Lindungi Hak Anda Sebagai Penyewa Dalam Masa 30 Minit Sahaja!

Jangan dah terhantuk baru nak tergadah!

Selalu kita dengar tuan rumah atau pemilik kediaman rumah sewa je yang kena hadap perangai penyewa dari neraka yang rosak dan musnahkan rumah sewa diorang kan.

Tapi pernah tak korang sebagai penyewa yang kena game dengan tuan rumah?

shocked

Ha jangan tak tahu. Tak semua tuan rumah je yang betul. Korang sebagai penyewa pun kena tahu hak korang sebagai penyewa tau.

Cuba bayangkan situasi ni…

Korang baru je balik kerja dan penat. Tengah on the way balik dari office tu, korang dah terbayang-bayang katil yang empuk kat rumah sebab nak rehat dan tidur sepuasnya setelah seharian bekerja.

Sebaik sahaja korang sampai depan pintu rumah, tiba-tiba korang terpandang satu kertas putih tertampal dekat muka pintu rumah sewa korang tu.

Bila dibaca, rupa-rupanya kertas putih tu tertulis NOTIS KELUAR RUMAH 24 JAM khas diberikan tuan rumah untuk korang yang tengah menyewa rumah tersebut.

Dang dang dang!

angry

Ha sudah! Apa aku nak buat ni?!

Pengusiran penyewa secara mendadak memang bukan sesuatu yang asing lagi dalam budaya sewa rumah kat Malaysia ni.

Bahkan tuan rumah menganggap pengusiran penyewa ni dah macam perkara biasa dan boleh halau penyewa kadang-kadang tu sampai tak bagi notis kepada penyewa untuk pindah keluar.

BACA: Kerajaan Mungkin Tetapkan Kadar Sewa Rumah Murah – Utusan Online

tahukah anda

Apa itu perjanjian sewa?

Perjanjian sewaan adalah sebuah kontrak yang disediakan ketika proses sewaan berjalan di antara pemilik rumah dan penyewa.

Apakah butiran yang terdapat dalam perjanjian sewa?

Secara ringkasnya, perjanjian sewa mengandungi butiran yang akan melindungi kedua-dua belah pihak tuan rumah & penyewa ketika tempoh penyewaan sedang berjalan seperti  jumlah dan tarikh bayaran sewa, tanggungjawab tuan rumah & penyewa dan lain-lain peraturan yang dianggap penting.

Apakah kepentingan perjanjian sewa?

Perjanjian sewa rumah adalah sangat penting kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai tuan rumah pastinya mereka mahukan harta mereka dilindungi daripada sebarang risiko seperti kerosakan ataupun kecurian.

Dan sebagai penyewa pula, korang semestinya ingin melindungi kepentingan korang jugak semasa tempoh penyewaan supaya korang dapat balik duit deposit dan mengelakkan sebarang tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pemilik rumah.

Adakah terdapat perjanjian sewa dalam talian (e-agreement) ?

Jawapannya mestilah ada! SPEEDHOME ada menyediakan perjanjian sewa secara online iaitu Speedsign.

Adakah perjanjian sewa dalam talian sah di sisi undang-undang Malaysia?

Semestinya perjanjian sewa secara digital adalah diakui sah di Malaysia. Segala salinan perjanjian yang ditandatangani secara online boleh diterima pakai di mahkamah.

Terdapat 2 undang-undang tempatan yang disokong iaitu:

  • Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 – mesej elektronik boleh digunakan untuk menyatakan apa-apa komunikasi yang berkaitan untuk membina suatu pembentukan kontrak.
  • Sekyen 62(2) Akta Tandatangan Digital 1997 – dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital adalah diperakui sah sama seperti dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan tulisan tangan, cap ibu jari atau apa-apa tanda lain.

Apa yang istimewa mengenai Speedsign?

  • Perjanjian disemak oleh peguam berdaftar : Kesemua perjanjian sewaan di SPEEDSIGN akan disemak dengan teliti oleh peguam berdaftar kami untuk memastikan ketelusan butir perjanjian.
  • Mudah dan cepat: Lindungi hak korang sebagai penyewa dalam masa 30 minit je! Korang hanya perlu isi maklumat dan tandatangan perjanjian sewaan tersebut. Salinan perjanjian yang telah dimatikan setem LHDN akan dihantar kepada korang dalam masa ~2 minggu melalui emel.

Berapakah bayaran yang dikenakan SPEEDHOME untuk perjanjian bilik sewa?

perjanjian sewaan bilik

Berminat untuk dapatkan perjanjian sewaan untuk diri anda?

{{cta(‘c19a0b59-ec86-4b7c-9125-2a44a672ef1c’)}}

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP to LinkedIn Auto Publish Powered By : XYZScripts.com