Berapakah kos menggunakan SPEEDHOME?

Tahukah anda berapakah kos untuk menggunakan SPEEDHOME? Kami di SPEEDHOME akan memastikan pelanggan berjaya menyewa rumah terbaik untuk mereka.

Tahap kepuasaan hati pelanggan amat penting dan antara faktor utama yang kami tekankan ialah kos. Disini kami kongsi kos menggunakan SPEEDHOME.

Mencari Rumah: PERCUMA

Berapakah kos menggunakan SPEEDHOME untuk mencari rumah?

Melalui SPEEDHOME, proses mencari rumah sewa adalah percuma. Kami mempunyai beribu-ribu senarai rumah pada harga berpatutan yang anda boleh semak.

Anda tidak perlu mendaftar untuk menggunakan khidmat carian kami ini. Hanya layari terus laman web SPEEDHOME atau muat turun aplikasi mudah alih kami.

Memuat Turun Aplikasi: PERCUMA

muat turun aplikasi SPEEDHOME

Aplikasi mudah alih SPEEDHOME juga percuma. Anda boleh muat turun aplikasi kami ini secara terus dari Google Play atau App Store.

Semak Kelayakan Zero Deposit: PERCUMA

Semak kelayakan zero deposit

Kami akan bantu anda untuk semak kelayakan diri supaya anda boleh menyewa tanpa bayar deposit. Proses semak kelayakan diri ini juga percuma. 

Ini bagi membolehkan anda mula menyewa rumah tanpa terbeban. Kami turut mempunyai cara bagaimana mahu memastikan proses ini mudah dan cepat lulus. 

Platform Mengutip Sewa Bulanan: PERCUMA

Bayar sewa online melalui FPX

SPEEDHOME menyediakan pelbagai platform untuk anda membayar sewa bulanan. Ini supaya anda dapat membayar sewa tepat pada tarikh yang sepatutnya. 

SPEEDHOME juga menyediakan platform bayaran sewa bulanan online yang selamat dan percuma. 

Sewa Bulanan: Bersih Mengikut Nilai Sewa SAHAJA

Zero deposit SPEEDHOME

Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran tambahan kepada pelanggan. Hanya bayaran yang dipersetujui di dalam perjanjian sewa sahaja jumlah yang perlu dibayar. 

Ingin tahu bagaimana anda boleh membuat pembayaran sewa bulanan dengan mudah? Klik di sini. 

Perjanjian Sewa Dengan Speedsign: HANYA RM399 (dengan 6% SST)

perjanjian sewa online

Untuk melindungi hak anda sebagai penyewa, kami menggalakkan anda untuk menandatangani Perjanjian Sewa Digital

Perjanjian Sewa Digital ini akan mengandungi terma dan syarat sewaan yang anda (penyewa) dan tuan rumah perlu patuhi.

Bayaran RM399 untuk Speedsign pula dikenakan kepada penyewa untuk melindungi hak mereka sebagai penyewa. 

Ia mungkin kelihatan seperti jumlah yang besar. Tetapi bayaran ini dapat melindungi tuan rumah sekiranya penyewa melanggar perjanjian sewa yang telah ditandatangan. 

Bayaran ini akan menjadi satu-satunya kos tambahan yang perlu dibayar penyewa. Jumlah ini masih jauh lebih murah daripada penyewa perlu membayar 3 bulan deposit. 

Perlindungan Untuk Tuan Rumah

Semua tuan rumah akan dilindungi dengan insurans di bawah SPEEDHOME. SPEEDHOME juga menawarkan perlindungan berikut kepada tuan rumah:

  1. Tuntutan kerosakan ke atas harta benda di dalam rumah sehingga RM30,000 – Termasuk kehilangan/kerosakan perabot dan barangan elektronik
  1. Tuntutan bayaran bil utiliti sehingga RM2000 – Sebarang bil utiliti yang belum dibayar oleh penyewa akan dibayar semula oleh SPEEDHOME.
  1. Perlindungan Sewa (jumlah maksimum 2 bulan) – Jika penyewa berpindah sebelum tamat kontrak, tuan rumah akan mendapat pampasan bayaran sewa selama 2 bulan. Ini bagi memudahkan tuan rumah mencari penyewa baru.

Pengurusan Melihat Rumah Homerunners: PERCUMA

homerunner SPEEDHOME

Kepada tuan rumah yang berdaftar dengan SPEEDHOME, Homerunner SPEEDHOME akan membantu menguruskan urusan melihat rumah. 

Selepas membaca artikel ini, adakah anda masih keliru tentang kos yang perlu anda bayar untuk menggunakan SPEEDHOME? 

Jangan bimbang. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh terus dihantar ke emel kami di [email protected].

Seterusnya, pihak kami akan kembali kepada anda dan mengatur pengalaman sewa terbaik bersama SPEEDHOME.

4 thoughts on “Berapakah kos menggunakan SPEEDHOME?

  • January 30, 2022 at 5:54 pm
    Permalink

    Brp kadar insuran yg perlu dibeli oleh pemilik rumah?

    Reply
    • February 7, 2022 at 4:32 pm
      Permalink

      Kadar insurans SPEEDHOME bergantung dengan kadar sewa rumah bermula dari 1 bulan sewa + 6% SST dan RM10 untuk pakej Basic hingga 1.5 bulan sewa + 6% SST dan RM10 untuk packej Extended+. Boleh ketahui lebih lanjut lagi disini https://speedhome.com/my/services/insurance

      Reply
  • February 16, 2022 at 11:59 pm
    Permalink

    Adakah kerosakan peralatan rumah yang disebabkan serangan anai-anai/ anti termite dilindungi oleh Insurans Allianz

    Reply
    • March 21, 2022 at 12:00 pm
      Permalink

      Hi Nawawi, kerosakan yang berpunca dari anai-anai tidak dilindungi Insurans Tuan Rumah di SPEEDHOME. Insurans kami tertumpu kepada kerosakan yang disebabkan oleh penyewa.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.