For Tenants

Duti Setem Perjanjian Sewa di Malaysia: Panduan Untuk Penyewa

Perjanjian sewa atau kontrak sewa rumah adalah dokumen bercetak yang menyatakan semua terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh penyewa dan tuan rumah sebelum penyewa berpindah masuk ke dalam rumah sewa.

Ianya sangat penting untuk melindungi harta benda pemilik rumah sewa serta melindungi hak penyewa  daripada pemilik rumah yang tidak rasional seperti mengusir penyewa sesuka hati.

Ketahui beberapa perkara penting yang telah kami senaraikan dibawah:

  1. Mengapa Anda Perlukan Duti Setem Perjanjian Sewa?
  2. Bilakah Anda Perlu Mendapatkan Duti Setem
  3. Di Mana Boleh Mendapat Duti Setem?
  4. Berapakah Jumlah Bayaran Yang Dikenakan?
  5. Apakah Penalti Dikenakan Kepada Perjanjian Tanpa Duti Setem?
  6. Bagaimanakah Cara Mengira Duti Setem?
  7. Gunakan Speedsign Sebagai Pemudah Cara
  8. Selanjutnya Mengenai Speedsign

Mengapa Anda Perlukan Duti Setem Perjanjian Sewa?

Setem Duti Perjanjian Sewa
Image Source: Wandomme

Menurut Jadual Pertama Akta Duti Setem 1949, surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan perlu dikenakan duti setem untuk memastikan perjanjian tersebut adalah sah di sisi undang-undang Malaysia.

Duti Setem merupakan cukai yang dikenakan kepada dokumen perjanjian. Cukai ini membolehkan ianya membawa kesan perundangan, komersial dan kewangan. Ianya meliputi perkara seperti perjanjian sewa, hakmilik tanah dan polisi insurans.

Bilakah Anda Perlu Mendapatkan Duti Setem

Duti Setem untuk perjanjian sewa

Anda perlu mengecop duti setem dalam tempoh 30 hari selepas penyewa dan pemilik rumah menandatangani perjanjian sewa rumah (sekiranya perjanjian dilakukan di dalam Malaysia).

Sekiranya perjanjian dilakukan di luar daripada Malaysia, ianya harus dicop dalam masa 30 hari daripada tarikh terima oleh pihak berkepentingan.

Di Mana Boleh Mendapat Duti Setem?

Setem duti LHDN

Untuk mendapatkan Duti setem,anda hendaklah membuat pembayaran terlebih dahulu. Pembayaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) atau Pusat Khidmat Hasil di seluruh negara.

Pembayaran juga boleh dibuat di Pejabat Setem Daerah menggunakan setem hasil sahaja bagi duti yang dikenakan tidak melebihi RM500.

Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat oleh pengguna STAMPS menerusi kaedah FPX (bagi pemilik akaun CIMB Berhad, Bank Islam Berhad, Maybank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Berhad) atau kaedah pembayaran bil (Bill Payment) melalui CIMB BizChannel.

Berapakah Jumlah Bayaran Yang Dikenakan?

Jumlah Duti Setem dikenakan

Bayaran duti setem berbeza mengikut tempoh perjanjian dan harga unit yang disewakan dalam perjanjian. Bayaran duti setem boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:

  1. Duti tidak melebihi RM100 – wang tunai
  2. Duti tidak melebihi RM500 – setem pendapatan/hasil
  3. Kiriman Wang, Wang Pos, Cek Akaun Anak Guam atau Draf Bank di atas nama Pemungut Duti Setem dan hendaklah disertakan bersama-sama dengan surat cara yang berkenaan kepada pejabat setem secara serahan tangan.

Apakah Penalti Dikenakan Kepada Perjanjian Tanpa Duti Setem?

Penalti perjanjian tanpa duti setem

Sekiranya perjanjian tersebut tidak disetem dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang dikenakan berdasarkan tempoh kelewatan seperti berikut:

  • RM25.00 atau 5% daripada duti  yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
  • RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman; atau
  • RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetem selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman.

Bagaimanakah Cara Mengira Duti Setem?

Cara mengira duit setem
  1. Sewa untuk setiap RM250 melebihi sewa RM2,400
    • Kurang daripada 1 tahun: RM1
    • Antara 1 hingga 3 tahun: RM2
    • Lebih daripada 3 tahun: RM3
  2. Sewa tahunan RM2,400 ke bawah: Tiada setem duti dikenakan

Sebagai contoh, RM1,200 sewa bulanan dalam masa setahun perjanjian

Setem duti: [RM14,400 (sewa tahunan) – RM2,400] / RM250 x RM1 (setahun) = RM48

Popular di SPEEDHOME:
bilik sewa kl
bilik sewa di shah alam
rumah sewa murah di klang

Gunakan Speedsign Sebagai Pemudah Cara

Cara mendapatan duti setem online

Dengan menggunakan Speedmanage, kini anda tidak perlu lagi mengikut cara konvensional untuk mematikan setem duti anda.

Speedsign Setem Perjanjian Konvensional
Pusat sehenti untuk menandatangani perjanjian dan membayar duti setem Perlu ke pelbagai tempat untuk  mendapatkan pengesahan    perjanjian daripada pelbagai pihak
Tandatangan kontrak dalam masa 30 minit Mengambil masa yang lama
Hanya di hujung jari. Segalanya dilakukan   di dalam aplikasi mudah alih
Perlu ke pelbagai tempat untuk mendapatkan pengesahan
Perjanjian   disimpan secara elektronik dan dapat dilihat   pada bila-bila masa, di mana sahaja Perjanjian disimpan secara dokumen salinan kertas dan sukar dilihat di mana sahaja.

Speedmanage adalah sah di sisi undang-undang dan perjanjian sewa rumah dan setem dutinya adalah sah dan tertakluk di bawah Akta Seksyen 7 dalam Akta Elektronik Perdagangan 2006 dan Seksyen 62(2) dalam Akta Tandatangan Digital 1997.

Selanjutnya Mengenai Speedsign

Penyewa akan dikenakan caj sebanyak RM449 + cukai SST bagi tahun pertama perjanjian sewa (termasuk caj setem duti).

Berdasarkan perbandingan yang diberikan, anda boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggunakan Speedmanage atau perjanjian sewa oleh peguam hartanah yang diiktiraf.

Sekiranya anda menggunakan Speedsign, pemilik rumah sudah semestinya dapat membuat perjanjian secara percuma.

Penyewa pula hanya perlu membayar RM449 kos perjanjian sewa untuk tempoh setahun termasuk caj mematikan setem duti di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Selain daripada itu, anda juga tidak perlu bersusah-payah ketika menguruskan proses sewaan anda apabila menggunakan Speedmanage.

Bayangkan anda mempunyai beberapa unit rumah sewa untuk diuruskan. Semuanya di hujung jari anda dan ianya amat mudah untuk anda lakukan sendiri tanpa perlu membayar upah orang lain untuk menguruskan kontrak rumah sewa bagi pihak anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Speedmanage, anda boleh baca disini.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh emelkan kepada kami di [email protected] atau telefon kami di talian 018-7777650

Leave a Reply

Your email address will not be published.