Bagaimana Kira Kos Perjanjian Sewa & Duti Setem Ketika Menyewa?
Pasukan Editorial SPEEDHOME · Dikemas kini Jun 2026
Kos perjanjian sewa biasanya ada dua bahagian: kos penyediaan perjanjian dan duti setem. Jangan campur semua caj dan panggilnya “legal fee” tanpa pecahan. Penyewa dan tuan rumah patut tahu apa yang dibayar, kepada siapa, dan untuk tujuan apa.
Apa Yang Perlu Dikira
Kira sewa bulanan, tempoh sewaan, jumlah deposit, caj penyediaan perjanjian jika ada, dan duti setem. Duti setem bergantung pada formula dan kadar semasa, jadi gunakan kalkulator sebagai anggaran dan ikut taksiran rasmi LHDN untuk bayaran sebenar.
Contoh Cara Fikir
Jika sewa RM2,000 sebulan untuk 12 bulan, jumlah sewa tahunan ialah RM24,000. Dari situ barulah duti setem dikira mengikut kadar yang terpakai. Jangan hanya ikut jumlah yang ejen bagi tanpa invois atau pecahan.
Siapa Patut Bayar?
Ia bergantung pada persetujuan pihak dalam perjanjian. Ada kes penyewa bayar, ada kes tuan rumah tanggung, ada kes kos dikongsi. Yang penting, tulis dengan jelas sebelum tandatangan.
Elak Caj Meragukan
Minta pecahan: stamping, penyediaan perjanjian, SST jika ada, dan caj servis. Jika seseorang meminta bayaran ke akaun peribadi tanpa dokumen, itu red flag. SPEEDHOME mengutamakan rekod proses kerana bayaran yang tidak jelas biasanya jadi pertikaian kemudian.
Bacaan berkaitan: duti setem perjanjian sewa dan perkara wajib dalam perjanjian sewa.
Maklumat umum sahaja. Sahkan kadar semasa dengan LHDN atau penasihat yang layak.

Saya ingin bertanya jika kita menyewa adakah setiap tahun kita perlu membayar agreement fee??
Dan juga pada agreement tersebut tidak menyatakan jumlah bayaran (agreement fee)
Adakah saya sebagai penyewa perlu mmbayar agreement tersebut?..
Saya dikenakan cas sebanyak 350 every year.. Sewa bulanan adalah sbnyak 850..
Betul. Tetapi yang SPEEDSIGN fee (bukan agreement fee) tu hanya RM199 + 6% SST pada tahun seterusnya kalau anda hendak meneruskan penyewaan anda