Lindungi Hak Anda Sebagai Pemilik Rumah Dalam Masa 30 Minit Sahaja!

Jangan dah terhantuk baru nak tergadah!

Dah macam-macam kes buruk kita dengar daripada pemilik rumah sewa dari dulu sampailah sekarang.

Ada yang dapat penyewa pengotor, ada yang dapat penyewa yang runtuhkan siling rumah, patahkan sofa sampai ada yang plug tercabut pun ada juga!

Powersource1Celing drop

Pening kepala tuan rumah kalau dapat penyewa perangai pelik atau penyewa dari neraka macam ni. Kos mesti tinggi nak repair semua benda ni!

BACA: Undang-Undang Sewa Rumah: Beban atau Berbaloi?

Tak cukup dengan masalah rumah hancur musnah, tiba-tiba penyewa anda pulak lari daripada rumah atau bilik sewa siap kebas lagi barang-barang berharga dalam rumah anda. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula.

Ha sudah! Apa aku nak buat ni?!

tahukah andaMungkin tak semua penyewa yang bermasalah tetapi kebanyakan bilik sewa mempunyai penyewa yang suka menimbulkan masalah dan ada juga yang enggan pindah keluar walaupun tuan rumah sudahpun memberi notis pengusiran. 

Apa itu perjanjian sewa?

Perjanjian sewaan adalah sebuah kontrak yang disediakan ketika proses sewaan berjalan di antara pemilik rumah dan penyewa.

Apakah butiran yang terdapat dalam perjanjian sewa?

Secara ringkasnya, perjanjian sewa mengandungi butiran yang akan melindungi kedua-dua belah pihak tuan rumah & penyewa ketika tempoh penyewaan sedang berjalan seperti  jumlah dan tarikh bayaran sewa, tanggungjawab tuan rumah & penyewa dan lain-lain peraturan yang dianggap penting.

Apakah kepentingan perjanjian sewa?

Perjanjian sewa rumah adalah sangat penting kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai tuan rumah pastinya mereka mahukan harta mereka dilindungi daripada sebarang risiko seperti kerosakan ataupun kecurian.

Dan sebagai penyewa pula, korang semestinya ingin melindungi kepentingan korang jugak semasa tempoh penyewaan supaya korang dapat balik duit deposit dan mengelakkan sebarang tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pemilik rumah.

Adakah terdapat perjanjian sewa dalam talian (e-agreement) ?

Jawapannya mestilah ada! SPEEDHOME ada menyediakan perjanjian sewa secara online iaitu Speedsign.

Adakah perjanjian sewa dalam talian sah di sisi undang-undang Malaysia?

Semestinya perjanjian sewa secara digital adalah diakui sah di Malaysia. Segala salinan perjanjian yang ditandatangani secara online boleh diterima pakai di mahkamah.

Terdapat 2 undang-undang tempatan yang disokong iaitu:

  • Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 – mesej elektronik boleh digunakan untuk menyatakan apa-apa komunikasi yang berkaitan untuk membina suatu pembentukan kontrak.
  • Sekyen 62(2) Akta Tandatangan Digital 1997 – dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital adalah diperakui sah sama seperti dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan tulisan tangan, cap ibu jari atau apa-apa tanda lain.

Apa yang istimewa mengenai Speedsign?

  • Perjanjian disemak oleh peguam berdaftar : Kesemua perjanjian sewaan di SPEEDSIGN akan disemak dengan teliti oleh peguam berdaftar kami untuk memastikan ketelusan butir perjanjian.
  • Mudah dan cepat: Lindungi hak korang sebagai penyewa dalam masa 30 minit je! Korang hanya perlu isi maklumat dan tandatangan perjanjian sewaan tersebut. Salinan perjanjian yang telah dimatikan setem LHDN akan dihantar kepada korang dalam masa ~2 minggu melalui emel.

Berapakah bayaran yang dikenakan SPEEDHOME untuk perjanjian bilik sewa?

perjanjian sewaan bilik

Berminat untuk dapatkan perjanjian sewaan untuk diri anda?

{{cta(‘e4fd3808-dacc-4063-aa3d-a1b68ee5345c’)}}

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *