dalam satu tahun. Mereka perlu membayar cukai secara berperingkat bergantung kepada pendapatan mereka (antara 0% hingga 30%).

Di Malaysia, seorang bukan pemastautin atau ekspatriat juga boleh melakukan pemfailan cukai pendapatan dalam talian atau di atas talian seperti warganegara biasa.

Insentif Cukai Yang Ada untuk Tuan Rumah 

isentif cukai untuk tuan rumah

LHDN juga telah menyatakan bahawa di Malaysia terdapat insentif cukai yang boleh ditolak. Berikut adalah insentif perbelanjaan yang dibenarkan ditolak daripada pendapatan sewa.

  • Perbelanjaan yang berkaitan dengan penambahbaikkan rumah untuk membantu mengekalkan harta dalam keadaan sedia ada
  • Insurans kebakaran / kecurian / rompakan
  • Penyewa berhenti sewa sebelum cukai taksiran dikenakan
  • Faedah gadai janji telah dikenakan ke atas pinjaman rumah yang dibuat
  • Kos kutipan sewa dan kos undang-undang yang disebabkan untuk melaksanakan kutipan bayaran sewa
  • Kos yang disebabkan untuk memulihkan rumah sewaan atau menggantikan penyewa.
  • Perbelanjaan penyelenggaraan untuk menyelenggara kediaman

Jika anda ingin menuntut intensif ini, maka anda mesti mempunyai perjanjian sewa yang sah dan juga resit asal pembayaran sewa yang disertakan sekali. Kemudian barulah tuntutan intensif cukai ini boleh dibuat. 

Kini anda sudah jelas tentang cukai dan kepentingan perlunya membayar cukai pendapatan sewa. Tanggungjawab membayar cukai terletak pada diri anda. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Market Rental Report:
Klang Valley 2021 1H