13 Jenis Rumah Dan Hartanah Popular Di Malaysia
Ingin ketahui jenis rumah dan hartanah di Malaysia? Pembeli rumah pertama, penyewa atau pengurus perumahan di Malaysia pasti menghadapi situasi untuk mengenalpasti pelbagai jenis rumah yang terdapat di negara kita.
Keadaan ini biasanya mengelirukan. Ini kerana negara yang sedang membangun memang biasanya akan mempunyai pembangunan pesat dan jenis yang pelbagai.
Jangan risau. Walaupun jenis-jenis rumah ini dari luarannya sahaja nampak sama. Tapi terdapat cara untuk membezakan jenis rumah tersebut.
Untuk membeli atau menyewa pula, amat penting untuk anda kenalpasti dahulu jenis rumah dan senarai hartanah. Perlu juga untuk anda mendapatkan maklumat tentang rumah tersebut.
Antara maklumat penting adalah syarikat projek perumahan dan rekod bersih kontraktor yang menguruskan projek pembinaan. Ini bagi mengelakkan anda ditipu.
Kami di SPEEDHOME, sentiasa bersedia membantu anda. Kami akan membantu anda mengenal pasti jenis rumah yang ada dan seterusnya membolehkan anda memilih rumah.
Rumah Kediaman Bertingkat Tinggi:
- Kondominium
- Pangsapuri
- Flat
- Pangsapuri Perkhidmatan
- Pangsapuri Studio
- Dupleks
- Penthouse
Rumah/Hartanah Atas Tanah
- Rumah Teres
- Banglo/Rumah Agam
- Rumah Berkembar (Semi-D)
- Villa/Rumah Bandar
Kondominium
Kondominium adalah kediaman bertingkat tinggi yang selalunya dibina di kawasan bandar. Kondominium di negara kita dibina dengan saiz dari 2110 per kaki persegi.
Kebanyakan kondominium hadir dengan kemudahan tempat letak kereta dan fasiliti lengkap seperti gimnasium dan kolam renang.
Kediaman jenis kondominium mempunyai tahap keselamatan lebih baik dari rumah atas tanah. Ini kerana semua kondominium akan lengkap dengan pejabat pengurusan.
Namun begitu, sesetengah pengurusan kondominium mempunyai peraturan berbeza. Peraturan yang ketat kepada penduduk perlu dipatuhi dan mungkin menyusahkan.
Antara peraturan ketat yang biasa didengari adalah, penduduk kondominium tidak boleh bercucuk tanam atau membela haiwan peliharaan di dalam rumah.
Pangsapuri
Pangsapuri atau lebih mudah dengan nama apartment, juga merupakan rumah kediaman bertingkat atau bangunan tinggi.
Biasanya harga pangsapuri lebih murah berbanding kondominium. Saiz keluasan pangsapuri di Malaysia bermula dari 550 per kaki per segi.
Pangsapuri akan didirikan dengan fasiliti biasa. Cukup sekadar dengan pengawasan keselamatan, tempat letak kereta dan lif.
Ada juga pangsapuri yang tidak menawarkan tempat letak kereta. Penduduk perlu letak kereta di luar kawasan pagar. Ini amat berisiko kepada pemilik kereta tersebut.
Namun, masa kini, terdapat juga pangsapuri yang separa lengkap. Sudah pasti harga sewaan atau beli semakin mahal. Terpulang untuk anda dalam membuat pilihan.
Flat
Flat pula adalah kediaman dengan lima tingkat hingga 10 tingkat. Saiz flat adalah lebih kecil dan bertingkat rendah. Bermula dengan hanya 400 per kaki persegi.
Hampir semua flat di Malaysia, dibina tanpa fasiliti asas. Penduduk perlu letak kereta di kawasan sekitar flat dan mungkin di luar pagar flat.
Terdapat juga rumah flat yang dibina tanpa pagar. Oleh itu, tidak ada juga pengawal keselamatan yang menjaga kawasan.
Keadaan ini mungkin berisiko besar. Maka anda perlu peka dengan kawasan sekeliling dan memastikan ianya selamat.
Flat amat sesuai didiami oleh golongan pelajar, bujang atau yang memiliki keluarga kecil. Ini kerana harga beli atau sewa rumah flat sangat rendah dan mampu milik.
Pangsapuri Perkhidmatan
Pangsapuri perkhidmatan adalah jenis kediaman yang paling digemari. Terutamanya oleh penduduk kawasan bandar besar.
Ini disebabkan pangsapuri perkhidmatan akan lengkap dengan semua kemudahan yang semestinya memudahkan kehidupan seharian.
Antara kemudahan yang datang sekali di pangsapuri perkhidmatan adalah, pusat membeli belah di bahagian bawah, kedai makan atau pejabat.
Sudah pasti pangsapuri perkhidmatan lengkap dengan semua fasiliti. Pembeli atau penyewa tidak perlu risau lagi.
Kemudahan gimnasium, tempat letak kereta, spa dan kolam renang sudah pasti akan datang sekali. Tetapi itu semua perlu dibayar dalam yuran perkhidmatan penduduk.
Pangsapuri Studio
Jika anda merupakan seorang graduan baru atau pasangan baru berkahwin. Rumah jenis pangsapuri studio merupakan pilihan terbaik.
Ini kerana rumah jenis pangsapuri studio amat kompak. Semuanya datang sekali. Dapur, bilik mandi, dan bilik tidur tersedia dan selesa di satu tempat.
Saiz keluasan rumah jenis pangsapuri studio biasanya bermula dari 1000 per kaki persegi. Jadi mereka yang tinggal di sini, tidak perlu membersihkan banyak ruang bilik.
Unit pangsapuri studio lebih mementingkan privasi. Anda yang tinggal di sini boleh juga menjimatkan bil utiliti bulanan.
Rumah pangsapuri studio dibina di kawasan bandar besar. Ini kerana penduduk bandar lebih memilih untuk menyewa berbanding membeli rumah.
Pangsapuri Kunci Dwi / Dupleks
Pangsapuri kunci dwi atau lebih dikenali dupleks semakin popular di Malaysia. Ini kerana unit ini memberi keuntungan kepada pemilik.
Ini kerana pembeli boleh memiliki dua unit kediaman pada satu harga. Ini bermaksud pintu utama dikongsi bersama dua rumah, tetapi bahagian dalam rumah dimiliki sendiri.
Konsep ini amat berbeza dan menjimatkan. Pembeli rumah juga boleh duduk di bilik utama dan menyewakan bilik-bilik lain.
Tetapi kaedah sewaan ini mungkin memberikan anda kurang privasi. Kerana anda perlu berkongsi ruang tamu, dapur dan tandas dengan orang lain di dalam rumah.
Namun begitu jika anda bijak membuat peraturan dalam rumah. Sudah pasti penyewa bilik akan hormat dan ikut sahaja peraturan dalam penjanjian sewa.
Penthouse / Loft
Penthouse atau rumah jenis Loft adalah salah satu lagi kediaman bertingkat tinggi. Kediaman ini digemari oleh mereka yang tidak suka rumah atas tanah.
Ini bermaksud kediaman ini seperti kondominium tetapi di dalamnya adalh bertingkat-tingkat. Mungkin 2 tingkat atau lebih.
Rumah jenis penthouse atau loft ini tidaklah begitu murah untuk dibeli. Apa lagi untuk disewakan.
Maka, kebanyakan pembeli dan penyewa adalah mereka yang berkeluarga dan datang dari status komersial yang tinggi.
Lebih banyak tingkat kediaman di dalamnya, lebih mahal harga sebuah unit. Jangan terkejut jika anda menjumpai iklan rumah penthouse yang mempunyai hingga 5 tingkat.
Rumah Teres
Rumah teres merujuk kepada kediaman atas tanah seperti kebanyakan taman perumahan. Terdapat pelbagai jenis rumah teres.
Antaranya adalah, rumah teres biasa, rumah teres link dan rumah teres superlink. Yang membezakan ketiga-tiga unit ini adalah saiz keluasan binaan dan pelan dalam rumah.
Untungnya siapa yang membeli rumah teres ini, adalah mereka mempunyai kawasan letak kereta yang luas dan selamat.
Selain memiliki ruang tanah yang boleh digunakan untuk membuat landskap atau tempat letak kereta tambahan.
Namun, penduduk rumah teres biasanya tidak mendapat kelebihan menggunakan fasiliti seperti gimnasium atau kolam renang.
Banglo / Rumah Agam
Banglo atau rumah agam adalah pilihan biasa bagi mereka yang mempunyai keluarga besar dan kewangan yang mencukupi. Rumah banglo adalah lambang status kediaman.
Apa yang membezakan banglo dari rumah jenis biasa adalah, saiz dan keluasan. Hampir semua banglo dibina atas tanah lot rumah tunggal yang dimiliki sendiri.
Ramai orang mengimpikan rumah banglo. Kerana mereka boleh menjadikan kawasan sekitar untuk taman mini, kolam renang atau tempat letak kereta yang lebih banyak.
Namun sudah pasti rumah yang besar akan memerlukan anda banyak wang. Anda perlu mempunyai kewangan yang kukuh dan simpanan yang tetap.
Anda perlu membayar kos penyelenggaraan yang lebih banyak. Selain perlu membayar lebih banyak bil utiliti.
Rumah Berkembar (Semi-D)
Rumah berkembar ini berkongsi satu dinding di bahagian tengah dan terletak bersebelahan. Susun atur dalam rumah adalah pantulan antara satu sama lain.
Terdapat pelbagai jenis rumah berkembar. Ada yang dijual dengan mahal dan murah. Rumah banglo jenis berkembar juga turut wujud masa kini.
Anda boleh melihat rumah berkembar ini di mana-mana kawasan perumahan. Rumah jenis ini dibina tersusun dan selari.
Rumah berkembar sesuai didiami oleh penyewa yang berkeluarga sederhana dan besar. Ini kerana bilangan bilik biasanya dalam 3 hingga 5 unit.
Pembeli yang mahu membeli atau menyewa rumah berkembar perlu hormat akan jiran tetangga. Kerana, anda berkongsi dinding dan jalan hadapan rumah.
Villa / Rumah Bandar
Rumah bandar adalah satu konsep rumah baru di Malaysia. Rumah ini adalah konsep dua rumah tetapi dalam satu bangunan atau pagar.
Kebiasaannya, rumah jenis ini mempunyai sehingga dua atau 3 tingkat rumah yang berbeza. Harga setiap tingkat pula kadangkala berbeza.
Pembeli atau penyewa yang tinggal di tingkat atas, perlu tahu bahawa anda perlu menaiki tangga. Jadi tingkat atas kurang sesuai untuk kanak-kanak atau warga emas.
Seperti rumah teres, rumah jenis bandar ini tidak mempunyai fasiliti lengkap. Anda tidak akan dapat menggunakan fasiliti seperti kolam renang atau gimnasium.
Taman kecil dan kawasan letak kereta juga perlu dikongsi dengan semua penghuni dari setiap tingkat. Anda perlu bertoleransi antara satu sama lain.
Selepas membaca artikel panjang di atas, anda sudah boleh kenal pasti kesemua jenis rumah yang anda boleh beli atau sewa.
Sebagai pembeli rumah kali pertama, pastikan anda membuat pilihan bijak. Kerana anda akan tinggal di rumah tersebut bertahun-tahun akan datang.
Jadi, apa anda fikirkan tentang artikel ini? Mana satu kediaman yang menjadi pilihan anda? Harap anda mampu buat pilihan bijak dan berguna untuk kemudahan masa depan.
info yang sangat berguna.